Saturday, 20 June 2015

Ulas Tulisan Dinsman Pasal Pak Samad


Saya agak gementar nak ulas tulisan Dinsman atau nama sebenar beliau Che Samsudin Othman . Ya dia orang bahasa, seni dan budaya. Dalam bahasa standard disebut sebagai budayawan dan sasterawan. Hidupnya untuk itu.

Saya kenal Dinsman bila dia menulis sajak yang panjang puji Dr Mahathir semasa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Kemudian zaman reformasi dia  agak lambat berubah walaupun banyak tulisannya mula 'menghentam umno' dan akhirnya keluar UMNO.


Dia jenis orang yang tak banyak cakap. Saya pernah minum semeja dengan dia dan kami tak bercakap pun. Rasa-rasanya pernah pergi ke rumah dia, tapi tak pasti isteri mana.

Seorang yang berperinsip. Saya difahamkan dia pernah menolak untuk mengerti buku Syed Hussin Alatas apabila Syed dikatakan menerima duit kerana menulis (Isu AsSyaari Perdana Menteri Malaysia. Penulis biasanya menerima upahan seperti video isu Mohd Sayuti Omar, tapi bagi Dinsman penulis boleh sokong sesiapa tetapi tidak beretika bila terima upah untu sokong seseorang).

Saya setuju dengan pendapat kawan-kawan Dinsman "kemasukannya dalam DAP itu akan merosakkan pengiktirafan awam bahawa kedudukan atau statusnya adalah di atas dan mengatasi mana-mana parti politik". Saya memang ada hasrat hendak menulis panjang tetapi oleh kerana kekangan masa saya sekadar menulis coretan berserta sajak A. Samad Said yang lalu sebagai panduan jangan dia meludah tapi ludahan itu terpencik ke muka sendiri. (anda boleh baca di sini)

Sama dengan Dinsman, kemasukkan A. Samad Said bukan orang baru dalam dunia sasterawan dan budayawan berada dalam DAP. Dharmala NS atau nama sebenar beliau Abdul Muluk Daud (gambar sebelah) meninggal dunia 12 Ogos 2009 akibat sakit jantung. Beliau mengendalikan blog Warga Prihatin Malaysia (Prima). Apa Pak Dharma buat dalam DAP, dia macam Aspan Alias insan yang dipencil oleh DAP.

Akhirnya terselit juga dalam tulisan Dinsman sebab sebenar dia menulis artikel yang saya ulas ini. Dinsman menulis.

"
Barangkali kekecewaan terhadap golongan ulama dan ustaz di dalam PAS juga menjadi faktor antara mendorong Pak Samad bertindak masuk DAP."

Hadir di Kampung Pasir Tumbuh, misalnya, anda akan menyaksikan komitmen DAP melalui projek Impian Kelantan (bersama Gabungan Impian Kelantan yang dipengerusikan Datuk Husam Musa) menyiapkan 70 buah rumah untuk mangsa banjir, sebelum Ramadan; adalah bukti bahawa nilai pelaksanaan itu jauh lebih baik dan mulia daripada sekadar bercakap dan menjanjikan semata (walaupun janji itu janji syurga).

Projek memulihkan semula kehidupan kampung mangsa banjir paling terpencil di Kelantan (dengan dipandukan oleh Wan Rahim, YDP PAS Kota Baru) itu, kini boleh menjadi model bagaimana seharusnya pemulihan 1,800 buah rumah yang roboh-hilang dalam banjir 2014 itu dilaksanakan.
Yang lain, dijanjikan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri akan siap sebelum Ramadan, tetapi tak sampai 50 buah yang siap. Kebanyakan mangsa masih tinggal di dalam khemah sementara.

Maaf, sebenarnya panjang kalau saya hendak mengulas mengenai pembinaan rumah mangsa banjir. Tidak semudah kita menulis.

Bantuan Banjir datang daripada banyak pihak, kerajaan Kelantan menerima semuanya termasuk daripada UMNO. Kelantan menerima bantuan kerajaan Pakatan seperti Selangor dan Pulau Pinang dan bantuan daripada Kerajaan Pusat dan termasuk kerajaan Terengganu.

DAP memberi bantuan membelakangi Ahmad Yaakob MB Kelantan


Selangor melalui prosedur yang betul tetapi Pulau Pinang melalui pimpinan terpilih, PASMA dan NGO yang ditubuhkan oleh Husam. DAP menggunakan misi ini untuk menyerang Hadi dan ulamak. Pihak kerajaan Kelantan sedar, tetapi atas dasar kepentingan mangsa banjir Menteri Besar Dato' Ahmad Yaakob pejam mata. Kenapa jadi macam ini, apakah Dinsman tak boleh berfikir jauh?

Azmin Ali (PKR) Ikut prosedur yang betul
Kita marah jika UMNO memberi bantuan atas kepentingan parti, membelakangi prosedur, tapi dalam masa mulut kita mencerca UMNO tapi perangai kita "tak saling tumpah" seperti UMNO.

Saya faham Husam ada membantu adik Dinsman dalam menjalani pembedahan yang melibatkan lebih daripada 20K, tetapi itu tidak memberikan alasan untuk Husam membuat sesuatu tidak melalui prosedur yang betul.

Dulu projek media bersama Kicdefella yang melibatkan urusan 4K. Saya rasa Dinsman ada manafaat dalam pembikinan media. Masalah bermula dengan Kicdefella bergaduh dengan Husam dan apabila MB bertukar tangan kepada Ahmad Yaakob projek ini tidak lagi diteruskan apakah ini membuatkan Dinsman membuat kesimpulan golongan ulama dan ustaz tidak boleh dipercayai? Apatah lagi zaman silam bersama dengan kerajaan PAS Terengganu yang mana projek ditolak kerana 'pemikir PAS Terengganu' (kelemahan PAS Terengganu pemikir tak banyak maklumat) tak boleh beza antara Ahmad Lotfi pengarang buku dengan Ahmad Lutfi penulis Harakah.


Dalam kesempatan tulisan ini, saya ingin menyatakan pendapat berhubungan dengan kenyataan PAKSI dalam isu kononnya pemecatan wartawan Harakah. Saya mendengar dan mengulangi video kenyataan tersebut selama 42 minit. Apa yang saya nak katakan, semuanya tak benar. Tak ada pemecatan sekadar mainan politik pengurusan sahaja.

Saya sangat kecewa apabila Cikgu Pa menjadi mangsa politik dalam isu ini. Dinsman cukup arif dalam isu ini pasal yang terlibat adalah adik beliau sendiri tetapi kenapa Dinsman mengambil jalan yang sangat tak berprinsip dalam isu ini? Saya masih tertanya-tanya sehingga penghormatan saya kepada Dinsman mula luntur!

Dinsman tahu bahawa politik dalam ALP Harakah sebagaimana Dinsman tahu politik dalam Dewan Bahasa dan Pustaka. Dulu orang tak suka Wan Omar bin Wan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Sutung Umar RS sebagai ketua Editor Dewan Sastera. Sutung Umar RS diketepikan atas politik dalaman.

Ahmad Lutfi dicadangkan untuk digugur atas kesihatan (matanya yang kabur) oleh keputusan ALP bukan Cikgu Pa. Yang ada dalam ALP Harakah pada masa itu ialah Dr Rosli, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar, Suhaizan Kaiat dll lagi. Mereka ini bukan aliran Ustaz dan Ulama!

Salahudin Ayub sepatutnya menyampaikan keputusan ini. Kenapa Salahuddin tak jumpa Ahmad Lutfi untuk memberitahu keputusan ini hampir sebulan sehinggga Cikgu Pa pula terpaksa memberitahu? Kenapa Dinsman tak ceritakan kepada orang ramai perkara ini?

Begitu juga Tarmizi Mohd Jam ditidak dipecat, tapi kita sanggup berbohong atas pentas PAKSI. Apa kesannya, orang mula tidak mempercayai lagi PAKSI. Ini menjawab kepada tulisan Dinsman kekecewaannya terhadap sikap pimpinan PKR dan PAS terhadap seni-budaya.

Saya ada banyak maklumat tentang isu ini, tapi cukuplah setakat ini. Maklumat yang saya perolehi menyebabkan saya menjadi kecewa, memencil diri daripada sahabat seperjuangan.

 

Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment