Friday 26 June 2015

70% Ahli PAS Nak Lompat Masuk Parti Baru, Islam Progresif


Dalam minggu ini, setiap hari, malah setiap masa tak kira waktu dan ketika, mereka yang dibayar gaji menjalankan tugas sebagai cybertropper menyebar maklumat dengan sogokan berita yang "menyeronokkan" pimpinan PAS yang kalah dan penyokong kuat mereka.

Cara dan gaya kerja mereka saling tak tumpah seperti UMNO. Ya, mengampu pimpinan dengan maklumat dan data yang tidak betul sehingga pimpinan ini syok sendiri kononnya mereka mempunyai ramai penyokong. Akhirnya pimpinan ini 'lalai' daripada muhasabah diri kenapa ahli akar umbi PAS tidak menyokong mereka dalam pemilihan baru-baru ini.

Mereka ini menyalahkan apa sahaja untuk menunjukkan mereka sepatutnya yang menang. Cai yang dulunya senjata mereka dalam pemilihan PAS untuk mengukuhkan kedudukan ahli fikrah mereka juga menjadi mangsa.

Saya terbaca satu artikel yang dijadikan sebaran dalam media sosial kononnya 70% daripada ahli PAS akan lumpat ke parti baru jika ditubuhkan. Ni stastistik daripada mana? Kajian Merdeka Centra (ini pun orang mereka) ke?

Maaf kalau saya kata kenapa bodoh sangat.

Kalau nak nyatakan angka kena ada asas sinifikan. Maksud saya asas macam mana 70% itu datang. Jika kita ambil daripada perwakilan sebagai sample mewakili ahli PAS. Daripada hampir 1200 perwakilan kumpulan ini hanya mendapat lebih kurang 20% sokongan.

Jika kita kata 20% ahli PAS akan lompat parti baru pun suatu angka yang sangat besar.

Kenapa pimpinan yang dilabelkan sebagai profesional bodoh dalam hal ini sehingga syok sendiri sebagai mereka syok dengan keputusan poll oleh Malaysiakini dan laman pro pakatan rakyat lain??

Saya berpendapat Malaysiakini sebenarnya terbabit dalam usaha menjatuhkan kepimpinan ulama dalam PAS dengan mengubah data poll berkenaan sebagai 'semangat' anjakan kepada perwakilan sebelum muktamar. Malaysiakini juga tidak beretika dalam banyak hal pemberitaan.

Tapi biasalah usaha jahat tidak semestinya berjaya. Sekurang-kurang Allah telah memberikan kesedaran kepada pimpinan yang kalah untuk memuhasabahkan diri.

Saya setuju dengan kenyataan terbaru Ustaz Ahmad Yaakob, Menteri Besar Kelantan yang kekalahan ini adalah teguran ahli PAS sendiri supaya pimpinan yang kalah menginsafi diri dan kembali bersatukan jamaah. Mereka yakni ahli PAS masih sayang pimpinan ini dan jika pimpinan ini kembali tidak mustahil dalam pemilihan yang akan datang mereka akan diundi.

Kalau pimpinan yang kalah ini tak sedar diri... nak "tengelam", pergilah tak ada yang nak larang!



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

8 comments:

  1. Salam Bro Nordin Ali,

    Saya bukan ahli PAS atau PKR, Hanya seorang yang tidak berparti tapi sudah lama melihat2 kepada PAS dari jauh.

    Bagi saya, gang2 yang kalah ini amat merapu sekali dalam hal dibawah:

    TSKI dipecat kerana tidak mengikut arahan ketua parti itu adalah adil. Sampai bergaduh2 dgn TGHA pada masa kemelut Selangor.

    G18 kalah pemilihan, walaupun tanpa undi tipu itu tak adil. Juak2 ini tidak dipecat dari PAS juga dikira tidak adil (Cakap perli dan bukan akademik)

    Saya seorang yang mepunyai lulusan Masters dan berkerja di syarikat pelaburan, Adakah saya sokong ulamak (Luar atau dalam PAS) bermaksud saya bukan professional.

    Saya dan rakan rakan lain bertekad untuk menjadi ahli PAS kerana kecewa dgn Kumpulan 18 yg berkelakuan bagai pemanah yg lari dari bukit uhud ini

    T,Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, jadi ahli x jadi ahli tidak mengapa. Yang penting berani mengatakan, berani mempertahankan Islam dalam apa Cara yang mampu.
      Jangan masuk pas kerana kecewa, Marah, geram dll. Masuk kerana Allah S.W.T barulah aman.
      Pas bergerak ikut waktu Islam tidak ia cepat tidak pula ia lambat. Tak sama waktu ahli professional, cepat berdasarkan analisa untung rugi
      Kerana tidak Kita diajar waktu malam waktu menangis, waktu malam waktu merayu, waktu malam waktu mengadu.
      Namun jika tekad Pilihlah guru untuk membimbing supaya tidak terkejut.

      Delete
  2. Bkn lari dr bukit uhud...tp lbh kpd mengelat2 bika diajak ke bukit uhud

    ReplyDelete
  3. 700,000 ahli pas akan Sokong katanya. Jika ada 700,000 bukankah ribuan cawangan pas di seluruh negara tutup.
    Tabiat ketum diguna pakai 16 September sudah menjadi bukit.
    Omong kosong daripada golongan yang kosong dengan harapan akar umbi terpengaruh. Wal Hal berapa kerat akar umbi Baca blog Baca tmi dll.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. saya terfikir bagaimana pendapat tuan jika pas tiba2 bersekutu dgn umno... tak malukah tuan ygati2an menyokokg kepimpinan ulamak ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah bertahun tunggu ni...x bergabung pun umno & pas? Yang malu adalah mereka yg dok dok jaja isu UG ni :) sampai sekarang lekat tag PEMBOHONG kat dahi

      Delete
  6. Tak jadi ahli PAS pon xpe, asalkan tiap2 kali PRU/PRK, beri undi kpd Parti yg nk mendaulatkan Islam.. ataupon cara hidup yg selari dgn Islam

    ReplyDelete