Sunday 14 June 2015

Ulas A. Samad Said Nak Jadi Hamba DAP - (1)



Banyak masej yang saya terima minta saya ulas berkenaan dengan kemasukkan A. Samad Said kedalam parti DAP. Saya mulanya nak menulis panjang berkenaan perkara ini tapi oleh kerana kekangan masa saya ambil keputusan menulis dalam bentuk para demi para..

Untuk pertama ini, saya sertakan satu sajak karangan dan luahan A. Samad Said sendiri. Ini untuk menjawab A. Samad Said nak jadi hamba DAP (baca di sini). Rasanya kalau anda fahami sajak ini maka anda boleh nilai tindakan yang dibuat oleh A. Samad Said.


HAI MELAYU..
(Pengarang : A Samad Said)

Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi Jaga,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....
Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak berdaya,
kau cuma tahu bergaya,
Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!
Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....


Rasanya anda boleh tahu dan kenal siapa sebenarnya A. Samad Said.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

4 comments:

  1. elokla masuk dap pun

    ReplyDelete
  2. Kdg2 org2 sastera mcm ni, stiap tindakan dorang mcm berbentuk kiasan dan sinis. Adakah pak samad masuk dap & nak jd hamba dap sbb nk bgtau kekecewaan yg amat sgt dgn kondisi semasa yg sedang mlanda bgsa melayu??

    ReplyDelete
  3. Gundah hati melihat keadaan ini...
    sapa lg nk tlng tarbiah..
    klu ustaz pn d kondem..
    atau ini ujian.. atau barangkali kafarah Allah
    kpd kita yg lalai..
    Astaghfirullah...
    nordinali hrp dpt bg tazkirah dgn bakat yg dikurniakan Allah...

    ReplyDelete
  4. Manusia hanya jadi hamba Allah...tidak selain dari Nya....x sangka pak samad boleh jauh meresap dalam hati dap.

    ReplyDelete