Monday 8 June 2015

Apabila Hanipa (Peguam) Menangis


Bekas Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Hanipa Maidin menitiskan air mata ketika mengenangkan bantuan pernah diberikan kepadanya oleh salah seorang kakitangan ibu pejabat parti itu, Syed Mohamad Syed Hassan.

"Selepas pilihan raya umum 2004, selama dua minggu kami peguam PAS berkurung dalam sebuah bilik di Taman Melewar (untuk menyediakan petisyen pilihan raya).


"Apa yang ramai tak tahu, orang yang banyak membantu kami ialah Allahyarham Syed Mohamad."

Kata Hanipa lagi "Beliau membawakan kopi untuk kami pada waktu malam," katanya sebelum terhenti selama kira-kira seminit dan kelihat menangis teresak-esak."

Ini antara yang disebarkan kononnya tak patut tak undi Hanipa.

Saya tak nak menjawab secara khusus
. Itu 2004. Bagaimana pula sebelum 2004? Siapa yang menyediakan petisyen pilihan raya?




Siapa boleh berikan senarai nama kepada saya peguam bersama PAS tahun 80an dan 90an? Seingat saya Wan Mutalib Embong sahaja. Dia seorang sahaja buat kerja semuanya bukan sahaja petisyen malah semua yang berkaitan dengan PAS.

Wan Mutalib akhir meninggalkan jawatan AJK Pusat tak ada pun dia bangkitkan dia tak tidur malam kerana buat petisyen pilihan raya atau kerja-kerja melibat urasan pasal PAS.

Bagi saya semua orang ada jasa kepada PAS. Yang paling penting kita ada adab berjamaah. Memang kita berbeza pandangan. Tapi perbezaan tidak mengizinkan kita menjemuh pimpinan kita sendiri. Akar umbi melihat dan menyaksikan gelagat kita.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

3 comments:

  1. La.. yg kata jebon.. kata anjing dap tu adap jemaah ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanya lah pada orang yang kata begitu

      Delete
  2. Klu Hanipa Maidin menangis 3 hari 3 malam pun kami dah tak percaya dengan Mamak sekor nie, sejak jadi YB Sepang, berapa kali Mamak nie datang ziarah, bukan setakat bertanya khabar, batang hidung pun tak pernah nampak. Nak suruh Hanipa jadi imam solat Subuh, Maghrib, Isyak atau naik mimbar jadi Khatib Jumaat, sesuatu yang mustahil, jauh panggang dari api, tak caya, tolaklah dia kedepan saf ! makin menangis lagi ada. Masa kempen PRU-13 semua boleh, lepas menang Parlimen Sepang, sembelih sekor lembu terus hilangkan diri !

    ReplyDelete