Atau ini satu lagi sndiwara hebat PDRM yang dilakunkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Selepas ini berita besar bahawa PDRM bertindak tak kira parti..... ekh terbatuk aku!
KUALA LIPIS - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan penahanan beberapa individu yang didakwa memijak dan membuang air kecil ke atas gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Penahanan itu dilakukan mengikut bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bagi melengkapkan siasatan berhubung laporan polis yang diterima terhadap tindakan melampau sekumpulan pemuda itu.
"Tangkapan ke atas mereka terlibat sudah dibuat, siasatan dan kertas siasatan pula dalam bidang kuasa PDRM.
"Jadi, biar mereka siasat perkara itu dan tidak ada sesiapa akan terlepas dari tindakan undang-undang, tidak kiralah siapa mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Lipis di sini, hari ini.
Beliau berkata, apabila siasatan kes itu selesai nanti, terpulang kepada pejabat Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak mereka yang terlibat.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih ditahan, Hishammuddin berkata sebahagian sudah dibebaskan sebelum Aidilfitri lalu.
"Baki tahanan itu masih dalam pertimbangan (untuk dibebaskan) di mana mereka ini kita kena pastikan dulu benar-benar tidak lagi mengancam keselamatan negara.
"Kita sudah perkenalkan akta baru bagi menggantikan ISA jadi kita kena ambil kira semua benda," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment