Wednesday 10 June 2015

Mat Sabu pelik Umno gembira keputusan pemilihan PAS, Sebenarnya Saya Pun Pelik!!


The Malaysian Insider (Yang akhbar tak pelik) menyiarkan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menduga sesuatu akan berlaku selepas berakhirnya muktamar tahunan ke-61 parti itu baru-baru ini, berdasarkan beberapa perkara yang disifatkannya pelik berlaku sebelum dan semasa muktamar itu.

Bekas ahli Parlimen 3 penggal itu mendakwa turut berasa hairan mengapa akhbar arus perdana, termasuk agensi berita negara seolah-olah campur tangan menentukan kemenangan golongan konservatif dalam pemilihan parti kali ini yang menyaksikan semua calon golongan profesional disingkirkan. (sebenarnya berita TMI ini pelik AJK muslimat PAS yang menang ada 7 orang doktor dikatakan calon ulama... ada masa saya akan tulis)

"Pertama kali Umno dilihat gembira dengan keputusan muktamar. Saya orang lama dalam parti rasa pelik bin pelik bin pelik. Ada sesuatu akan berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider malam tadi.

"Hampir seluruh alat propaganda Umno dan Barisan Nasional (BN) campur tangan dalam urusan pemilihan PAS. TV3, Utusan Malaysia, Sinar Harian, boleh dibaca dan difahami mereka mahu 'golongan ulama' menang.

Saya pun rasa pelik juga macam Mat Sabu.

Yang saya pelik selama saya berada di dalam PAS semenjak bangku sekolah lagi, tak pernah saya lihat DAP berkempen secara agresif untuk memenangkan kumpulan "Islamik Tanpa Syariat" sehingga memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan akan sambung jika Presiden lain dilantik. Kan Pelikkan putus hubungan dengan presiden tidak dengan parti.

Lagi saya pelik apabila kumpulan liberal Islam membantu dalam kempen menjatuhkan kepimpinan ulama dalam PAS. Malah ada yang pergi ke Mesir untuk dapatkan beberapa maklumat dan hujah untuk menolak hudud Kelantan.

Sangat-sangat pelik apabila Sister In Islam bersama berkempen, malah Marina Mahathir menyebut akan keluar Malaysia jika hudud dilaksanakan Kelantan, sedangkan dia tak tinggal pun di Kelantan.

Sangat pelik bin ajaib binti ta'ajuk bila fitnah kepada presiden tersebar luas, kata-katanya diputar belik dan setiap gerak geriknya dimanipulasi sehingga kebencian di dada-dada akhbar bukan akhbar pro-UMNO tapi Pakatan Rakyat sendiri sehingga fitnah menjadi suatu yang benar dan manusia Islam sudah berani membuat dan menyebar "menghidupkan" fitnah demi jawatan dalam parti untuk menuju Putrajaya.

Matlamat PAS menjadi tunggang langgan kerana kepentingan ini. Ukhwah Islamiyyah sudah ditinggalkan. Label UG dan ingin berpeluk dengan UMNO di momok semenjak 2008 tapi sehingga kini tiada bukti. Yang ada masuk UMNO @ BN bukan PAS tapi PKR dan DAP, tapi itulah ulang-ulang supaya semua orang benci kepada ulama kononnya ulama tamak haloba.

Saya sebenarnya menunggu mana tahu Hassan Ali masuk UMNO dapat jawatan lebih sebab dia pecat kerana nak berUG.

Dan akhir sekali yang saya sangat pelik bila Mat Sabu tak faham usul Muktamar sedangkan bermuktamar dah 40 tahun lebih...



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

4 comments:

  1. Jangan fitnah..bagi bukti kata pemimpin pas tolak hudud..."kumpulan liberal Islam membantu dalam kempen menjatuhkan kepimpinan ulama dalam PAS. Malah ada yang pergi ke Mesir untuk dapatkan beberapa maklumat dan hujah untuk menolak hudud Kelantan."....Bagi bukti, jangan fitnah...fitnah itu lebih jahat daripda membunuh. Bagi bukti...

    ReplyDelete
  2. Pelik dap kecewa sgn kekalahan golongan liberal dan.sekular alias islam tanpa.syariat

    ReplyDelete
  3. Pelik Mat Sabu semakin nampak bodoh atau bodohkan diri untuk jaga hati kawan DAP nya.

    ReplyDelete
  4. xpe kot lambat masuk...perasan mt sabu ni...jadi timbalan tp berasa jd presiden..memandai..duduk dlm pas tp ikut puak lain...duduk dlm parti islam tp x endah majlis syura...besar Citrix padan dgn org...kuar la..nape x masuk je sana..bole menjilat .bravo..khalid jugak

    ReplyDelete