Saturday, 27 June 2015

Adakah Mat Sabu Mampu Memimpin Parti Baru?


Heboh serata tempat Abang Mat (Mohamad Sabu) akan memimpin parti baru selepas aidilfitri nanti. Parti itu digambarkan sebagai parti Islam kedua selain PAS. Islamnya lebih progresif iaitu gabungan dengan pelbagai NGO berasaskan kepada G18 dan PASMA.

Hebohan ini juga mengatakan bahawa parti baru ini akan membentuk pakatan rakyat baru dengan nama Pakatan Rakyat 2.0 dan PAS mungkin tersingkir daripada gabungan ini.

Timbul persoalan adakah Abang Mat mampu memimpin parti baru ini?

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Jayum Jawan berpendapat Mohamad Sabu sudah tidak mempunyai pengaruh kuat seperti zaman kegemilangannya sebagai pemimpin utama. Mat Sabu memang pandai bercakap, tetapi itu sahaja tak cukup tambah beliau.

Sokongan kepada Mohamad Sabu datang daripada penyokong PAS dan Pakatan Rakyat, tidak daripada luar, katanya lagi.

Kenyataan Dr Jayum disokong dengan fakta kekalahan Mohamad Sabu dalam beberapa pilihan raya terkemudian. Misalnya di Kuala Terengganu, Mat Sabu kalah dengan Hj Razali bekas Pengarah Pendidikan Terengganu tetapi bila ada pilihan raya kecil di Kuala Terengganu, Abdul Wahid menjadi calon PAS boleh rampas parlimen tersebut. Menunjukkan pengaruh, Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS masa itu tidak menjangkau luar daripada pengaruh PAS. Orang luar hendak lebih daripada pandai 'berceramah'.

Semasa Mat Sabu mula-mula menjadi Timbalan Presiden PAS, ada beberapa orang profesional dalam PAS cuba untuk mencetuskan pemikiran Mat Sabu dalam PAS. Mereka ini mengumpul golongan profesional yang pro Pakatan Rakyat, ya terdiri daripada CEO syarikat. Mereka cuba kumpul lebih kurang 50 orang di sebuah hotel dan majlis ini untuk mencetus idea dan pemikiran untuk mengerakkan PAS.

Malangnya usaha ini gagal kerana Mat Sabu memang tak boleh cetus idea. Mereka yang berusaha ke arah projek ini melihat Mat Sabu MEMANG tak mampu pergi lebih daripada itu. Akhirnya projek ini GAGAL.

Salah seorang yang ada dalam perjumpaan pertama itu ialah abang kepada bekas ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kait. Saya rasa Suhaizan boleh membenarkan fakta tulisan saya di atas.

Kita tidak menolak Mat Sabu berceramah, turun naik mahkamah, keluar masuk lokap semuanya untuk PAS. Boleh kata seluruh masa kehidupannya daripada muda sehingga sekarang adalah untuk perjuangan PAS. Kita sedar tetapi kita tidak menolak bahawa bukan semua pekerja PAS lahir untuk menjadi pemimpin tetapi Abang Mat seperti Khalid Ibnu Walid... Dia adalah panglima perang untuk PAS.

Timbul persoalan juga, kenapa mereka yang tahu Mat Sabu ini tak mampu cuba menaikannya juga? Apakah mereka mempunyai agenda lain, Mohamad Sabu sekadar satu daripada aliran agenda yang telah dirangka?

Hanya mereka yang berfikir boleh mencari jawapannya.



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

1 comment:

  1. Geng Mat Sabu dan Pasma sudah-sudah lah nampaknya kamu semua telah tidak diterima. Bagi pemimpin PAS jangan menoleh ke belakang lagi teruskan pacuan anda untuk mendaulatkan islam. jaga-jaga perangkap musuh dan fitnah yang akan menimpa kamu. Kami golongan marhen akan sentiasa bersama kamu. Allahuakbar

    ReplyDelete