Monday, 7 December 2015

Mat Sabu Kena Beza Antara Bertemu & Berguru!


"Hadi mempunyai hubungan yang baik dengan Tashkiri, bahkan Ali Khamenei (Sayyed Ali Hosseini Khamenei, pemimpin utama Iran)," kata bekas timbalan presiden PAS itu kepada The Malaysian Insider.

"Mereka sering bertemu di majlis terbuka dan juga majlis tertutup. Tiada pula orang tuduh Hadi sebagai Syiah," kata Mat Sabu lagi.

Mat Sabu berkata, Hadi sekurang-kurangnya akan bertemu dengan pemimpin Syiah Iran setahun sekali untuk bermesyuarat.

"Ketika dalam PAS, saya pernah bersama (Hadi). Bahkan Nasrudin Hassan (ketua penerangan PAS) juga kadang-kadang mengiringi presiden PAS itu ke sana.

"Selain wakil PAS, ulama dari Ikhwanul Muslimin juga ada," kata Mat Sabu dalam hujah untuk membersih nama kononnya Abdul Hadi Presiden PAS lebih kerap berjumpa dengan pemimpin Iran (Syiah).


Mat Sabu bersama Mohamad adalah Adly Zahari,
Pengerusi Amanah Melaka yang juga Ahli Jawatankuasa Amanah pusat
Presiden PAS, Abdu Hadi Awang memang ada jumpa dengan pimpinan Iran (syiah) pasal dia bergiat dalam organasasi Islam Antarabangsa. Malah Abdul Hadi sekarang ini satu-satunya pimpinan dunia Islam yang boleh mendekatkan Sunni-Syiah setelah Dr Yusof Qaardawi mula berkaras dalam beberapa isu Sunni-Syiah.

Presiden PAS mewakili gerakan Islam yang telah berlangsung di Iran. Ramai menggunakan video ini kononnya bersama ulama Syiah. Kalau pandai bahasa Arab boleh faham apa yang diperkatakan oleh Presiden PAS dalam pertemuan tersebut.


Mat Sabu kena beza antara pergi bertemu dengan berguru. Misalnya gambar di atas, Mat Sabu tunduk hormat kepada Presiden PAS, takkan nak kata Mat Sabu berguru dengan Presiden PAS? Biarlah kita rasional dalam menjawab isu.

Tapi sekerap Abdul Hadi berjumpa pimpinan Syiah tak sampai isteri Presiden PAS nak peluk pimpinan Syiah!!

Kita tak lupa ucapan ini;
“Saya sendiri berpeluang bertemu beliau empat lima kali. Memang kita tengok wajah dia saja kita nampaklah kehebatannya. Saya pernah membawa isteri saya jumpa Hassan Nasrallah.

Dia kata ” Bang, kalau dalam Islam izin peluk. Aku nak peluk” .
Masyarakat tidak mempersoalkan sejauh mana pertemuan tersebut, atau sekerap mana pertemuan dengan pimpinan Syiah tetapi masyarakat ingin penjelasan tentang anutan mazhab Syiah. Bagaimana fahaman Syiah boleh ini boleh berkembang di Malaysia dan sejauh mana parti AMANAH telah direspi fahaman ini.

Itu patut dinyatakan oleh Mat Sabu secara jelas.

Mat Sabu adalah pimpinan PAS yang menjadi rujukan kepada gerakan pelajar di Universiti yang berada di sekitar Kuala Lumpur tidak hairanlah kalau Adly Zahari mengkagumi Iran. Malah buku Dialog Sunnah Syiah biasanya menjadi rujukan kepada mereka yang mendekati Mazhab Syiah.

Buku asalnya dalam bahasa arab telah melebih cetakan yang ke-20 (tahun 2011) dan berjudul Al-Muraja'at. Buku ini merupakan surat-menyurat yang berlaku antara seorang ulama besar dari kelompok Ahlus Sunnah  iaitu, Asy-Salim al-Bisyri, rektor al-Azhar pada masa hidupnya dan seorang ulama Syi'ah Lebanon, al-Imam as-Sayyid Abdul Hussain Syarafuddin yang bersambung salasilah keturunannya dengan Rasulullah SAW.

Perbincangan ini berlaku di Universiti al-Azhar pada tahun 1329H namun kedua-dua ulama ini melakukan perbicangan dengan gaya menulis surat, bukannya bedebat secara bersemuka. Hasilnya, dapatlah kita ikuti dari surat pertama hinggalah surat yang ke-112 dalam buku ini dengan jelas. Sungguh berbeza cara orang yang berilmu tinggi dengan yang berilmu biasa.

Walaupun ada pertikaiaan mengenai keaslian buku ini, tapi buku ini banyak mempengaruhi rakyat Malaysia terutama pelajar dalam mencari 'kebenaran' tidak faham seluk belok perbahasan ilmu.

Dulu awal 80an selepas Revolusi Iran, ramai pimpinan PAS sambung belajar dan ada yang memilih untuk belajar di Iran kerana percuma, termasuk Mat Sabu.

Memang belajar di Iran, suatu yang menjadi perkara tak baik di sana ialah mereka cuba memaksa pelajar kita menganut mazhab mereka. Sekitar tahun 86-87 saya pernah bertemu dengan Mat Sabu di sebuah rumah sewa dalam program pelajar U dan Mat Sabulah memberikan maklumat ini.

Saya sendiri tak pasti samada Mat Sabu ini Syiah atau tidak. Rasanya Mat Sabu boleh menjawab. Jika dia Syiah dia boleh taqiyah!


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

8 comments:

  1. PASMA-Cai DAKWA MAT SABU BUAT KERJA 'BANGANG'!!!

    Heh! Itu pun masih ada hati lagi Si Mat Sabu tu nak pertikai mengenai kepimpinan PAS dan membuat tuduhan yang bukan - bukan? Pun masih lagi Si Mat Sabu tu sibuk nak selak kain orang?

    Jika semalam kita dah nyatakan bahawa Si Mat Sabu tu wajar menjaga kain dia sendiri. Jangan sampai kain dia terlondeh dek kerana sibuk sangat nak masuk campur dalam urusan orang lain.

    Inilah masalahnya bila tubuhkan parti hanya semata - mata kerana nak menjaga kepentingan Politik Peribadi orang lain. Penyudahnya, diorang juga yang hilang kemaluan secara terbuka.

    Dalam keghairahan puak - puak Pengkhianat Amanah Negara yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu nak serang PAS, ada dikalangan mereka sendiri rasa tindakan yang dilakukan itu tidak wajar.

    Semalam, kepimpinan Si Mat Sabu ti telah dikritik secara terbuka oleh Pengerusi PASMA-Cai yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa parti yang dipimpin oleh Bekas Timbalan Presiden PAS tu.
    AIDCNews – 2/12/15 –Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi kini dilihat tidak lagi sependapat dengan presiden parti itu, Mohamad Sabu dari sudut pendekatan politik.

    Phahrolrazi yang juga Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) hari ini dilaporkan telah mengkritik pendekatan politik Mohamad Sabu yang lebih lebih dikenali Mat Sabu yang lebih menumpukan kritikan terhadap PAS berbanding dengan BN.

    “Sebagai NGO yang pro-pembangkang, kami merasakan sepatutnya fokus harus diberikan kepada BN mengenai isu-isu rasuah dalam parti pemeritah.

    “PAS bukan parti pemerintah, mereka hanya memerintah di Kelantan. Menyerang sesama sendiri memberikan kesan negatif kepada blok pembangkang,” kata ADUN Pengkalan Kundor itu ada sidang akhbar di George Town, lapor Malaysiakini.


    Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mat Sabu yang menuduh PAS kini sudah diresapi pemikiran ISIS merupakan punca beliau dan kumpulannya menubuhkan parti baharu, PAN.
    Secara tidak lansung, kenyataan yang dibuat oleh Si Phahrolrazi tu membuktikan bahawa parti pimpinan Si Mat Sabu tu memang ketandusan idea untuk mendapatkan sokongan dikalangan rakyat.

    Kot ye pun parti yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu terdesak sangat nak kumpulkan ahli, jangan la sampai tahap diorang mem-BODOH-kan diri sendiri dengan membuat tuduhan serta memburukkan PAS. Nampak sangat yang diorang ni takde kerja lain yang nak dibuat!!!

    ReplyDelete
  2. TAKKAN KAIN SENDIRI DIA NAK BIAR TERLONDEH!!!

    Memang itu yang sebaiknya dilakukan oleh Si Mat Sabu tu sebelum dia sibuk nak mempertikaikan pasal orang lain. Baik dia selesaikan dulu perbezaan ideologi dalam parti yang baru diterajui tu.

    Hakikatnya, Si Mat Sabu tidak perlu nak mencari alasan untuk menjustifikasi tindakan mereka meninggalkan PAS dengan mengaitkan parti itu dengan pemikiran ekstremis militan ISIS.

    Kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), tindakan Si Mat Sabu tu membuktikan bahawa mereka sudah ketandusan isu dan bankrap modal Politik untuk memburukkan PAS.
    "Kepimpinan Amanah dinasihatkan menyelesaikan dahulu kecelaruan mereka dan mencari titik persamaan supaya kumpulan pro-Syiah, pro-Tanzim Alami dan pro-Anwariyyun dapat disetarakan pemikirannya," katanya menerusi kenyataan.
    Selain itu, Mohd Zuhdi juga turut membidas kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu sebelum ini yang menuduh PAS diresapi pemikiran kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

    Katanya, alasan terbaharu Mohamad apabila mengaitkan PAS dengan gerakan militan adalah bertentangan dengan dakwaannya sendiri sebelum ini terhadap parti Islam berkenaan.
    "Pimpinan Parti Amanah Negara mula menyerang PAS dengan mengaitkan PAS dengan Isis atau terrorisme. Terkini presidennya sendiri berkata antara sebab Amanah ditubuhkan disebabkan PAS kini dipengaruhi oleh Isis.
    "Sebelum ini, PAS dituduh mahu bersekongkol dengan parti pemerintah, iaitu Umno atau BN atas nama kerajaan perpaduan yang juga dimomokkan sebagai punca mengapa Amanah ditubuhkan.
    "Berdasarkan paradox kedua-dua tuduhan itu, PPP melihat kepimpinan Amanah sebenarnya semakin keliru dan celaru. Mereka tidak tahu, peluru mana yang mahu diguna untuk menyerang PAS," katanya.
    Jelas Mohd Zuhdi, tuduhan bahawa PAS mahu bekerjasama dengan UMNO yang dibuat sebelum ini dengan tuduhan diresapi pemikiran militan merupakan dua perkara yang bertentangan.

    Pokok pangkalnya, Si Mat Sabu dan konco - konco Pengkhianat dia sekarang ni memang dah ketandusan idea nak meraihkan sokongan Simpati Murahan dari kalangan rakyat. Maka sebab itulah dia sanggup memper-BODOH-kan diri dia sendiri!!!

    ReplyDelete
  3. Tidak lama lagi gang Wahabbi JIM akan.makan satu talam dengan kekasih syiah Hassan nasrullah Dan kekasih perjuangan LBGT.

    Simpang malaikat 44 Jadi macam tu. PKR Dan UMNO pun tak pernah buat kerja macam ni

    ReplyDelete
  4. Lu walaun ada byk bukti ke ... mmg PAS diresapi idea ISIS...cuma pemimpinnya aje yg tak sedar ...

    ReplyDelete
  5. Kita bercakap ttg proses mengISIS kan PAS ...it will take sometimes wait and see ...geng2 ustaz muda yang mengelilingi TG Presiden sedang begitu gembira menyalurkan pemikiran ini. Hal ini tindakan akan berlaku sekiranya ahli2 yang banyak berjasa dlm PAS seperti Mat Sabu, Khalid Samad etc masih berada dalam PAS.
    INi bukan politik Matang tapi MALANG

    ReplyDelete
  6. Kita bercakap ttg proses mengISIS kan PAS ...it will take sometimes wait and see ...geng2 ustaz muda yang mengelilingi TG Presiden sedang begitu gembira menyalurkan pemikiran ini. Hal ini tindakan akan berlaku sekiranya ahli2 yang banyak berjasa dlm PAS seperti Mat Sabu, Khalid Samad etc masih berada dalam PAS.
    INi bukan politik Matang tapi MALANG

    ReplyDelete
  7. Lu walaun ada byk bukti ke ... mmg PAS diresapi idea ISIS...cuma pemimpinnya aje yg tak sedar ...

    ReplyDelete



  8. Bismillahir Rahmanir Rahim

    https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I

    Web: almawaddah.info

    Salam wa rahmah

    Kepada;

    Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic". Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin.?
    Terima kasih wa 'afwan.

    Daripada;
    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
    Kuala Lumpur
    Malaysia.










    ReplyDelete