Tuesday 26 May 2015

Mujahid Yusof Rawa Suruh DAP Tutup Mulut, Ingat Nak Bela Presiden PAS Rupanya....


Mujahid Yusof Rawa dalam kenyataan terbarunya minta DAP dan pimpinannya tutup mulut daripada menyerang Presiden PAS. Kenyataan Mujahid ini telah diterbitkan Malaysian Insider melalui Zulkefli Sulong, antara orang yang terbabit dalam mengatur berita serangan kepada PAS khususnya Presiden PAS terutama dalam menentukan halatuju PAS. (baca di sini)


Pemimpin PAS yang pro-Anwar dan DAP menyifatkan serangan yang dibuat pemimpin DAP terhadap beberapa pemimpin PAS tidak membantu, malah menyusahkan mereka dalam pemilihan pada muktamar kali ini. 

"Biar kami yang uruskan sendiri," tulis Zul Sulong dalam TMI sebagaimana yang dimaksudkan oleh Mujahid Yusof Rawa kepada The Malaysian Insider (TMI)

Apa yang saya faham pimpinan PAS ini membisu dalam serangan yang dibuat oleh Malaysiakini dan Malaysia Insider walaupun mereka tahu Presiden PAS benar.

Misalnya berkenaan dengan isu "kekal Najib". Sebelum Presiden PAS buat kenyataan perkara ini telah dijelas dan dibincang dalam mesyuarat PAS Pusat. Tapi malangnya akhbar pro pakatan memainkan peranan macam akhbar Utusan memutar belit membuatkan seolah-olah Presiden nak Najib kekal. Hanya Mohamad Sabu seorang sahaja sokong kerana dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Presiden. Yang lain membisu kerana ini menguntungkan mereka dalam muktamar nanti sebagaimana yang dimaksudkan oleh Mujahid.

Mujahid hanya buka mulut bila dia rasa kedudukannya tergugat sahaja.

Ini sikap pimpinan AJK PAS Pusat?

Berbeza dengan Mahfuz mengecam DAP dan Lim anak beranak pasal bergabung dengan UMNO. (baca di sini) Mahfuz tahu jika benar sudah pasti dia akan mendapat maklumat lebih dahulu daripada LIM anak beranak.

Kenapa ramai pimpinan PAS terutama AJK PAS Pusat lebih suka Presiden dihentam walaupun perkara itu tidak benar. Mereka suka akhbar Pakatan Rakyat manipulasi percakapan Presiden misalnya dalam isu TOLOL kerana mereka mahu Presiden diburukkan imejnya.

Layakkah mereka ini kekal sebagai AJK PAS Pusat?


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment