Thursday, 16 July 2015
Anwar Sokong Gerakan Harapan Baru (GHB)?
Semalam Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, "Saya menyambut baik pengumuman dan pelancaran GHB yang mengumpulkan ahli-ahli Parlimen, ADUN dan aktivis yang mempunyai rekod teruji menentang UMNO/BN".
“Gerakan yang diketuai Mohamad Sabu dan dipimpin oleh tokoh-tokoh yang telah lama berjuang menentang UMNO/BN ini adalah satu perkembangan baik pada kala rakyat mencari-cari jawapan kepada pelbagai kemelut politik, ekonomi dan sosial yang melanda negara sekarang,” katanya dalam kenyataan media.
Mengikut penganalisis politik, kenyataan Rafizi ini adalah untuk menindakkan kenyataan Cik Pa sebelum ini yang mengatakan GHB adalah proxy DAP (tapi saya lebih suka sebenarnya GHB adalah proxy UMNO, nanti saya akan beritakan fakta dan hujah jika diizinkan masa). Rafizi dah banyak kali kenyataannya di bantai oleh Cikgu Pa termasuk satu kenyataan yang sangat memalukan Rafizi dalam isu Kuli jadi PM.
Persoalan timbul, adakah ini kenyataan rasmi PKR? Kedudukan Rafizi sebagai Naib Presiden dan SUA PKR takkan buat kenyataan bodoh sahaja? Ikut emosi?
Setakat saya tahu belum ada kenyataan rasmi daripada PKR, mungkin PKR memikirkan kepentingan Selangor dan harta Selangor untuk servival parti mereka.
Bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim?
Mengikut maklumat yang saya ada, Anwar lebih setuju dengan kumpulan parti baru pasal semuanya itu boleh dicucuk hidung oleh Anwar.
Banyak penulisan di blog juga mengatakan Anwar setuju. Tapi sampai hari ini belum ada respon daripada Anwar secara terang dan jelas.
Anwar sudah pasti tidak akan membuat kenyataan yang jelas pasal memikirkan kedudukan Selangor dan hartanya yang bernilai 40 billion selain daripada rizab 3.2 billion. Banyak tu kalau tak ada yang ini PKR sudah pasti tidak akan bergerak sebab PKR datang daripada UMNO, tabiat dan tingkahlakunya saling tak tumpah semacam UMNO tak ada duit tak bergerak.
Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nampak sangat penulis blog ni bongok dan kontot iq. Mana hang dapat harta dan asset Anwar Ibrahim 40 billion?. UMNO BN dengan segala kuasa dan jentera yang ada sekian lama berusaha nak matikan karir Anwar, tapi gagal..ni pula hang cakap pasal 40 billion asset Anwar?. Sapa hang ni?. CIA? FBI? KGB atau cuma blogger haprak?. Sayang..abda tak ubah macam tin kosong saja. Bunyi kuat tapi lompong kat dalam. Kesian. Elok bawa bukti anda tu kat UMNO BN, mmg UMNO BN nak sangat bukti asset Anwar 40 billion tu. Moh laaa. Kesiannnn.
ReplyDeleteInilah pentingnya pendidikan bahasa melayu. Kenyataan yang Jelas pun tidak difahami.
DeleteBerapa billion Anwar ada hanya Allah S.W.T yang tahu. Anwar pun tak tahu.
40b merujuk kepada MIB incorporated dgn Nilai asset keseluruhan. Masakan Nilai selangor Darul Ehsan cuma 40b.
3.4b duit suk selangor yakin duit DYM Sultan Selangor Darul Ehsan.
GBH memey keldai dap dan pkr, pastilah Anwar sokong.
Yang bongok dan kontot IQ tu kamu. Kebengapan kamu sesuai dengan nama kamu.
DeleteNordin tak mention yg 40B itu aset Anwar, tetapi Aset Selangor.
Betul kata Nuruul. Inilah pentingnya kita belajar Bahasa Malaysia.
Nuruul, saya teringat satu quote semasa baca blog Inggeris. "never go full retard". Maksudnya dalam posting kadang kadang kita buat post kesilapan fakta/bodoh, tapi itu boleh dimaafkan (kesilapan kadangkala berlaku).
Tapi jangan jadi "full retard" macam anti blogger bengap ni, dengan menunjukkan kebodohan yg jelas. Tak sangka jumpa versi BM kat sini.
Tapi kau blh nampak ug yg x ug ug lagi?
ReplyDeleteAnti blogger bengap memang betul2 bengap. Bacalah statement ' padal memikirkan kedudukan. Selangor dan hartanya yg bernilai 40 billion...... Ayat itu membawa maksud harta negeri Selangor bukan harta Anwar. Pergi skolah semula bengap. Simple bahasa mslaysia pun x faham.
ReplyDeletetak heranlah kalau depa bengap.facebooker n blogger pro pkr-dap memang semua kaki spin. bukan depa tak faham. saja buat tak faham untuk spin. kot-kot ada yang termakan umpan.
DeleteIni classic case of "full retard"
Delete