Monday 8 June 2015

Putus Hubungan Dengan DAP Kekal Pakatan Rakyat? Awak Faham Tak?



Nampak sehari dua ini asyik bincang pasal putus hubungan dengan DAP dan dah ada macam suara-suara mengatakan seolah-olah nak berpatah balik. Tulisan Mohamad Sabu juga ada menyebut semacam nak berbaik semula dengan DAP (Dah dapat kedudukan, cuba cari jalan untuk berbaik semula dengan DAP)

Saya rasa ramai tak faham tentang "USUL" dan orang tak faham
juga berkenaan dengan perjalanan sesuatu USUL dalam muktamar. Lagi orang tak faham bila usul putus hubungan dengan DAP tapi kekal dalam Pakatan Rakyat. Pelik katanya.

Orang tak pelik bila DAP Sarawak dan Sabah putuh hubungan dengan PAS tapi kekal dalam Pakatan Rakyat. Orang juga tak pelik putuh hubungan dengan Presiden PAS tapi boleh bersama PAS. Pasal itu bukan kata-kata ulama. Sebab orang telah mengambarkan seolah-olah ulama itu bodoh dan tak faham politik. Ulama kan mana tahu pakal seluar dia hanya tahu berpelikat atau berjubah aje.



Selepas sahaja usul Dewan ulama dan PAS Kawasan Tumpat diluluskan tanpa bahas. Banyak kenyataan di anggap mengelirukan. Saya tak anggap pun keliru, hanya ada yang cuba mengelirukan bertujuan nak perkenakan ulama terutama akhbar.

Saya juga lihat ada yang terlalu golpoh membuat kenyataan sedangkan mereka sendiri tak faham pun intipati usul berkenaan.

Usul ini sebenarnya gabungan antara Dewan Ulama dan PAS Kawasan Tumpat seperti saya postkan gambar di atas berakhir dengan berbunyi "Mencadangkan PAS Putus Hubungan Dengan DAP"



Pengerusi jawatankuasa usul PAS dalam muktamar lalu Datuk Mahfuz Omar menegaskan usul memutuskan hubungan dengan DAP sudah pun dipersetujui.

Katanya, Dewan Ulama telah menyenaraikan sembilan alasan kenapa langkah itu harus diambil.

“Sembilan alasan itu ialah alasan untuk menunjukkan bahawa sudah cukup kerjasama itu, perlu ditamatkan dengan sembilan alasan.

“Jadi saya percaya Dewan Ulama sudah merujuk dari sudut Islamnya, yang menunjukkan ulama berpendapat sudah cukup kerjasama itu, perlu ditamatkan,”

Bila usul diluluskan dalam muktamar, usul itu perlu ada perlaksanaan
nya.

Saya bagi contoh mudah untuk difahami, misalnya usul mencadangkan membina kilang cetak bendera (walaupun tak berapa tepat pasal boleh jadi cadangan tapi saya guna untuk anda faham). Muktamar lulus. PAS akan laksanakan. Nak laksana mesti ikut syariat (hukum hakam, ni ada yang sebut nak gabung ikut hukum dan keluar ikut hukum). Jadi macam mana nak buat kilang, nak buat dimana, nak ambil siapa kontrator, pelan macam mana, dll semuanya akan diputuskan.

Jadi janganlah kita gopoh macam Mohamad Sabu dan Mujahid Yusof Rawa. Muktamar baru putus kita dah umum terus dalam ucapan pengulungan akan jadi CEO kilang berkenaan. (sinisnya terbalik cakap kalau muktamar putus runtuk kilang kita umum letak jawatan terus belum lagi kilang diruntuhkan - faham tu??)

Begitu juga dengan Suhaizan minta semua letak jawatan. Saya tak komen blogger dan facebooker memang mereka ni kebanyakkan bukan aktif pun di kawasan.

Putus hubungan dengan DAP masih kekal dengan Pakatan Rakyat? Apa status jawatan di Selangor? Selangor tu kita ambil jawatan atas tiket PKR ke tiket DAP ke atau tiket Pakatan Rakyat? Kalau PR mananya kita boleh kekal sebab kita putus dengan DAP sahaja bukan PR.

Ok Jawatan Mohamad Sabu di Pulau Pinang tu atas dasar DAP beri ke atau atas dasar PR? Kalau atas dasar hak DAP 100% rasanya boleh letak jawatan.

Mudah aje nak faham. Tak payah buat bengong.
Tapi sebaik-baiknya tunggulah Majlis Syura buat keputusan macam mana nak laksanakan usul ini. Berikan kepercayaan. Saya dengar itu yang disebut nak berikan kepercayaan kepada pimpinan baru tapi dalam media masih lagi membuat komen.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

7 comments:

  1. biasalh golongan konon pandai nak perbodohkan orang bodoh

    ReplyDelete
  2. depa resign sbb msu dap yg diketuai tuan guru lks dah buat ketetapan...sbb tu bila ank tok guru...lge kata resign..depa terpaksa resign...sbb taat dan wala'
    dulu masa msu pas tetapkan pasma xleh join nape mereka ddegil? sbb msu dap kata no...keep pasma
    usul dewan ulamak tu alasan nk cover line jer....xkan mat sabu dah berpuloh tahun dlm pas xleh nk beza antara usul dan ketetapan...tapi sbb dia wala pd msu dap...so apa2 keputusan msu dap lebih diutamakan...tu jer...so jgn igt mat sabu betul2 nk resign sbb kononya nk taat pd ulamak...xder de...taat dia bila lks atau lge bersuara je...apa ketetapan 2 tok guru dan khalifah tu...itu la tindakan yg diambil mat sabu and mujahid

    ReplyDelete
  3. Fasal 7(1) Perlembagaan PAS, iaitu keputusan tertinggi adalah Muktamar hata keputusan MSU juga boleh dinafikan dengan keputusan Muktamar. Oleh kerana keputusan cut ties dgn DAP diterima tanpa bahas, maka ia sudah solid dari standing order and intergritinya. Jika nak diubah kena dibuat Muktamar semula bagi membatalkn keputusan tersebut. Sementara ini, ahli2 diseru letak jawatan atas dasar maruah dan moral akibat keputusan tersebut.

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya tuan yg terbengong ... tuan ulas isu ni ikut siku dan lutut org ulas ikut undang2 tubuh PAS. Analogy tuan tak kena ...syok sendiri.

    ReplyDelete
  5. Bila mengurus jemaah dengan emosi inilah jadinya ...buat apa nak ikut jejak DAP...kalau tinggal serumah lepas cerai bagi DAP x pe sebab mereka bukan Islam ...tapi PAS ..parti yg dipandu ULAMAK dan geng ustaz ...takkan x faham kot ...tinggal serumah dgn bukan mahram kan haram...itu pun tak faham ...keluar jer buat ape mencipta konflik.

    ReplyDelete
  6. Bila mengurus jemaah dengan emosi inilah jadinya ...buat apa nak ikut jejak DAP...kalau tinggal serumah lepas cerai bagi DAP x pe sebab mereka bukan Islam ...tapi PAS ..parti yg dipandu ULAMAK dan geng ustaz ...takkan x faham kot ...tinggal serumah dgn bukan mahram kan haram...itu pun tak faham ...keluar jer buat ape mencipta konflik.

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya tuan yg terbengong ... tuan ulas isu ni ikut siku dan lutut org ulas ikut undang2 tubuh PAS. Analogy tuan tak kena ...syok sendiri.

    ReplyDelete