Thursday, 30 July 2015

Aziz Bari Masuk DAP Kenapa Tak Masuk PAS?



Ada orang bertanya kenapa Aziz Bari memilih DAP tidak PAS. Dia tambah lagi amat dukacita orang yang hebat dalam perundangan dan banyak membuat analisis tidak bersama PAS. PAS Ketinggalan dalam masa depan Malaysia hari ini.

Dalam hati saya terlintas apa hebatnya Aziz Bari?

Dikatakan pakar undang-undang perlembagaan, Dr Abdul Aziz ini pernah bertanding kerusi Parlimen Sabak Bernam di bawah PKR dalam pilihan raya umum ke-13 dan dia kalah, sedangkan ramai pimpinan PKR lain menang. Di situ pula ramai pengundi Melayu.

Memang pimpinan yang hebat faktor kemenangan, tetapi itu bukan syarat utama. Undi mengikut bilangan pengundi. Jika PAS kawasan atau cawangan membuat sistem 'cula', menyemak senarai daftar pengundi, membuat risikan dan semakan, mengatur strategi. Membuat bantahan terutama pengundi yang dimasukkan secara tidak sah sangat membantu kawasan itu untuk menang.

Aziz Bari boleh bagi satu undi. Jika PAS kawasan atau cawangan boleh daftar ahli baru daripada ahli UMNO, mereka yang terbiar 10 atau 20 orang. Ini bermakna PAS boleh dapat 10 atau 20 undi. Undi dalam pilihanraya bukan mengikut kepakaran.

Biar apa mereka nak kata kepada PAS, yang penting PAS cawangan dan kawasan melawat setiap pengundi. Ketua 10 mesti memainkan peranan dan menjaga 10 pengundinya. Ketua 10 ini mesti digerakkan dengan lebih efektif dan post-mortem PAS menunjukkan ini sangat membantu kawasan yang tidak pernah kalah.

Secara peribadinya saya melihat bagaimana Ustaz Harun Taib membuat kerja. Pasal itu dia tak kalah di kawasanya. Dia kenal dan tahu status hampir semua pengundi yang ada. Saya nampak juga Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baru dapat menukar kawasan hitam DUN Paka kepada kawasan putih dan memenangi kawasan berkenaan sedangkan di situ ada 3 felda.

Kerja-kerja semakan pengundi sangat berkesan di Negeri Kelantan, hampir semua kawasan sangat aktif melainkan kawsasan diserahkan kepada PKR. Anda boleh lihat keputusan PRU-13 untuk dijadikan rujukan.

Tahu dan kenal pengundi tidak menjamin untuk menang sekiranya bila kita cula kita dapati masih ramai menyokong BN, macam mana nak menang. Tapi jika kita ada data kita mudah membuat sasaran. Jika ahli dalam cawangan dan kawasan mengambil sikap prihatin dan cuba menarik seorang untuk bersama PAS, insya-Allah PAS akan terus mara walapun semua orang cuba memburukkannya.

Tutup telinga, dan teruskan kerja dakwah kita.

Pada Oktober 2009 Aziz Bari menulis satu artikel dalam Sinar Harian dengan menganggap Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebagai "Pak Lah versi PAS". Dia dikatakan antara mereka yang terbabit dengan kumpulan dalam PAS yang menyerang dan merosakkan karekter Presiden PAS. Saya sangat berkeyakinan kerja ini dilakukan secara terancang dan tersusun oleh satu kumpulan yang ingin mengambil alih PAS semnejak 2008. (Walaupun wujud 1998 lagi tetapi 2008 adalah titik mula yang lebih agresif. Jika ada masa saya akan panjang ceritanya)


Dia dijemput untuk menyampaikan buah fikirannya dalam 'Seminar Memantapkan Parti PAS' pada 7 November 2009 dimana Presiden PAS, Abdul Hadi bersedia menerima kritikan. Malangnya dia kaku dan tak mempunyai asas untuk memberikan hujah dalam majlis tersebut. Majlis itu hidup hanya disebabkan adanya Dr Hassan Ab dullan (Dr Google).

