Monday 31 August 2015

Mencari Wajah Melayu Dalam Bersih 4


Maria Chin Abdullah kata Bersih 4 dihadiri kia-kira 500,000 orang. Kalau dia ni UMNO rasanya dah berasap kena hentam oleh blogger, tapi kerana dia geng PR semua blogger dan pembaca telan apa sahaja.

Tak kiralah berapa yang hadir. Orang kata Bersih 4 ini dihadiri oleh 10% Melayu dan 90% bangsa lain. Kalau 10% maknanya kira-kira 50,000 orang Melayu yang hadir. Betul ke?

Kehadiran Melayu telah menepati sasaran kajian Merdeka Center iaitu 10% sahaja berbanding bangsa lain dimana dulu melayu boleh hadir sehingga 80%.



Ambil mudah tak payah guna kajian, lihat sahaja pada setiap gambar satu persatu buat lakaran dan guna bilangan yang ada untuk cari paratus macam kita buat di sekolah zaman dulu.

Saya cuba melihat gambar satu persatu untuk mencari wajah Melayu pada Bersih 4. Saya fokus kepada 18 GHB yang kalah pada Muktamar PAS dengan harapan mereka ini datang dengan gerombangan pengikut Melayu yang ramai. (Mana tahu kena serbu oleh peminat ada yang tolong pertahan supaya tak bersalam dengan bukan mahram)














Mungkin saya tidak cermat tak jumpa gambar pimpinan GHB yang ada pengikut Melayu begitu ramai bersama mereka. Pembaca boleh hantar kepada saya untuk saya tambahkan dalam nota tulisan saya ini.

Mudah cakap GHB tak ke mana, tidak dapat menarik Melayu untuk menyokong mereka. Melayu Islam tahu mereka sekadar boneka DAP yang boleh dicucuk hidung tanpa prinsip Islam yang tegas.

Bersih 4 sebenarnya telah memberikan kita satu signal mudah bahawa GHB atau parti baru mereka AMANAH tak ada apa-apa kekuatan untuk dibanggakan.

Sejarah akan mencatat bahawa mereka adalah proxy UMNO (suka atau tak suka, sedar atau tak sedar) untuk menjatuhkan PAS.

Seiapa ada bantahan?



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

3 comments:

  1. Ko dgn UMNO lebih kurang je nordin ali.....malu la jadi orang pas....nak laga2 kan org melayu....eh ko lebih elok la cium bontot Najib...dpt jgk 1 juta

    ReplyDelete
  2. Dengan orang kafir berkawan boleh, berjiran boleh, bermuamalat boleh tapi jangan dijadikan wali . Hayati surah Al Baqarah ayat 120 tentang perangai orang kafirrrrrrr. kalau belum baca harap baca, dan kalau dah baca tolong belajar maknanya

    ReplyDelete
  3. Encik Nordin,

    Ada kata hanya hanya 10% Melayu. Dr Dzul dan Sallehuddin Ayub kata 30-40%.

    Mana yang betul?

    Kalau ada gambar sbg proof kan molek?

    ReplyDelete