Wednesday, 20 February 2013

DAP Kapir Harbi!


Hari-hari telah disaljikan tentang kedurjanaan DAP. Kalau ada DAP Melayu akan melarat dan merana. Buat apa berbaik dengan DAP tu KAPIR HARBI!! Nanti Malaysia jadi macam Singapore!

Masa tu sesal tak kesudahan.. antara serangan psikologi oleh UMNO yang nak mampus kepada Melayu demi untuk menyelamat tembolok mereka!

Gambar di atas Kapir Harbi sedang menderma kepada Tabung Palestine.

Tak hairan pun UMNO juga ada Tabung Palestine. Tapi Tabung Palestine UMNO bukan untuk rakyat Palestine, tetapi untuk pemimpin mereka kebas buat joli!!


Ni Boss UMNO Melaka yang kebas Tabung Kutipan Palestine Melaka sebanyak RM680 juta. Ini bukan Kapir Harbi... Ini Melayu Asli spesis UM NO Karat Biru!

Wednesday, 30 January 2013

Keputusn Nombor Ekor Dalam Utusan Pun Tak Boleh Percaya!!!


Utusan Meloya adalah akhbar paling bangang dan tak bertamadun. Dulu ada kata-kata orang dalam Utusan tu nombor ekor aje betul TAPI si AKHBAR BANGANG ni nombor ekor pun tak betul!!


Ada penulis bernama LUKMAN ISMAIL menulis artikel dalam Utusan Meloyo (kolumnisnya) bertajuk "Anwar kecewa Himpunan Shamsidar sejuk dingin" Ni satu bangang dan bebal Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) boleh dikatakan Shamsidar. Nak kata tak sekolah tapi boleh menulis!!
Bahlol cari makan untuk anak bini dengan duit fitnah!!




Tuesday, 29 January 2013

Kalau wanita bertudung nak masuk Kristian, Rosmah macam mana?


Ini gambar yang di war-warkan kononnya ada ceramah disebuah gereja di Perak telah di hadiri oleh gadis-gadis bertudung. Dakyah ini mengatakan proses untuk mengkristiankan gadis Melayu bertudung sedang giat dilakukan di negara kita.

Saya tak nafikan sebagai seorang Islam kita kena ambil tahu dan prihatin tentang gerakan kristianisasi. Tapi jangan sampai isu ini sekadar isu politik!

Kalaulah gadis bertudung boleh mendengar ceramah kristian di gereja. Bagaimana gadis atau mak gadis yang tak bertudung?


Saya berpendapat kalau nak sebar kristian baik ambil 'mak gadis' yang tak bertudung sebab logiknya yang tak bertudung lebih ingkar arahan tuhan makan lebih mudah untuk meninggalkan tuhan!

Kalau dalam gambar itu gadis tak bertdung ada logik tapi kalau bertudung apa yang aku boleh kata bangang betul cybertropper UMNO/BN!!!

Utusan Meloya Cuba Memperbodohkan Pembaca


Utusan ini memang akhbar bebal. Sudah berkali-kali di saman masih lagu tu juga!! Saya tak tahu bagaimana rupa ketua pengarang yang bebal ini. Hari ini ada cerita Amanat. Antara lain disebut:-

Solat Jumaat 'berimamkan' radio

PASIR PUTEH 28 Jan. - Seorang bekas penyokong tegar Pas yang terlalu taksub dengan Amanat Haji Hadi, mendedahkan bagaimana dia mendirikan solat Jumaat ‘berimamkan’ siaran langsung solat Jumaat menerusi saluran radio kerana menganggap imam di kampungnya kafir.

Menurut Aziz Jusoh, 53, dari Kampung Gong Guchil dekat sini, selepas menyedari tindakannya itu bertentangan dengan ajaran Islam, dia terus bertaubat dan nekad meninggalkan Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendapati ia merosakkan akidah.

Katanya, sebagai pengikut parti yang ilmu agama cetek, tindakan memulaukan imam atau orang UMNO dan mengkafirkan mereka dianggap halal serta jihad dalam memperjuangkan Islam bersama Pas. “Setiap kali Jumaat, sebuah radio pasti berada di hadapan saya yang siap sedia untuk menunaikan solat dua rakaat. Saya akan mendengar khutbah dan berimamkan suara yang berkumandang.


Bangang betul pengarang, kalau dia tak solat kerana iman kerajaan kafir habis dalam radio tu iman PAS ke?? Nak tipu pun biarlah betul!!

