Sunday, 19 July 2015
Hudud: Cetek Sangat Pengerusi GHB Pahang
Saya menonton dan membuat rakaman secara online road show Gerakan Harapan Baru (GHB) di Dewan Perniagaan Cina Kota Bahru malam ini. Saya nak ulas pasal ceramah pertama selepas Wan Rahim iaitu Hamzah Jaafar Pengerusi GHB Pahang. Maaf saya tak panngil dia Dr. pasal dulu semasa tahun 2012 ada orang mempersoalkan status Dr.nya. Yang ini cerita lama rasanya orang rapat Hamzah ni tahu cerita sebenar.
Katanya Ijazah pertama dia ni ialah specialist dalam bidang dakwah. Ijazah Sarjana membuat kajian mengenai khutbah Jumaat. Katanya ijazah Phd pula membuat research mengenai ruh pemakanan As Sunnah.
Saya bukan nak perlecehkan dia ni tapi saya kena tunjuk salur galur sebelum saya nak ulas pasal dia ni bercakap hudud itu soal hukum agama.
Dia kata hudud kena buat bila semua orang kaya (tak miskin). Katanya Pakatan Rakyat Baru akan memerintah dan membahagikan hasil kekayaan negara kepada semua rakyat. Rakyat tak susah. Kalau rakyat mencuri lagi barulah kita buat hudud.
Ni dia kata parti lama (saya rasa PASlah tu) nak buat hudud tak sesuai masa. Semasa banjir PAS nak buat hudud katanya. Katakanlah (dia buat andaian) ada orang mencuri semasa banjir PAS nak buat hudud dan kena hukuman. Katanya bertapa ramai akan dipotong tangan.
Saya hairan macam mana dia ni dapat PHD (kalau betul dia ada phd) dalam bidang agama.
Islam tak akan laksana hukum hudud kepada orang yang mencuri kerana kelaparan. Yang ini pelajar sekolah menengah (saya tak nak kata rendah nampak sangat bodoh) pun tahu, takkan pengerusi GHB Pahang doktor pula tak tahu!! Kenapa bodoh sangat. Kalau awak tak suka hudud cakaplah terus terang tak payah berdolak dalih.
Dia kata hukum hudud akan dibuat bila semuanya masalah rakyat selesai. Cakap ini saya dengar sama dan senada dengan UMNO ketika UMNO menolak hudud. Apa beza GHB dengan UMNO?
Maaf sebelum ini saya ada sedikit kerisauan tentang GHB ini akan memecahkan PAS secara teruk, tapi bila saya dengan ucapan dia ni, saya rasa dia ni tak layak jadi pimpinan PAS dan saya hairan macam mana PAS Pahang sebelum ini beri dia bertanding di Jerantut.
Kerisauan saya makin hilang bila dia sebut dalam dewan ini ramai orang luar yang datang.
Sebaik-baik anda dengar/tonton sendiri ucapan dia ni maka anda akan tahu pemikiran 'hodoh' dia ini dengan hudud dan Islam.
Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
betul tu, saya baru aje dengar rakaman, ucapannya spt Dr Mahathir. Tak syak lagi mereka mempergunakan HUDUD untuk meraih simpati dan sokongan padahal mereka tidak sekali2 akan melaksanakan hudud.
ReplyDeleteMana nak dapat rakaman? Jika benarlah laporannya seperti ditulis, jelaslah kekalahan kumulan G 18 ini merupakan tapisan dari Allah SWT terhadap kepimpinan PAS. Sesungguhnya pemilihan yang telah dilakukan oleh para perwakilan tepat dan benar dalam memelihara ketulinan perjuangan PAS. Syukur pada Mu Ya Allah........
ReplyDeleteBersikap adil lah dlm menilai... jika maklumat salah atau dgn sekelumit input.... terus mghukum.........maka anda akn menanggung hingga ke akhirat..... lebih baik diam atau ambik sikap tunggu dn lihat atau........ bersemuka dgn org nya...utk dpt maklumat yg betul....
