Wednesday, 24 June 2015

DAP Jujur Nak Dekati Islam atau Hipokrit?


Dulu orang Melayu Islam takut nak dekati DAP. Walaupun parti itu bukan parti khusus untuk Cina tapi bila sebut DAP terus kita bayangkan Cina yang sangat perkauman. UMNO telah berjaya menerap bermacam-macam persepsi terhadap DAP.

Bila DAP bersama Pakatan Rakyat, PASlah memberikan gambaran yang baik kepada DAP dan imej DAP mula menjadi makin baik pada pandangan orang Melayu Islam. Macam PAS turun ke segenap pelusuk memberi penerangan bertapa perlunya Pakatan Rakyat dan orang Melayu kena undi DAP tolak UMNO atau BN.

DAP mula dilihat seperti sangat MESRA ISLAM. Gambar Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang berbuka puasa, bersama majlis mauludur menjadi viral.

Penulis Melayu Islam dalam media sosial tentang kebaikan DAP apatah lagi bila DAP menambah elaun kepada guru-guru Kafa daripada RM100 kepada RM200.

Allah selalu memberikan panduan kepada gerakan Islam. Kadang kala kita tak sedar bagaimana Allah membongkar apa sebenar yang tersirat dalam semua perbuatan.

Bila timbul isu Hudud di Kelantan, sifat sebenar DAP mula timbul. Kata-kata manis yang selalu kita dengar dalam ceramahnya di kawasan Melayu Islam mula berubah rupa.

DAP SANGGUP MUSNAHKAN PAKATAN RAKYAT demi menolak hudud yang tak ada kiatan langsung dengan bukan Islam. Itu sifat sebenar DAP.

Tapi pada masa yang sama DAP menunjukkan sifat lunak Islam. Sekarang DAP membantu mangsa banjir, malah sanggup nak buat MASJID untuk orang Islam.




Boleh berpakaian menutup aurat bagi perempuan untuk masuk ke masjid dan surau untuk bersama dengan orang Melayu Islam berpuasa tapi jika minta labuhkan skirt untuk program atau ke pejabat kerajaan mereka akan menetangnya. Ini akan menjadi tajuk utama dimedia sosial mempersoalkan kebebasan.

DAP akan buat apa sahaja untuk mendapat publisiti dan menguasai permikiran orang Melayu. Maaf bagi saya DAP masih anti-Islam.



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

2 comments:

  1. dulu2 masa kanak2 kita mengaji sirah nabi...kita rasa pelik mcmana sezaman dgn nabi boleh ada org mcm abu jahal....mcmana boleh ada org mcm abdullah bin ubai.....tidakkah mereka melihat betapa hebatnya islam yg nk dibwk oleh nabi?

    kemudian kita baca kisah pengkhianatan dari dlm terhadap organisasi Islam di Timur Tengah seperti ikhwanul muslimin, plo, hamas,hezbollah, fis,,,sehingga setiap pergerakan mereka dpt dihidu musuh Yahudi

    ReplyDelete
  2. Terserlah sikap islamfobia di wajah DAP..syukur Allah membongkar niat buruk yg tersorok jauh di dlm busukknya perut musuh harbi ni dgn hanya di uji dgn sedikit kemenangan.. istiqomah lah PAS dgn perjuangan Isalam . ..biar kalah pd tuntutan keduniaan asal menang selamanya dipayungi redha ALLAH...ALLAHUAKBAR!!!

    ReplyDelete