Wednesday 10 June 2015

Ada 1 Kerusi Ada 1000 Jawatan, DAP ada 19 kerusi, lebih daripada 10,000 Jawatan


Semalam semasa saya minum, seorang kawan bertanyakan dengan sinis. "Jahat ke DAP, ada 1 kerusi Adun tapi PAS dapat jawatan hampir 1000?". Kata-kata itu sebenarnya adalah kata-kata sinis Khalid Samad.

Yang ini pun saya ada 2 jawapan. Saya mulakan dengan jawapan sinis juga.

Dalam Islam mualaf diberikan zakat (kebendaan) bertujuan untuk mengikat atau menambat hati mereka. Pembukaan kota Mekah, Abu Sufyan diberi 40 uqiyah dan 100 ekor unta, malah anak-anaknya juga diberi pada nilai yang sama iaitu 100 ekor unta juga sehingga ada dikalangan sahabat merasai tidak puas hati atas pemberian ini. Tindakan nabi adalah untuk menambat hati pimpinan Quraisy.

Lim Guan Eng kan khalifah Omar Abu Aziz, dia pun nak masuk Islam, hanya tunggu Lim Kit Siang mati aje. (Ini yang saya dengar, siapa cakap anda boleh teka) sudah tentu dia akan ikut cara nabi nak ikat hati orang PAS dan pimpinannya.

Tak hairan Mohamad Sabu ada 2 jawatan pengerusi yang diberikan elaun.Tapi lagi tak sangka Mujahid pun ada 2 jawatan Ahli Lembaga Pengarah Kolej Islam Antarabangsa Pulau Pinang dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang. Kita tunggu sikit masa lagi makin ramai yang ada jawatan akan terbongkar.

Tentulah hati mereka terikat dengan DAP dan kadang kala mereka tersasar sehingga "menengking" ayahnya sendiri kerana sayangkan DAP.

Jawatankuasa Kampung adalah organasai paling kecil yang bertujuan mendekatkan parti kepada masyarakat. Menurut Timbalan Ketua Menteri I Mohd Rashid Hasnon, Pulau Pinang telah melantik kira-kira 1,100 ahli PAS dalam 290 jawatankuasa kampung di negeri itu.

Walaupun jawatankuasa kampung cenderung mempunyai campuran anggota dari DAP, PKR dan ahli PAS, tetapi terdapat 56 jawatankuasa yang hampir eksklusif dianggotai ahli PAS.

Jika terdapat kira-kira 16 orang dalam setiap jawatankuasa, itu kira-kira 900 orang kata Mohd Rashid.

56 daripada 290 Jawatankuasa. Maknanya 234 lagi untuk DAP dan PKR. Ini bermakna 3700 ahli DAP dan PKR terlibat dalam Jawatankuasa kampung.

Jawatankuasa kampung berapa "sen" sangat elaunnya. GLC bagaimana?? Ada PAS dapat?

Sama juga di Selangor memang masjid dan JKK dibolot oleh PAS, PKR kuranglah pasal mereka kurang ke arah tu, malah tokoh dikampung tak nampak ada dikalangan PKR (maaf cakap). Bagaimana pula dengan 40 lebih GLC yang ada. PAS hanya dapat 2 itu pun GLC yang hampir nak mampus!!

Kadang kita dibodoh dengan tindakan kecil yang mengabulkan pandangan kita kepada matlamat yang lebih besar tapi tersembunyi.

Saya selalu mendengar kenyataan bantuan kepada sekolah agama DAP beri lebih berbanding dengan UMNO. Ya saya tak nafikan tapi pada kadar yang lebih DAP memberikan bantuan kepada kepada organasasi agama lain (malas saya nak sebut) dengan alasan kesamaan hak. Malah maklumat yang saya dapat berlipat-lipat ganda lagi. Sebab itu misi organasasi itu berkembang begitu pesat sekali semenjak 2008 (sila lihat data dan statistik). Kita tak perlu dengki dalam hal ini sebab itu usaha mereka tapi kita jangan bodoh puji sebarangan sebab pemberian itu ada matlamat lain.

Banyak lagi jawatan-jawatan lain yang gaji serta elaun lebih besar daripada JK Kampung disembunyikan oleh media pro pembangkang yang PAS sekadar anak tiri sahaja? Kenapa?

Tak larat saya nak senaraikan. Saya buat anggaran kasar lebih daripada 10,000 jawatan.

Memang PAS selalu dibodohkan kerana ada orang-orang PAS serta penyokongnya yang telah "dibeli hati mereka" sehingga mereka buta untuk melihat lebih jauh ke dalam.

Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

14 comments:

  1. Salam,

    Saya bersetuju dgn pendapat Tuan tapi pada yang sama Pas Wajib mulakan mencari Ahli baru Dan mendaftar mereka sebagai pengundi, usrah perlu digerakkan, lawatan masuk kampung kena terus berjalan.

    Pasal jawatan relax, sebab Pas tahun 1986 memang takda jawatan.

    Jeff Ulu Bernam
    Reformist yg Originel

    ReplyDelete
  2. Tulisan yg terbaik...setelah sekian lama sy mengikuti blog tuan..salute.
    cukup lh kita di perbodohkan be end...dgn sepet pn di tipu hidup2...sedarlah...bangun laaaah

    ReplyDelete
  3. PAS 1 kerusi, 1000 jawatan...DAP 19 kerusi 10000 jawatan....kalau secara matematik, 10,0000/19 = 526 jawatan, tapi PAS 1 kerusi 1000 jawatan....PAS la yang untung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. malang nya hang tak faham 1000 jawatan tu tak sepenting manapun...

      sekadar mekap nak beri gambaran kununnya pas dapat lebih banyak dari pkr malah dap sendiri...

      macam hang diberitau peruntukkan kepada Islam lebih dari yang kerajaan bn penang pernah bagi...

      hakikatnya pada masa yang sama peruntukan untuk agama lain depa cuba sorok dari pengetahuan hang sampai hang tak pernah taupun berapa banyak lebih dia bagi lebih dari yang kerajaan bn penang pernah bagi...

      Delete
    2. YDP Majlis Agama Islam, tak penting ke....mendorong kepada perkembangan majlis-majlis ilmu diseluruh negeri Pulau Pinang.....peruntukan agama Islam lebih byk....peruntukan kepada agama lain berapa ...cuba bgtau....jgn main spekulasi saja..biar fakta...

      daripada hang bgtau nie....hang rasa kerajaan bn dulu perintah pulau pinang lebih baik la dari sekarang....hang dok penang ka

      Delete
    3. Bila masa plak penilis tu kata bn lbh baik...apa ke @$%&^*...org komen sia nk komen...

      Delete
  4. Melatah lagi! Tiada kerja lain selain dari melatah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...dah kalah diam la...

      Delete
  5. Apahal pun jangan gaduh. Dapatkan pencerahan dari Mohd Ghazali Abd Rahman iaitu timb ketua pemuda DAP P. Pinang yg membuat laporan polis mendedahkan isi hati DAP. Beliau telah mendapat ugutan bunuh. Cari dia, dapat cerita sebenar dan bantu dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai Andah...mat ghazali pun sibok tgh asah lidah sebab nk jilat kembali kahak busuk yg diludah kpd Dap semasa muktamar lepas,cuma tggu Msu umum sedikit masa lagi....

      Delete
  6. YDP Majlis Agama dengan Exco Agama yang mana lebih berkuasa dari sudut mengeluarkan kewangan dan lain-lain ?

    ReplyDelete
  7. Tahukah tuan2 siapa yang mempengaruhi LGE dalam mengeluarkan kenyataan khususnya yang menimbulkan fitnah terhadap rakan PR?
    Tahukah kamu apa yang dibuat dibelakang tabir oleh LGE bersama rakan DAP beliau?
    Pentadbiran oleh LGE atau PR mungkin lebih baik dari BN yang didominasi Gerakan dan MCA tetapi Koh Tsu Kun tak pernah hina Dr Mahathir atau Pak Lah macam LGE dan rakan DAP hina TGHH dan para ulamak yang memang dah diiktiraf masyrakat dunia yang cintakan ulamak sebagai pewaris nabi...hati2 dengan fitnah UG...

    ReplyDelete
  8. Tak lama lagi tu Pas jilat balik la kahak busuk yg diludah kpd Dap semasa muktamar lps.Macai Pas backing parti pun dah tak guna lg.Semestinya Pas sayang jawatan diPP walaupun ciput sebab ada masyukk 10% dalam tabong jihad parti Pas.Kita tunggu dan lihat......

    ReplyDelete
  9. Adat dalam pentadbiran, mereka perlu cari orang untuk pegang jawatan dalam dalam pentadbiran badan berkanun mahupun GLC di Pulau Pinang. Untuk calon Melayu mestilah ambik dari kalangan penyokong PKR dan PAS. Takkan nak ambil dari kalangan org UMNO!

    ReplyDelete