Ustaz Ahmad Awang nak saman Ustaz Hadi, katanya Ustaz Hadi fitnah dia kumpulan ikut telunjuk DAP. Akhbar menyiarkan bahawa ustaz Hadi beri pilihan, dengan berkata terpulang kepada ahli-ahli PAS sama ada hendak memilih pemimpin sendiri atau mengikut telunjuk DAP. Melainkan Ahmad Awang rasa dia benar mengikut telunjuk DAP
Saya rasa itu perkara biasa dalam pemilihan. Ahmad Awang kena sedar hanya 20% daripada hampir 1200 perwakilan yang memilih dia. Maknanya akar umbi tak suka.
Sepatutnya Ahmad Awang pergi tanya Dato' Wan Rahim dahulu berkaitan perkara ini. Mana tahu Dato' Wan Rahim boleh bagi 'penerang hati' supaya tidak mudah gundah gelana.
Klik untuk besarkan |
Selepas pilihan raya 1982, untuk muktamar PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap di Dewan Zulkifli Muhammad dengan ungkapan "PILIH DIA ATAU SAYA" ini adalah kata putus untuk memlihan dia atau Dato' Asri Presiden PAS pada masa itu. Akhirnya Dato' Asri kalah dan tubuh parti BARU juga.
Saya guna hujah TGNA pasal sekarang ini ramai orang gila-gila sikit-sikit sebut TGNA & Ustaz Fadhil kata itu dan ini.
Habis apa pelik dengan kata 2 oleh TGHH??
Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
biasala orang da kalah nak tutup malu la tu
ReplyDelete