ReplyDeletetakda sorang pun geng ulamak atau ustz2 dlm PAS tu yg boleh menandingi Dr Zakir Naik dan Syeikh Yusuf Estes dalm mengislamkan ribuan org kafir, dan memahamkan ribuan org kafir hal-hal tentang Islam. dan yg kelakonya dua org ni tak duduk dlm PAS pun...bermakna nak memperjuangkan islam tak semestinya duk dlm PAS
ReplyDelete1 - Yg menentukan betul @ tidak sesuatu perjuangan, kita perlu merujuk nas, bukan merujuk kpd kehebatan seseorang. Kalau sesorang itu adalah yg teralim sekalipun, jika dia menolak apa yg digariskan oleh Allah maka dia tertolak.
Delete2 - Segala kehebatan sesorang itu, walaupun dia seorg rasul sekalipun adalah dari Allah. Kalau rasul terpaksa tunduk kpd hukum Allah, apatah lagi org biasa.
3 - Dalam AlQuran Allah memerintah supaya pencuri dipotong tangan, penzina dirotan dsb. Mudah kata Huduh mesti dilaksanakan. Tidak pulak Allah memerintahkan supaya Hudud dilaksanakan bila semua org kaya.
Di Zaman Rasullulah semua org kaya ke? Saidina Ali tak pernah kaya, adakah hudud tak pernah dijalankan dari zaman Rasullulah sampai zaman Khalifah Ali?
Perlu diingatkan jika Umar tak potong tangan sipencuri, ini tidak bermakna Hudud tak dijalankan zamannya. Potong tangan ada syaratnya, dan jika seseorg mencuri krn terdesak dia hanya dikenakan takzir bukan Hudud. Hukum Hudud tidak digugurkan, cuma dalam hal kes pencuri tersebut, dia tidak dikenakan potong tangan sbb tertentu, dan ini masih dalam lingkungan hukum Hudud(tidak sewenang-wenangnya potong tangan tanpa melihat situasi tertentu).
- lastly.. apa ZakirNaik kata......
https://www.youtube.com/watch?v=pMuZrfoYh5A
Dr Zakir Naik dan Syeikh Yusuf Estes tu bukan orang Malaysia, buat apa diorg nak duduk dalam PAS. Hang nak komen tu fikir logik la sikit.
ReplyDeleteanon 18:43
ReplyDeletetu dah kira logik lah tu amik contoh Zakir Naik dgn Yusof Estes sbb nak bg senang citer...di sini pun ada yg cam dua org tu tapi buat kerja islam diam2 di luar PAS...cuma klu amik jadi contoh depa ni..tak nampaklah "ketrampilan" dia. this is just a metafore....
Berapa ramai sudah saudara atau saudari Islamkan. Satu sepuluh seratus. Abu Talib matinya kafir sedangkan Rasulullah S.A.W berusaha habis daya.
DeleteHak mutlak Allah S.W.T Islam diberikan kepada siapa Allah S.W.T suka tanpa hisab tak bersebab.
Syukur lahir mak bapak Islam, Maha. Pengasih Maha Penyayang diberikan saya Islam celik Islam.
Usah cita ore lain jika sendiri pun tak Faham hidayah itu apa.
Tak semestinya duduk dalam PAS baru Islam berkembang. Masing2 kena memainkan peranan untuk mengetengakan Islam akan di pandang baik oleh non muslim.. ini sama2 bergaduh.. GHB duk kutuk PAS.. PAS duk kutuk GHB... aptb.
ReplyDeleteKalau dua2 tu dok Malaysia pasti dua2 jadi org kuat Pas
ReplyDeleteDulu haji hadi kata hudud buat kemudian tapi sekarang dia kata macam lain.
ReplyDeleteKo ni memang teruk dan celaka la nordin ali
ReplyDelete