Tuesday 9 June 2015

Usul Dewan Ulama Telah Di Pinda?

Saya telah menulis berkenaan usul secara umum yang mana perkara ini adalah menjadi suatu yang lazim dalam mana-mana mesyuarat Agung PAS semenjak almarhum Ustaz Fadhil Nor dulu lagi. (Sebenarnya sebelum itu lagi, tapi sengaja saya sebut nama Ustaz Fadhil sebab nama ini telah dijual untuk merosakkan nama Presiden yang ada sekarang. Anda boleh baca di sini.)

Ada yang bertanya saya perlu Muktamar semula ke? Yang keluar kenyataan tu pengerusi SPR PAS!!!

Untuk pengetahuan pembaca usul Dewan Ulama PAS adalah berbunyi "Maka Muktamar Dewan Ulama PAS Kali ke-54 mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat."




Jawatankuasa penapis usul biasa dipenegrusikan oleh Ketua Lajnah Penerangan telah mengubah usul ini menjadi usul bersama dengan PAS Kawasan Tumpat, Kelantan.



Usul itu diubah menjadi "PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak hendaklah memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP, sebaliknya kekal bersama PKR dalam Pakatan Rakyat."

Anda boleh klik dan besarkan printscreen usul di atas.

Nampak macam sama, tapi kalau kita faham bahasa terutama bahasa 'perlembagaan' kita akan nampat kedua-duanya sangat berbeza.

Yang pertama mencadangkan. Bila "cadang" boleh ditolak lagi. Yang kedua "hendaklah" bermaksud kena buat, cara nak buat itu terpulang kepada Majlis Syura. Nak batal kena buat Muktamar semula untuk batalkan... tapi rasanya tak payah batal buat aje.

Yang pertama PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat (Usul asal Dewan Ulama). Yang kedua kekal dengan PKR sahaja (PKR yang berada dalam PR). Sebenarnya bermaksud keluar Pakatan Rakyat.

Saya melihat usul Dewan Ulama telah diubahsuai maksud sebenar apa yang telah diputuskan oleh Muktamar Dewan Ulama PAS Kali ke-54.

Kenapa jadi macam ini? Anda fikir sendirilah.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

1 comment: