Tuesday 9 June 2015

Hubungan PAS-DAP: Rayuan Anwar Sudah Terlewat


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa PAS mengkaji semula keputusan muktamar parti Islam itu untuk memutuskan hubungan dengan DAP kerana bimbang kerana keputusan tersebut akan menjejaskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

“Saya kesal dengan usul untuk memutus hubungan dengan DAP yang telah diterima di Muktamar PAS. Saya gesa rakan politik kami PAS untuk mengkaji semula usul tersebut yang telah dilulus tanpa dibahas, dan agar ia tidak dilaksana pada ketika ini."



“DAP yang telah lama menjadi teman dan rakan seperjuangan, terus komited dengan perjuangan untuk membawa perubahan,” katanya.

“Saya juga tahu yang DAP bersama kami dalam usaha memastikan Pakatan Rakyat terus utuh dan menjadi pilihan alternatif rakyat,” katanya dalam satu kenyataan yang dikirim melalui anggota biro politik PKR, N Surendran yang juga MP Padang Serai.

Pesanan sama turut dikirim kepada pemimpin utama PAS dan DAP, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

Apa boleh saya katakan Anwar sudah terlewat.

Kenapa tak ada pesanan sebegini semasa DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang? Kenapa Anwar tak bersuara semasa serangan demi serangan dibuat kepada PAS walaupun PAS diam tidak menjawab?

Kalau diibaratkan pengandil, semasa DAP memukul PAS pengadil membiarkannya tapi bila PAS cuba membalas terus ditiup wisel. Nampak macam tak adil pengadil itu.

Apakah Pakatan Rakyat penting jika kebajikan PKR dan DAP terjaga dan PR itu tidak penting jika PAS diketepikan?

Biarlah perkara ini menjadi suatu 'pengajaran' buat mereka yang nak berpakat. Kalau kita nak berpakat keputusan kita biarlah adil untuk semua pihak yang berpakat.



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

3 comments:

  1. Saya sokong tak yah berpakat, dah lewat, kita bawa haluan masing-masing, in the end, KITA RAKYAT juga yang rugi bila pemimpin bertelingkah dah tak mau berlapang dada selesai masalah. Kalau macam ni caranya, 50 tahun lagi pun belum tentu boleh tukar UMNO/BN. Takpa, UMNO/BN bukan sekejam firaun.

    ReplyDelete
  2. ha ah...

    kalu tak berpakat sekalipun aku yakin pas takkan bertanding di kawasan dap menang sekarang nih...

    kalu adapun mungkin di beberapa kerusi...

    hampir mustahil pas akan bertanding di semua kerusi tu...

    jadi dalam pru apa yang berubah?

    nampak sangat nak menyalahkan pas jika pru14 nanti bn menang lagi...

    padahal masa berpakat dua kali pru tak menang-menang apa cer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya aku tgk orang2 cina pun dah mula gerakan underground utk ajar Dynasty Lim, diorang datang Msia utk lari dari kepompong Triad n Dinasty, bukan utk wujudkan satu lagi dynasty seperti yg ada kat singapore, so the future is not set in stone

      Delete