Friday 26 June 2015

Hadi - Mujahid, Siapa Tak Matang?


MP Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof mendakwa bahawa Hadi "memperkecil dan memandang rendah" mereka yang mencari wadah baru di luar parti itu seolah-olah mereka sebagai sebuah "kapal tenggelam atau nyamuk".

Dr Mujahid berkata Hadi juga menolak Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang diasaskan oleh segelintir ahli yang tidak berpuas hati, dan bercadang menubuhkan parti politik baru.

"Saya rasa, mana-mana presiden dari mana-mana parti akan bertindak dengan cara yang sama tetapi saya berharap respon beliau perlu lebih matang, dan beliau boleh menghormati hak demokrasi sesiapa sahaja pun untuk membentuk parti baru atau pakatan.

"Tetapi malangnya ia datang daripada mulut seorang presiden yang memperkecilkan hak demokrasi anggota PAS.

"Beliau bukan sahaja memperkecil, malah memandang rendah terhadap mereka (dengan menyifatkan) seperti kapal tenggelam atau nyamuk," kata Dr Mujahid kepada Malaysiakini.

Soalan saya siapa sebenarnya TIDAK MATANG?

Apakah matang seorang pimpinan yang kalah dalam pemilihan AJK PAS Pusat membuat kenyataan balas jangan terima apa-apa jawatan jika ditawarkan, biar 'geng ulama' kendalikan PAS. Kita lihat macam mana jadi PAS. Adakah ini yang diajar oleh Islam yang diturunkan oleh bekas Presiden PAS dan juga Mursyidur Am PAS, Dato' Yusof Rawa?

Matang ke? Kalau kita nak rosakkan parti yang kita dokong selama ini hanya kerana kita tidak dipilih?

Adakah matang jika kita kalah dalam pemilihan kita keluar kenyataan-kenyataan berlawanan dengan pemimpin baru dalam pelbagai majlis dengan menanam budaya membenci sesama kita sehingga PAS menjadi 2 aliran pemikiran. Tidak pernahkah Mujahid belajar bagaimana yang dibuat oleh Saidina Ali dalam usaha menyatukan umat Islam. Bagaiman pula cucu Rasulullah s.a.w. mengambil sikap 'mendamai' dan membenarkan hadis Rasulullah s.a.w.

Kenapa Mujahid mengambil jalan membenci dan menanam sikap 'membenci' dalam Jamaah Islam yang merupakan racun yang berbisa yang akan merosakkan perjalanan jamaah itu sendiri?





Sangat buruk sikap itu dan sangat bertentangan dengan apa yang Mujahid tulis dan hasrat dalam 'tesis'nya yang dijadikan buku MENUJU PAS BARU. (Saya tak setuju sebahagian daripada isi kandungan buku berkenaan - itu pendapat) Kalau dalam buku berkenaan Mujahid mahu kepimpinan PAS dalam Lekuk Ketiga perlu mengubah persepsi orang ramai bahawa mereka adalah golongan eksklusif yang memimpin dengan gelaran tertentu adakah Mujahid sedar sebagai orang berada dalam kempinan PAS Mujahid perlu ada persepsi yang jelas tentang PAS dari segi dasar dan matlamatnya. Persepsi ini yang tidak jelas inilah menyebabkan Mujahid Kalah.

Masih ingatkah Mujahid meminta DAP jangan menyerang Presiden
kerana serangan itu tidak membantu, malah menyusahkan mereka dalam pemilihan pada muktamar kali ini. (Sila baca di sini)

Apa sebenarnya masalahnya?

Saya tidak lihat kenyataan Ustaz Hadi Awang salah sebagai seorang presiden. Seorang presiden berhak mengeluarkan kenyataan kepada ahlinya untuk istiqamah dalam jamaah, bersatu padu untuk membuat kerja bukan berpolimik walaupun selepas habis muktamar pemilihan.

Ustaz Hadi dalam kenyataan surat terbuka tersebut menceritakan tentang sejarah apa yang telah berlaku dan itu adalah realiti. Betul sejarah tidak semestinya berulang tetapi mengambil iktibar daripada sejarah yang telah berlaku adalah sebagai-baik pilihan yang ada.

Sorrylah saya berpendapat
Datuk Dr Mujahid Yusof SANGAT TIDAK MATANG dalam memimpin (kena beza pemimpin dan pekerja jamaah) jamaah Islam. Dia sekadar boleh berpidato dan menulis tetapi tidak tahu nak laksanakan apa yang tersirat dalam tulisnya sendiri. Dia hanya boleh jadi pekerja jamaah yang baik!



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

3 comments:

  1. hargailah hari kemaren,
    mimpikanlah hari esok,
    tetapi hiduplah untuk hari ini..
    dan redho lah dgn kurniaan Allah.

    Semoga Allah menyinar hidayah kedamaian..Amin!

    ReplyDelete
  2. ponteng mesyuarat sangatlah matangnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiausaha kena mesyuarat dengan pemegang jawatan yang setara la...

      apa barang presiden parti nak mesyuarat dengan setiausaha parti orang lain...

      mesyuarat dengan setiausaha parti sendiri baru la masuk akal...

      Delete