Tuesday 24 March 2015

Ustaz Ahmad Awang Kena Jawab Berkenaan Perjanjian Pangkor II (Tolak Hudud)


Semalam telah nyata bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, sekiranya PR membentuk kerajaan negeri baharu, pimpinan itu akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan menolak pelaksanaan hukum Hudud (Kita boleh bahas kalau untuk Perak tapi termasuk di kelantan)


Sebelum ini pembentukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak juga wujud perjanjian yang disebut sebagai Perjanjian Pangkor II yang mana PAS Perak (Termasuk Ustaz Ahmad Awang) pada masa itu membuat janji tidak akan melaksanakan hukum hudud dan DAP akan memberikan jawatan Menteri Besar Perak kepada PAS.

Bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dilobi dan telah mendapat percalonan bagi mencabar jawatan presiden yang disandang oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan PAS yang akan berlangsung Jun nanti.

Soalannya adakah layak Ustaz Ahmad Awang yang menolak Hudud menjadi Presiden PAS? Sedangkan antara dasar perjuangan PAS ialah melaksanakan perintah Allah termasuk melaksankan hukum Allah iaitu hukum hudud.

No comments:

Post a Comment