Monday, 8 June 2015

Fitnah lagi? Siapa Punya Angkara?


Ada orang hantar gambar ini kepada saya dengan sedikit petikan "Ulama PAS kalau nak putus hubungan dengan DAP tak payahlah jalankan hukum hudud kepada Lim Guan Eng".

Saya hairan perangai bodoh dan jahat geng-geng yang suka buat onar dalam jamaah Islam. Nak kata dia orang tak solat, rasanya solat tak tinggal mungkin lebih baik daripada sesetengah ahli PAS yang taat kepada jamaah. Makan BABI jauh sekali.

Saya ada 2 cara nak jawab gambar di atas. Pertama saya anggaplah fitnah gambar di atas ni benar. Oleh kerana gambar saya kena guna gambar juga untuk menjawab macam cerita P. Ramlee engkau pijak kepala bapak aku, aku pijak kepala bapak engkau. Kah kah.




Saya lihat perangai Ketua Menteri P. Pinang tak ada beza dengan gambar yang diberikan kepada saya. Tak tahu jika DAP buat semuanya betul.

Tapi itu sebenarnya bukan jawapan saya.

Gambar di atas adalah Mohamed Hafiz Mohamed Nordin, Penyelaras Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP). Ini cerita tahun 2013 yang mana isu Kalimah Allah.

Demonstrasi ini juga melibatkan Perkasa, Persatuan Anak Jati Malaysia (Pajim),  Persatuan Muka Buku dan Gerakan Pelajar Semenanjung (GPMS). Mereka berarak dan memukul LGE. Termasuk dalam gambar tersebut bekas ahli PKR daripada pemudanya (AMK) yang keluar parti.

Kenapalah kamu suka menyebar fitnah? Kenapa kamu nak rosakkan kepimpinan ulama dalam PAS?


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment