Thursday, 11 June 2015

Salah ke Presiden Arah Usul Putus Hubungan Dengan DAP Itu Jadi Usul Diterima Tanpa Bahas?


Sebentar tadi sarapan di warung. Ada yang tunjukkan kepada saya usul putus hubungan dengan DAP lulus tanpa bahas adalah arahan Presiden PAS. Saya tanya balas, apa yang pelik bin pelik bin pelik? (Guna ayat Mat Sabu).

Usul yang di hantar biasanya ditapis oleh panel penapis usul yang dipengerusikan biasanya oleh Ketua Penerangan. Jadi amalan kebiasaan ini telah dilakukan, pasal itu Haji Mahfuz menjadi pengerusi panel penapis usul.

Jika ada perbezaan pandangan dalam isu usul, pengerusi jawatankuasa penapis usul akan buat keputusan. Dia ada kuasa pemutus. Kalau pengerusi pun pening tak boleh buat keputusan. JK ini akan merujuk kepada JK lebih tinggi. Jika di PAS kawasan, mereka akan rujuk kepada AJK PAS Harian Kawasan yang mana YDP PAS Kawasan adalah kuasa pemutus.

Jika di Pusat mereka akan merujuk kepada AJK PAS Harian Pusat. Biasanya tak sempat nak rujuk kepada semua AJK PAS Harian jadi biasa beberapa AJK Harian dan Presiden adalah kuasa pemutus.

Berbalik kepada isu usul memutuskan hubungan dengan DAP.

Kalau kita ahli PAS yang mengikuti muktamar dan mengikut penjelasan Hj Mahfuz, pengerusi penapis usul kita dengar penjelasannya beliau bahawa usul ini sensitif serta ada implikasi yang besar dan dia tak boleh buat keputusan lalu dirujuk kepada AJK PAS Pusat. Macam saya sebut tadi tak semua AJK Harian dipanggil dan pada isu ini Timbalan Presiden Baru dan lama (Mat Sabu) ada dalam perbincangan usul ini.

Dan Presiden membuat keputusan. Takkan nak minta Lim Guan Eng buat kata pemutus. Apa yang pelik bin pelik bin pelik?

Yang tersebar dalam media sosial itu sebenarnya bukan tak faham sebab ada peguam pun dalam groups whatsapp ini. Maaf saya cakap mereka ini sebenarnya bukan tak faham tapi JAHAT!! Sengaja nak huru harakan PAS.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

12 comments:

  1. Sesuai kalau dipanggil PARASIT, kalau dikatakan JEBON, mereka marah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng hangpa la parasit.Bila pas dah jadi kuat tetiba muka geng hangpa mai tunjuk alim tapi takdak akhlak gelar org itu dan ini dgn pelbagai gelaran buroo lagi hina kpd geng yg bnyk berkorban utk pas termasuk Hadi dgn celupar membarua dan mentololkan sesama jemaah.Muka hangpa tak malu ka gelar org parasit.Hangpa tu yg jebon bergayut ketika pas dpt sokongan ramai.Sudahla pas,kelaku hangpa mmg dh rosak.

      Delete
    2. Sekurangnya tak fitnah n langgar janji, ape salahnya PAN letakkana semua kerusi, kalau ikut komposisi banyak pengundi cina, sudah tentu PAN menang, perjanjian kena la laksanakan,

      Delete
  2. Sama gak dg ulamak jahat yg suka buat fitnah dan mengaibkan sasama sendiri demi jawatan

    ReplyDelete
  3. 👍👍👍nordinali
    akarumbi perlukan hujah mantop camni utk backup tohmahan yg bertaliarus

    ReplyDelete
  4. ya betul sukanya aku da blogger camni

    ReplyDelete
  5. Usul Tanpa Bahas ... ada pencadang dan penyokong dan tiada bantahan daripada sesiapa, memang boleh diterima. Namun sekiranya ada yang mahu dibahaskan, sebaiknyalah diberi peluang untuk dibahaskan oleh perwakilan. Dalam perlembagaan tidak dinyatakan dengan jelas dan terang.

    ReplyDelete
  6. Mso melayu dah tahu

    ReplyDelete
  7. bila kalah...timbul sifat amarah...camno boleh kalah...xleh nk terima keputusan....kemudian terbit pula rasa benci dan meluat dgn pimpinan baru...kemudian terbit rasa dengki...sbb rasa diri lbh baik dari segala segi berbanding pimpnan baru...skrg...khianat pula...janji pimpinan baru susah nk melaksanakan tanggungjawab mereka...tu yg byk keluar statement mcm2 tapi emrapu2

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. asalakan bukan UMNO n PAS pastu Asalkan bukan UMNO n PAS n PKR, lepas tu? lu pikir sendiri la

      Delete