Friday 19 June 2015

Dulu PAS Boikot & Bakar Akhbar


Apabila akhbar tidak  mematuhi dan memenuhi etika. Menyiarkan maklumat yang tidak benar. Manipulasi setiap apa yang diucap oleh pimpinan PAS. PAS bertindak balas memboikot akhbar berkenaan dan demostrasi membakarnya dilakukan. Ahli-ahli PAS tak beli akhbar dan akhbar hanya dibaca di warung atau ditempat disediakan akhbar percuma.

Terlintas dikepala kita akhbar itu ialah UTUSAN MALAYSIA atau akhbar pro-UMNO.

Almarhum  Ustaz Fadhil pernah menyebutnya dalam satu ceramah pada muktamar PAS bahawa akhbar ini "lapaq" (lapar) berita. Bila jumpa pimpinan PAS minta kenyataan pimpinan PAS. Bila diberitahu PAS tak nak jumpa akhbar, PAS boikot akhbar. Masih dihulurnya microfon minta juga. Bila kita sebut PAS boikot akbar. "PAS Boikot Akhbar" jadi tajuk depan esoknya. Betapa lapaqnya berita PAS, kata arwah pada masa itu.

Boikot ahbar ada pro dan kontranya. Tapi kalau dah melampau sikap akhbar terhadap pimpinan PAS kita perlu ajar mereka supa mereka tahu cara nak mematuhi etika kewartawanan.

Itu cerita dulu.

Sekarang ada akhbar-akhbar termasuk akhbar Pro Pakatan Rakyat di talian memainkan peranan UTUSAN MALAYSIA. Dulu mereka kutuk UTUSAN tapi sekarang perangai akhbar Pro Pakatan sebijik UTUSAN @ UMNO. Mereka ini bukan nak siar yang benar tapi menjadi "CAI" untuk menentukan kepimpinan PAS mana yang patut dibuat dan mana yang tak patut dibuat.

Ada orang tertentu dibelakang akhbar ini pula yang memberikan maklumat palsu dan maklumat yang tidak tepat semata-mata untuk memberikan persepsi buruk kepada pimpinan PAS yang tidak disukai. Itu kita baca "sumber dalaman parti" kononnya.

Sikap dan tindakan ini menyebabkan orang ramai malas nak membaca kerana mereka tahu semuanya berita dimomok agenda tertentu oleh puak tertentu.


Tak hairanlah penulis yang suka menulis maklumat yang tidak benar ini akhirnya ditinggalkan. Jika mereka ini ada blog, blognya mereka makin 'kusang'. Sayuti Omar (MSO) misalnya sekarang ini pernah rankingnya di alexa out of data. Sekarang ini sedang menjaja buku dengan gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz setelah buku fitnah kepada Ustaz Azizan tidak laku. Letak gambar TGNA boleh dapat duit. Sampai sekarang pun perjuangan TGNA tidak dihayati oleh MSO.

Dulu Tarmizi Mohd Jam (TMJ) menulis buku guna gambar TGNA & TGHH juga boleh beli kereta proton saga (masa tu proton harga sekitar 17K) hasil jualan buku berkenaan sedang bukunya sekadar mengambil artikel dan petikan daripada akhbar harakah sahaja. Tapi orang beli kerana gambar di kulit, ada gambar TGNA. Orang PAS mudah dibodohkan oleh mereka yang suka menggunakan PAS untuk kepentingan diri.

Dalam hal ini pimpinan PAS selalu dinasihatkan untuk tidak mendekati "microfon". Jangan mudah membuat kenyataan akhbar. Ikut peraturan dan perlembangaan siapa dan apa yang boleh buat kenyataan.

Saya ada menulis (baca di sini) tentang tentang pembocoran maklumat mesyuarat. Nampaknya AJK PAS Pusat yang baru dilantik ada ciri yang baik dalam hal ini. Tapi masih ada beberapa orang yang suka membuat kenyataan, termasuk Nik Abdul dan Dr Zuhdi. Akhbar mengggunakan kenyataan Nik Abdul untuk menghangat suasana perang dingin PAS-DAP.

Manakala Dr Zuhdi juga suka membuat kenyataan difacebooknya. Walaupun kenyataan itu berbentuk peribadi tapi akhbar suka mengambil kesempatan daripada petikan itu untuk hangatkan berita. Tahniah kepada pegawai media PAS En. Shahir yang sempat membetulkan keadaan.



Tadi sebelum saya menulis, saya melihat Nik Abdul telah menutup mulutnya. Nanti keluar berita "Nik Abdul Tutup Mulut Soalan Politik". Jenis lapaq juga.

Saya rasa ada pimpinan lebih atas menasihatkannya jangan laju dalam isu PAS-DAP dan isu RUU Hudud. Banyak perkara tersembunyi yang orang tak tahu. Yang nampak hanya sebahagian sahaja macam 'iceberg'. Nanti insya-Allah setelah terbongkar kebenarannya, sudah pasti kebenaran akan mengatsi fitnah dan tuduhan. Hanya kita perlu bersabar dan tawakal.



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

1 comment:

  1. ooh patutla sekarang ni aku tgk PAS senyap jer, bagus2, pendekatan yg menarik dan tak pernah difikirkan aku, mcm People's republic of China yg banyak menyembunyikan hal2 organisasi, last2 akhbar propaganda barat jadi desperate sehingga pengikut2 mereka sendiri yang hancurkan propaganda sendiri

    ReplyDelete