Monday, 21 September 2015

Khalid Samad Hanya Nampak Abdul Hadi Pengkhinat Tapi Lupa Kepada Nik Abdul Aziz


Geng AMANAH ada hantar artikel Khalid Samad. Saya malas nak baca pasal dia sendiri pun tak ikut tulisan dia. Lihat pasal bai'ah talaq isteri dia yang tulis dan buat dalam PAS dia sendiri juga kemudian tulis membantah. Biasanya orang hilang akar aje boleh buat perkara semacam ini.

Tapi kita kena rai kawan-kawan AMANAH dia macam UMNO juga hilang padoman. Sebagai dai kita kena dekati dan nasihatnya supaya balik ke pengkalan.

Khalid Samad ada menulis;
"Adakah mungkin Presiden PAS telah lupa mengenai peristiwa Kota Damansara? Di mana persetujuan telah tercapai di setiap peringkat samada Kawasan, Negeri dan Pusat, bahawa itu adalah kerusi PKR tetapi atas desakan tertentu, maka dibenarkan menantunya meletakkan rakannya sebagai calon PAS."
Presiden PAS menukar keputusan kerana PAS tak bertahaluf dengan PSM. Tapi malangnnya PKR main politik dan menyebab jentera PAS menjadi keliru. PAS cuba membetulkan keadaan dengan meletakkan calon PAS di situ menolak calon PSM yang bertukar baju kepada PKR. Tapi malangnya keputusan Presiden di KHIANATI oleh Khalid dan geng. Saya ulang Khalid dan kumpulannya mengkhianti keputusan Presiden dan PAS di Kota Damansara sehingga fitnah terbuka kepada PAS dan Presiden PAS.

Saya nak beritahu Khalid bahawa keputusan Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah bersamaan dengan keputusan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Saya nak bertanya adakah Khalid Samad lupa peristiwa Kota Bahru Kelantan? Kalau lupa saya cuba memperingatkan dia sebab dia kata perjuangan AMANAH adalah inspirasi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan PKR parti yang ‘mencelarukan’. Kecelaruan ini ekoran keputusan PKR Kelantan untuk tidak menyertai pilihan raya umum disebabkan tidak berpuas hati dengan PAS.

Pada masa itu Nik Aziz berkata kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mingguannya di pejabat Pas di Kota Bharu, hari Jumaat, 18 Januari 2008. Katanya  keyakinannya terhadap kredibiliti PKR semakin terhakis dan PAS lebih rela menghadapi Barisan Nasional (BN) secara bersendirian tanpa mengharapkan kerjasama PKR.

Menurut sumber dalaman PAS, keputusan Nik Aziz hendak meletakaan Cikgu Rahim kerana faktor kemenangan yang tidak mampu dijana oleh PKR di Kota Bharu. Berdasarkan rekod pilihan raya tahun 2004, ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen Kota Bharu dimenangai oleh PAS tetapi calon PKR di peringkat parlimen kalah di tangan BN. Dengan rekod berkenaan, PKR bukan merupakan parti yagn menjadi pilihan pengundi di Kota Bharu dan dengan sebab itu, PAS ingin bertanding di kawasan berkenaan bagi memastikan kemenangan.

Namun PKR tidak berpuashati dengan keputusan berkenaan dan Badan Perhubungan PKR Kelantan dalam mesyuarat perhubungan negeri membuat keputusan parti itu tidak akan bertanding di Kelantan bagi sebarang kerusi sebagai tanda protes terhadap keputusan Nik Aziz tersebut.

Untuk makluman Khalid, keputusan Nik Aziz kali ini bukanlah yang pertama terhadap PKR.

Menjelang pilihan raya umum tahun 2004, Nik Aziz menolak calon calon PKR apabila cadangan PKR meletakkan Timbalan Presiden parti itu, Dr. Syed Husin Ali untuk bertanding di Kota Bharu.

Syed Husin yang merupakan bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebelum bergabung dengan PKR dikatakan oleh Nik Aziz merupakan seorang sosialis. Nik Aziz dipetik sebagai berkata, ‘sosialis adik kepada komunis’ dan dengan penolakan itu, PKR telah meletakkan Nik Mahmood Nik Hassan.

Kalau Khalid Samad boleh terima keputusan Nik Abdul Aziz dalam isu Kota Bahru kenapa Khalid Samad buta dalam isu Kota Damansara dan membuat sebotaj kepada calon PAS di situ?

Dr. Syed Husin Ali, Timbalan Presiden Keadilan Nik Aziz tolak dan kata adik komunis. Dr. Nasir hanya pakai baju PKR untuk jadi calon dia masih PSM.

Itu pun Khalid tak boleh berfikir?

Menurut sumber, rasa tidak puas hati ini berpunca daripada keputusan Nik Aziz selaku Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS yang mahukan speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Haji Wan Ab. Rahim Wan Abdullah (geng AMANAH)  atau lebih dikenali sebagai Cikgu Rahim menjadi calon bagi kawasan parlimen Kota Bharu. Sedangkan sejak tahun 1999, PKR atau sebelum ini dikenali dengan singkatan keADILan diperuntukkan kerusi tersebut.

Kenapa Nik Aziz tak dihukum pengkhianat tapi Abdul Hadi di hukum pengkhianat oleh Khalid Samad serta kawan-kawan AMANAHnya? Malah Nik Aziz di julang sebagai simbol inspirasi AMANAH?

Saya rasa mereka itu sangat celaru.



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

6 comments:

  1. Orang gila kuasa, memang cakap2nya merapu....

    ReplyDelete
  2. Orang gila kuasa, memang cakap2nya merapu....

    ReplyDelete
  3. Tok guru nik aziz bangkang tapi masih bagi pkr letak calon laim sebab kerusi tu dipersetujui milik pkr. Tapi kat kota damansara tu dah la bangkang kerusi parti lain, lepastu nak letak calon sendiri yang merupakan kawan baik menantu. Sape yng cakap merapu sekarang? Kronisme betul orang pas ni

    ReplyDelete
  4. ustaz zaharuddin dah nafikan mengenai kaitannya dengan calon KD

    lagipula, sepertimana disebut, PAS tahaluf dengan PKR bukan dengan PSM. Adalah satu tindakan melulu bagi PKR sebagai ahli PR utk letak calon luar dari PR sebagai wakil. Jika diletak juga, adakah Nasir akan bawa prinsip PR atau bawa prinsip PSM?

    ReplyDelete

  5. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

    ReplyDelete