Selepas forum berkenaan saya pernah berjumpa Presiden PAS secara peribadi bertanyakan beberapa pandangan yang dikemukan oleh Dr Hassan Abdullah. Saya masih ingat lagi Abdul Hadi berkata kepada saya, kita hanya mendengar pandangan dan kritikannya. Kita ada pandangan dan kajian kita sendiri yang mana pandangan dan kajian kita lebih baik daripada mereka kerana kita masuk dalam akar umbi pengundi. (maksudnya cula)

DAP perlukan orang Melayu untuk terus kekal di Pulau Pinang dan menjanjikan Menteri Besar Melayu untuk Perak dan Johor. Janji ini sangat mempengaruhi sebahagian pimpinan yang berada dalam PKR dan PAS. Jadi tak hairan jika mereka beralih angin untuk mendapatkan janji-janji berkenaan.

PAS boleh janji apa, sekadar keredhaan Allah. Anda pasti dengar road show pertama GHB di Kota Bahru, Hamzah pengerusi GHB Pahang (maaf saya tak sebut Dr pasal saya anggap Dr itu beli sahaja, jika ada yang tak puas hati boleh kita berhujah) dalam ucapannya meperlekehkan janji keredahaan Allah PAS. Itu mentaliti GHB tentang Islam yang dilaungkan. Saling tak tumpah seperti UMNO.

Saya malas nak ulas kenapa dia tak pilih GHB bersama dengan kumpulan G18? Sedangkan inilah rakannya semasa dia yang menyerang kepimpinan PAS secara berkala. Teruk sangat ke GHB ni di mata Aziz Bari berbanding dengan DAP? Atau memang Aziz Bari tahu kumpulan kecewa tidak akan ke mana dalam politik tanah air. Rasanya pembaca boleh membuat kesimpulan sendiri.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

4 comments:

  1. yang ditakutkan…. 1) diperkuatkan ghb supaya setanding dgn pas dari segi keahlian 2) perlu ada martyr(s) yg perlu dikorbankan agar berlaku jurang yang lebar diantara kedua penyokong parti2 tersebut yang (1) tidak memerlukan yang (2) atau sebaliknya yang (1) agak sukar atau memerlukan tempoh yang panjang berpandukan tahap kepercayaan umat Islam di Msia terhadap ulamak2 dan ustaz2 masih tinggi dan ini yang cuba dipesongkan oleh golongan GHB skrg…ditambah dgn ulamak2 belian yg membenarkan baiah dilanggar...dicampur dgn serangan2 netizen berbayar yang sanggup menggadai agama dan maruah krn pulangan dunia yang (2) merisaukan…..2 akibat boleh terjadi…. akibat (1) bukan lagi persoalan siapa lebih betul Islamnya tetapi api pergaduhan yang berterusan diantara 2 puak umat Islam…korban diperlukan agar satu pihak dapat dicalit samada dituduh Pas yang melakukannya atau GHB yang melakukannya kepada Pas…yang penting wujud perasaan kebencian meluap2 diantara dua pihak yang mengaku beragama Islam agar jurang perbezaan payah dikecilkan lagi akibat (2) berkemungkinan dgn adanya golongan2 liberal didalam UMNO dan dgn kelemahan kedudukan UMNO skrg dgn skandal2 yg tak habis2…percayala…selepas 1MDB akan ada isu baru ditimbulkan krn UMNO tidak lekang dari pelbagai skandal…maka samada diharamkan Pas oleh tekanan kepada UMNO atau diharamkan penggunaan nama “Islam” didalam sesebuah parti perhatikan nanti apabila penubuhan parti baru berlangsung…adakah mereka menggunakan nama GHB atau menggunakan Parti Islam Progresif (PIP)…jika PIP…akibat (1) lah dalam perancangan mereka…tetapi jika GHB…akibat (2) dalam perancangan mereka kesannya…UMNO sedang dan terus dan telah dilemahkan dan skrg Pas pula perlu dilemahkan krn suka atau tidak…inilah 2 tunjang parti org melayu yang menjadi tunggak kestabilan politik Msia dan org Melayu…wallhu’alam

    ReplyDelete
  2. Tiba2 nordin ali menyepi laksana misteriusnya malaysia yg pernah gempita... semoga kau selamat
    Dan sejahtera.

    ReplyDelete
  3. Tiba2 nordin ali menyepi laksana misteriusnya malaysia yg pernah gempita... semoga kau selamat
    Dan sejahtera.

    ReplyDelete
  4. Tiba2 nordin ali menyepi laksana misteriusnya malaysia yg pernah gempita... semoga kau selamat
    Dan sejahtera.

    ReplyDelete