Tuesday 22 September 2015

Apa Muslihat Pakatan Harapan (PH) Jemput PAS Beberapa Kali Tapi Tak Jemput PSM?


Pintu masih terbuka untuk PAS menyertai gabungan baru pembangkang bersama PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH), kata timbalan presiden PKR Azmin Ali.

Ini dikuatkan lagi oleh kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menyatakan bahawa ini satu perbincangan awal yang membuka ruang untuk melihat tindakan seterusnya untuk menghadapi BN dalam pilihan raya akan datang.

Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu pula sedia menerima Pas untuk menyertai pakatan pembangkang yang baharu, Pakatan Harapan dengan syarat ia tidak berpecah semula.

Hanya DAP tiada kenyataan secara rasmi.. malu agaknya.

Hairan juga, dulu semuanya serang PAS kononnya nak bergabung dengan UMNO tapi sekarang semua nampak nak berbaik dengan PAS. Tak dengar pula serangan nak bergabung dengan UMNO.

Apa agaknya muslihat PH ini?

Yang menjadi pelik dan hairan Parti Sosialis Malaysia (PSM) tak pula diajak bersama. Jemput pun tidak!


Kesian kepada pengerusi PSM Nasir Hashim. Semasa acara Pakatan Rakyat dulu termasuk BERSIH 4 dia ada tempat untuk berceramah di pentas PR. Tapi kenapa tak dijemput?

Hampir menitis air mata saya membaca kenyataan Dr Nasir.

“Tiada undangan."

"Kita pun bukan berminat sangat kerana kita ada kerja untuk dibuat, untuk memperkasakan rakyat dan meneliti masalah mereka,”
Yang saya masih menjadi tanda tanya Dr Nasir ni bertanding di Kota Damansara atas tiket PKR sehingga menjadi perubutan kerusi antara PAS-PKR. Kenapa sanggup ambil Dr Nasir jadi calon tapi tak dijemput Dr Nasir?

Kenapa pula jemput ahli UMNO seperti Datuk Saifuddin Abdullah? Diakan Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) walaupun mewakili Pengerusi Akedemi Belia. Apa lebih dia berbanding dengan Dr. Nasir yang sepanjang hidupnya nak menjatuhkan UMNO @ BN?

Apakah Pakatan Harapan berbeza dalam menjatuhkan UMNO berbanding PSM?

Saya rasa macam nak tanya Khalid Samad, pasal dia sangat arif berkenaan Dr Nasir. Dia sanggup lawan Presiden kerana Dr. Nasir. Adakah Khalid Samad tak sedar Dr. Nasir tak dijemput?


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

6 comments:

  1. saja nak beritahu rakyat yg Pas tak sudi jadi rakyat tidak salahkan Pakatan Harapan. Lg pun rakyat curiga pas akan khianat menjelang PRU dgn tuntutan bukan-bukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 22:43 LANGAU Imayam Coffee Segitiga Oren. Kah Kah Kah.

      Cakap biar ada point brooooooooooooooo. Apasal? Imayam Coffee Al Cangkuli tak bayar elaun kerrr. Pooorah

      Delete
    2. Kesian Dr Nasir...ada kawan tapi kawan lupakan kawamn

      Delete
  2. Anonymous 22.43 adakah tuntutan hendak mendaulatkan Peraturan Allah di muka bumi ini tuntutan yang bukan-bukan adalah malangnya kamu. insaflah

    ReplyDelete
  3. Untuk apa masuk pakatan kalau belum apa-apa lagi dah dikenakan syarat kekangan? Masuk pakatan "on equal footing" bukan sekadar untuk jadi kaldai tunggangan atau lembu yang dicucuk hidung. Untuk apa masuk Pakatan kalau rakan pakatan bersikap hostile melampaui batas. Untuk apa masuk pakatan kalau kita tak boleh perjuang matlamat parti?

    ReplyDelete
  4. tolak islam xper....tolak melayu jgn sekali...kerja giler...tapi mengaku rahmatan lil alamin

    ReplyDelete