Saya pernah menulis pasal label melabel dalam PAS (baca di sini). Dalam forum dengan Dr Zuhdi, Khalid guna emosi hadirin juga membangkit soal label melabel dalam PAS kononnya dia di label sebagai Jebon, Anwari's dll. Emosi tidak boleh mengubah fakta siapa sebenarnya yang suka melabel dalam PAS perlu dilihat dan diteliti melalui fakta.
Misalnya label UG yang menjadi permulaan kepada era pertempuran dalam media sosial, siapa yang mulakan sedangkan penjelasan demi penjelasan dibuat tapi label berkenaan masih menjadi satu bentuk 'pembunuhan kreator' dalam PAS oleh mereka yang kini senjata tersebut memakan dirinya sendiri.
Kita juga tahu dan sedar pada masa itu ulama masih buta it. Malah pada masa itu laman-lama dewan ulama daripada pusat hingga ke negeri sekadar dihiasi teks khutbah dan tazkirah sahaja. Bila mereka kini sedar it dan mula menjawab kita cuba menyalahkan mereka, adilkah kita?
Itu isu yang sudah berlalu, saya ingin bercakap soal yang ada dihadapan kita selepas muktamar ke-61.
Saya terbaca satu petikan tulisan Khalid yang baru. Khalid ada menulis.
"Pada masa yang sama, tidak dinafikan, pendekatan dan kaedah saf pimpinan baru agak berbeza. Ada yang mengelarkannya sebagai pendekatan “siku dan lutut” serta “mencakar”."
Adakah Khalid sedar, tulisannya ada tulisan melabel? Khalid memang pandai bercakap tetapi tidak pandai untuk menghadam apa yang dia cakap.
Siku dan lutut adalah bahasa kiasan yang digunakan oleh Ustaz Nasruddin menjawab tohmohan DAP tetapi Khalid menggunakan media pakatan rakyat menyerang dan mengubah persepsi bahasa ini. Adilkah Khalid dalam hal ini. Apakah Khalid rasa tidak bersalah di hadapan Allah?
Mencakar?? Ini apa?
Berbeza pandangan dan pendekatan ini lumrah tetapi bukan mengizinkan kita manipulasi percakapan untuk memburukkan sahabat seperjuangan kita. Kita selalu bercakap tentang ukhwah, tapi dalam hal ini dimana ukhwah kita?
Sepatutnya kekalahan sebagai AJK PAS Pusat bagi orang lama seperti Khalid memberikan satu pengajaran untuk diinsafi. Mendalami sebab dan kenapa perwakilan menolak. Ya Khalid kena renung dimana silapnya.
Bayangkan 80% pengundi daripada 1200 perwakilan menolak. Adakah kerana semuanya bodoh buta dan tuli menurut "cai" seperti zombie? Adakah Khalid rasa dia ditolak oleh perwakilan yang bodoh dan zombie. Adakah kenyataan ini sebagai penyedap hati Khalid yang sudah 'luluh" akibat orang sudah tidak suka cara dan gaya Khalid berpolitik dalam PAS.
Khalid sepatutnya mempelajari kesilapan ini bukan menunding jari kepada orang lain.
Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
Maaf saudari nordin ...sekali lagi tuan menggunakan hujah syok sendiri ttg sokongan grassroot. Kalau setakat perwakilan seramai 1200 , 80% drpd mereka menyokong kepimpinan pas skrg adalah tidak tepat. Mengapa ye..pemilihan perwakilan telah direncanakan oleh ahli2 pro ulama, sama macam umno...tapi rasuahnye kpd ahli di bwh ialah golongan ustaz adalah lebih afdal dipilih sebab mereka lah golongan yg memahami pas...walaupun golongan ustaz ni kebanyakan di peringkat cawangan hanya pandai bckp dan menghukum sdgkn yg buat keje bwhan ni kureng la sikit nak joint...di tempat sy ketika ahli cawangan berhajat utk turun ke kelantan bg membantu rakyat kelantan yg kena banjir...terus lah geng ustaz ni seorg demi seorg nenguzurkan diri..tinggallah geng2 budak2 muda yg telah dijebonkan dan disiku dan dilututkan utk meneruskan misi cawangan ni. Sebenornya kalo pemilihan di cawangan tiada tangan2 menentukan sudah tentu keputusannya berbeza bro...
ReplyDeleteMaaf saudari nordin ...sekali lagi tuan menggunakan hujah syok sendiri ttg sokongan grassroot. Kalau setakat perwakilan seramai 1200 , 80% drpd mereka menyokong kepimpinan pas skrg adalah tidak tepat. Mengapa ye..pemilihan perwakilan telah direncanakan oleh ahli2 pro ulama, sama macam umno...tapi rasuahnye kpd ahli di bwh ialah golongan ustaz adalah lebih afdal dipilih sebab mereka lah golongan yg memahami pas...walaupun golongan ustaz ni kebanyakan di peringkat cawangan hanya pandai bckp dan menghukum sdgkn yg buat keje bwhan ni kureng la sikit nak joint...di tempat sy ketika ahli cawangan berhajat utk turun ke kelantan bg membantu rakyat kelantan yg kena banjir...terus lah geng ustaz ni seorg demi seorg nenguzurkan diri..tinggallah geng2 budak2 muda yg telah dijebonkan dan disiku dan dilututkan utk meneruskan misi cawangan ni. Sebenornya kalo pemilihan di cawangan tiada tangan2 menentukan sudah tentu keputusannya berbeza bro...
ReplyDelete