Friday, 26 February 2016

Fathul Bari Keliru Pasal Kucing Dengan Pemerintah Zalim


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr Fathul Bari Mat Jahaya memberitahu ramai di kalangan masyarakat Islam tidak mengetahui bahawa hukum jual beli kucing adalah haram.

Menerusi rakaman video programnya, Fokus Kitab Ahli Sunnah (Fokas)  Fathul berkata, larangan itu adalah berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W.

"Ini contoh mungkin mengejutkan kita, tapi memang betul pun dalam Hadis, nabi larang jual beli kucing, jadi kita perlu mengelak berurus niaga dalam hal ini," katanya.

Katanya lagi, larangan ini adalah perintah ALLAH, jadi apa yang perlu kita lakukan adalah cuma mentaati perintahNYA.

"Kenapa dilarang, apa masalahnya? Ini bukan soal kita suka atau tidak tetapi ia soal larangan daripada ALLAH," katanya.

Saya suka isu kucing ini diketengahkan kerana ramai orang tidak memahami malah ada yang tak tahu langsing pasal hukum ini.

حَدَّثَنِي سَلَمَةُ بْنُ شَبِيبٍ حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ أَعْيَنَ حَدَّثَنَا مَعْقِلٌ عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ قَالَ
سَأَلْتُ جَابِرًا عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ قَالَ زَجَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ

Telah menceritakan kepadaku Salamah bin Syabib telah menceritakan kepada kami Al Hasan bin A'yan telah menceritakan kepada kami Ma'qil dari Abu Az Zubair dia berkata; saya bertanya kepada Jabir mengenai wang hasil usaha jual beli anjing dan kucing, dia menjawab, "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melarang perbuatan seperti itu." (Sahih Muslim 1569)
Tapi yang saya hairan Fathul Bari lupa akan hadis ini.
Sesungguhnya selepasku ini akan adanya pera pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolongan kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangkan telaga di syurga. (Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)
Fathul Bari juga lupa akan firman Allah s.w.t. dalam Surah an-Nisa` ayat 140 maksudnya:

Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka.

Malang bagi "ulama" (?) yang berada dalam UMNO mereka hanya jadi lidah UMNO untuk isu-isu terpiliha sahaja.

Sebelum ini,  Ahmad Tajuddin Idris, ketua Biro Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU) dalam artikelnya yang disiarkan dalam Utusan Malaysia bertarikh 24 Jun 2011 bahawa Ulama tidak bersama dengan UMNO tetapi memilih PAS kerana pergerakan UMNO seolah-olah tidak dipacu oleh Ulama walaupun UMNO telah melaksanakan Islam dan syiar-syiarnya adalah meleset sama sekali.

UMNO bukan 'seolah-olah' tidak dipacu oleh Ulama tetapi sememangnya ia tidak dipacu oleh golongan tersebut bahkan mereka diketepikan dalam UMNO.

Penggunaan perkataan 'seolah-olah' bagaikan ingin mengelirukan masyarakat kononnya UMNO selama ini tidak memencilkan peranan Ulama.

Ulama tidak bersama dengan UMNO kerana mereka memahami bahawa UMNO tidak pernah berhasrat untuk melaksanakan Islam di dalam negara ini secara syumul. Apa yang mereka pelajari tentang Islam sebelum ini adalah bertentangan dengan dasar dan perjuangan UMNO yang berteraskan kepada ideologi Nasionalisme dan Sekularisme.

Perlaksanaan Islam dan syiar-syiarnya hanyalah tempelan untuk mengelirukan masyarakat dan bukan menjadi dasar negara. Walaupun ada program-program Islam yang dianjurkan, program-program yang bertentangan dengannya tumbuh melata. Maka tidak peliklah jika ketua Ulama Muda UMNO ini membuat kenyataan bahawa persepsi masyarakat Melayu yang kuat agamanya menganggap UMNO sebuah parti yang tidak Islamik dan anti Ulama. Kenyataan ini adalah benar yang tidak dapat disangkal lagi walaupun beliau cuba untuk membetulkan persepsi tersebut.

Suatu perkara yang tidak dapat dinafikan, jika Ulama bersama dengan UMNO sekali pun, mereka ibarat terompah kayu yang hanya dipergunakan untuk kepentingan politik dan hawa nafsu UMNO sahaja. Selagi mana dasar dan perjuangan UMNO tidak berubah, tidak ada peranan yang boleh dimainkan oleh Ulama dalam pertubuhan tersebut.

Malang bagi Fathul Bari, jika dia tidak buat isu maka dia akan terpencil di lubang najis bersama UMNO.

Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

3 comments:

  1. Yang malang ialah Nordin Ali kerana jadi walaun attakfiri...kasihan

    ReplyDelete
  2. Yang malang ialah Nordin Ali kerana jadi walaun attakfiri...kasihan

    ReplyDelete
  3. Artikel padat yg boleh membuatkan macai penjilat panas punggung hingga keluar perkataan mengutuk si penulis artikel. Teruskan perjuanganmu wahai Saudara Nordin Ali.

    ReplyDelete