Monday, 8 June 2015

Kita berdakwah kepada artis, kepada UMNO dan kepada sesiapa sahaja


Terbaca satu posting daripada Leman Raja Lawak dan Wan Aisah pasal penolakkan jawatan dalam Lajnah Kesenian Kebudayaan dan Rekreasi.

Ingin saya bertanya kenapa kita berada bersama Jamaah Islam? Untuk kuatkan jamaah Islam itu? Kalau kita tak ada jamaah akan menjadi lemah dan longlai?

Setahu saya apa yang dimaklumkan dalam usrah atau tamrin, jamaah Islam tidak memerlukan kita. Ada atau tidak ada kita, jamaah itu akan berdiri teguh sebagai janji Allah s.w.t.

Kita ibarat kambing dalam satu kumpulan. Kambing yang ada dalam kumpulan selamat daripada serigala atau binatang buas. Jangan kerana kita tak dapat sedikit rumput maka kita keluar daripada kumpulan. Yang binasa adalah kita bukan kumpulan yang kita tinggalkan.

Jamaah untuk berdakwah. Dakwah pada diri kita sendiri. Dakwah yang berarti menyeru kepada yang ma'ruf (baik) dan mencegah dari yang munkar (buruk). Kewajiban ini tidak terpilih untuk sebahagian kelompok muslim, akan tetapi seluruh kaum muslim dan juga kepada bukan muslim.

Sebab itu kita bukan berdakwah untuk diri, keluarga dan ahli masyarakat kita sahaja. Malah kepada UMNO pun kita kena berdakwah.

Hadis Rasulullah s.a.w. yang boleh dijadikan iktibar ialah “Tiga perkara yang tidak memberi manfaat olehnya bersama sebarang amalan, iaitu menyegutukan Allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa dan lari dari medan perjuangan”
Dan paling kita takut ialah bila kita rasa diri kita benar dan orang lain semuanya salah.



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

6 comments:

  1. kesian lu nordin ali... ada ke orang baca tulisan lu ni nordin ali... tak apa lah gua baca lah apa yang lu tulis ni nordin ali... cuma tulisan tu jangan nampak kan sangat KETOLOLAN lu tu ok... kirim salam dengan Tuang Presideng ya... kah kah kah

    ReplyDelete
  2. kih kih kih...

    kesian tol kat cik mat nih...

    sampai ke sini rupanya cik mat bertandang...

    aku baru terjumpa blog ni tengok-tengok hang pun ada...

    kirim salam jugak kepada Tuang Presideng Tak Jadik hang, nooo?

    ReplyDelete
  3. Awat tak pi dakwah kat DAP? Adakah Dewan Ulama buat keputusan atas dasar dakwah? Imbas peristiwa balik peristiwa Rasulullah dengan wanita Yahudi tua buta yang sering memaki hamun Baginda. Adakah Rasulullah menjauhi orang tua itu atau Rasulullah lebih mendekati orang tua tersebut. Baginda terus mengunjungi wanita tua itu menyuapkan makanan walaupun dihina dan dimaki hamun. Ambillah pengajaran dari kisah Rasulullah ini dalam dakwah kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisah nie memang popular, adakah kisah ini sahih ? Setakat pencarian dan rujukan yang dibuat, tidak ditemui nas hadis tersebut dalam kitab-kitab hadis yang muktabar. Jika saudara ada, sila berikan nama kita yang muktabar.

      Delete
  4. Nabi Muhammad saw pergi berperang, engko tak mau cerita... Awat hang tak jadik ulamak?

    ReplyDelete