Sunday, 13 January 2013

Utusan & Berita patut belajar daripada Sinar



Hari ini semua akhbar Melayu cuba memperbodohkan orang-orang Melayu dengan berita yang menyenangkan hati pemerintah dan menepikan etika dan sifat pemberitaan. Hanya Sinar Harian sahaja berlaku jujur dengan apa yang berlaku.
Utusan Malaysia secara teradisinya terpinga tak ada isu untuk paparan hadapan sekadar meletakkan berita serangan kepada pembangkang "Penganjur Langgar Syarat". Aku rasa Ketua Editornya Bengong atau Banggang!!

Jika ada yang melanggar peraturan dengan membawa anak-anak itu peranan POLIS!! Bukan baling gas pemedih! tapi pergi kepada individu berkenaan dan nasihatkannya. Jika degil juga baru bawa mereka keluar daripada perhimpunan. kalau rasa boleh dakwa di bawah undang-undang dan peraturan perhimpunan dakwalah.

Lagi bagus kalau Polis sediahkan tempat asuhan anak-anak... daripada polis sediakan Khemah jutaan ringgit untuk bagi makan peserta yang ditangkap dengan kos RM18 seorang!!. Itu pun Utusan bodoh nak tulis...

Anak-anak kecil di bawa berrjalan, takkan nak tinggal tepi jalan!!
Ketua Polis Dang Wangi ada sebut macam bersiar-siar atau macam tengok bola... Memang mereka ini bersiar-siar dengan anak-anak.

Setakat tak sampai 10 kes bawa anak-anak nak jadikan tajuk berita. Bangang betul!! 10 daripada 100,000 berapa nisbahnya. Takkan ini meyebabkan pengajuran salah. Ini kes terpencillah bangang!!

Belajar daripada Sinar Harian... Belajar menerimahakikat jangan beku otak dengan fanatik keUMNOan. 

















Monday, 15 October 2012

DAP Kedah sekadar bantah tapi UMNO lagi teruk yang buat!

|
Hari ini Utusan Malaysia (baca Meloya!) cuba memaminkan isu DAP dan PAS dengan memberikan tajuk kononnya DAP Kedah tak suka papan tanda yang sopan sebagaimana papan tanda di negeri Kelantan.

Kalau betul apa yang dikatakan UM (tapi setakat ini dah lebih 10 saman UM kalah kerana pembohongan..) DAP Kedah sekadar memberikan pandangan tak suka tapi UMNO Kedah sebelum ini dan UMNO keseluruhannya yang membuat dan menyiar iklan dan papan tanda kurang sopan.

Mana Islam UMNO??

Ini berita yang diputar belit oleh Utusan.

DAP Kedah bantah iklan sopan

ALOR SETAR 14 Okt. - DAP Kedah sekali lagi menegaskan mereka akan menentang undang-undang yang berunsurkan Islam jika ia mahu dilaksanakan di negeri itu.

Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, tindakan itu termasuk dalam soal pelaksanaan garis panduan papan iklan antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama Islam.


Katanya, sebarang perkara berkaitan undang-undang Islam perlu dipersetujui oleh semua parti dalam pakatan pembangkang di peringkat Pusat dan negeri.


"DAP negeri sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Guan Aik mengulas kenyataan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad berhubung garis panduan pemasangan papan iklan di kawasannya yang meliputi penggunaan bahasa, landskap dan pakaian model iklan.



Sunday, 16 September 2012

Suspek pijak foto Nik Aziz, Guan Eng juga ditahan?

Dah berkurun gambar kencing ini berlaku sekarang baru polis nak tangkap. Betul atau tidak entahlah. Tak ada gambar penangkapan. Tak ada gari macam yang tunjuk punggung. Entahlah mungkin punggung lebih aib daripada kemaluaan??

Atau ini satu lagi sndiwara hebat PDRM yang dilakunkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Selepas ini berita besar bahawa PDRM bertindak tak kira parti..... ekh terbatuk aku!

KUALA LIPIS - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan penahanan beberapa individu yang didakwa memijak dan membuang air kecil ke atas gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Penahanan itu dilakukan mengikut bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bagi melengkapkan siasatan berhubung laporan polis yang diterima terhadap tindakan melampau sekumpulan pemuda itu.

"Tangkapan ke atas mereka terlibat sudah dibuat, siasatan dan kertas siasatan pula dalam bidang kuasa PDRM. 


"Jadi, biar mereka siasat perkara itu dan tidak ada sesiapa akan terlepas dari tindakan undang-undang, tidak kiralah siapa mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Lipis di sini, hari ini.

Beliau berkata, apabila siasatan kes itu selesai nanti, terpulang kepada pejabat Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak mereka yang terlibat.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih ditahan, Hishammuddin berkata sebahagian sudah dibebaskan sebelum Aidilfitri lalu.

"Baki tahanan itu masih dalam pertimbangan (untuk dibebaskan) di mana mereka ini kita kena pastikan dulu benar-benar tidak lagi mengancam keselamatan negara.

"Kita sudah perkenalkan akta baru bagi menggantikan ISA jadi kita kena ambil kira semua benda," katanya. - Bernama




Tuesday, 14 February 2012

Sambut Valentine Vs Sambut Thaipusam

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman, umat Islam yang menyambut Hari Valentine boleh membawa kepada syirik dan Islam memang melarang umatnya meraikan hari berkenaan.

Beliau juga mengingatkan umat Islam terutama golongan belia dan remaja supaya tidak meraikan 14 Februari sama ada dengan pemberian bunga, hadiah atau sebarang bentuk tindakan yang boleh menjurus ke arah itu.

Menurutnya, Fatwa Kebangsaan sudah memaklumkan mengenai pengharaman sambutan Hari Valentine kerana mengikut sejarah, Valentines adalah Paderi yang mencabar agama Islam.

Tapi aku tak dengar kenyataan daripada Mufti ini berkenaan dengan sambutan Thaipusam? Adakah Datuk Abdul Rahman sekadar mewakili kepada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sahaja??

Saya ucap tahniah kepada Datuk Abdul Rahman sebelum ini buat kenyataan mengenai Isu Seksualiti Merdeka, tapi Mufti haruslah lebih berani sebab itu jawatan itu bukan untuk calang-calang orang. Kalau mufti sudah berani kebenaran pasti akan menjadi lebih jelas.

Saturday, 28 January 2012

Aziz Bari minta jadi calon, tapi Mazidul Akmal Sidik di minta jadi calon!!

Semua orang kenal Mazidul Akmal Sidik merupakan pengacara 999 di TV3 yang terkenal. Selkain daripada menjadi pengacara TV, Mazidul Akmal Sidik juga adalah blogger yang telah menulis lebih daripada 2000 entri dalam blognya semenjak tahun 2008 lagi.

Blog juga yang lebih bersifat 'penceritaan' masalah semasa rakyat melalui lensa wartawan agak menarik. Ada entri yang ditulisnya menyetuh hati kerana dia menulis secara telus dan berani.

Maaf di tidak jadi calon parti mana-mana tetapi blognya dicalonkan di World Bloggers And Social Media Awards 2012.


Blog Mazidul Akmal dicalonkan dalam kategori Most Vocal Blog, blog ini dicalonkan bersama 8 blog lain.

Jika pembaca berasa blog http://mazidulakmal.com wajar dipilih sebagai blog terbaik, sila klik Most Vocal Blog untuk mengundi.


Ketika entri ini ditulis, blog ini berada di kedudukan tercorot.


Andai pembaca sudi mengundi blog ini, sila catatkan di ruang komen di bawah, 'SUBI' bermakna Saya Undi Blog Ini.

Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah...

Sebelum ini Dr Hassan Ali dikatakan nak masuk UMNO, Aziz Bari juga mengkritik agar disingkirkan Dr Hassan Ali bagi kelicinan perjalanan ke Putrajaya. Masalah Dr Hassan Ali telah selesai, sekarang nampak Ustaz Azizan pula buat hal.

Dr Aziz Bari sekali lagi dengan lantang meminta Ustaz Azizan di pecat. Katanya Ustaz Azizan sesuai berjuang dalam UMNO. Hari ini Ustaz Azizan mengulas kenyataan Aziz Bari.

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Datuk Seri Azizan Abdul Razak menempelak pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.

Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas.

Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan (gambar) menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa.

“Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib),” tambahnya.

Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.

Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.

Azizan turut menyifatkan Aziz “buta undang-undang” dan tidak bersikap seperti tokoh akademik.

“Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula.

“Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat,” katanya.

Beliau menambah: “Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur.”

Azizan turut menegaskan AUKU telah dilaksanakan di KUIN sejak sekian lama dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah.

“Saya anak AUKU, tiada masalah...KUIN adalah hak Kedah, bukan pusat. Jadilah rasional, ‘gentleman’ sikit.

“Undang-undang di KUIN sebelum saya masuk sudah ada. Di Selangor ada tak AUKU? Universiti di Selangor ada AUKU tak? Kami universiti swasta, teori lain...amalan lain,” katanya.

Beliau menambah segala urusan KUIN dilaksanakan pentadbiran universiti bukannya beliau yang memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.

“Tanggungjawab di bawah urusan pentadbiran, kita ada rektor, ada kakitangan KUIN bukan saya.

“Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah...ingat mudah,” katanya.

PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan PAS pusat di ibu pejabat


SELEPAS INI KITA MINTA PAS PECAT PULA PRESIDEN KERANA PERNAH BAWA IDEA UG!