Wednesday 24 June 2015

Saya Setuju Khalid Samad & Geng G18 Tak Sekular


Dua hari lepas, selepas solat Asar ada yang bertanya saya tentang Khalid Samad dan kumpulan Islam progresif yang dikatakan mempunyai kefahaman sekular. Orang bertanya itu berkata Khalid menafikannya.

Saya malas nak berbahas tentang kefahaman kumpulan ini, sama juga saya juga malas nak berbahas kefahaman Islam kepimpinan UMNO.

Hanya saya tertarik kenyataan Khalid Samad dalam Malaysian Insider (TMI) yang mengatakan "KALAU KAMI SEKULAR KAMI TAK MASUK PAS"

Jika Khalid and The Geng G18 keluar PAS tubuh parti baru dengan nama Islam Progresif atau apa-apa nama ISLAM sekalipun, ini bermakna Khalid Samad telah mengistiharkan dirinya SEKULAR. (mengikut bahasa dia sebut.. kalau sekular takkan masuk PAS, kalau keluar PAS maknanya SEKULARLAH)

Kalau dia berada ditepian PAS dengan NGO melawan PAS tu macam mana pula?

Itu maknanya NAK JADI SEKULARLAH TU!!



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

1 comment: