Tuesday 17 March 2015

Liew Chin Tong Kata Mohd Amar Ada Kepentingan Peribadi


Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, sikap Mohd. Amar tergesa-gesa mahu membentangkan pindaan enakmen itu tanpa berbincang dengan pakatan rakyat menunjukkan Timbalan Menteri Besar Kelantan itu mempunyai motif tersembunyi.
“Saya percaya pimpinan PAS dan ahlinya secara prinsip menyokong pelaksanaan hudud. Saya bagaimanapun percaya tidak ramai bersetuju dengan cara isu itu dikendalikan. Saya percaya Mohd. Amar mempunyai motif tersendiri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Chin Tong berkata, Mohd. Amar menggunakan isu ini untuk menandingi Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Pelik juga DAP ulas isu Hudud dan pemilihan jawatan dalam PAS.

Ok sebelum itu kita lihat apa kenyataan Liew Chin Tong pasal hudud, nak tahu juga dia ini bercakap lurus atau sentiasa berbelit-belit.

Pada 29 April 2014, Sinar Harian ada menyiarakan:- (sila rujuk di sini)


DAP hari ini berpuas hati dengan penjelasan Pas dan Kerajaan Kelantan mengenai hasrat mereka melaksanakan hukum hudud namun ia tetap isu berasingan dan bukan agenda PR.

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, walaupun isu hudud itu isu persendirian Pas, namun pihaknya cuba mencari persefahaman dalam perikatan itu.

"Kami telah memberikan pandangan dan jelaskan pendirian kami bahawa isu hudud, bukan agenda bersama dalam PR dan kita masih dalam perbincangan serta berkongsi pandangan.

"Mesyuarat ini cuba mencari titik pertemuan dan agenda bersama, hudud bukan salah satu agenda kami (PR)," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat setiausaha agung PR di Pejabat Agung Pas, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut pertemuan khas PR antara wakil DAP dan PKR bagi mendengar penerangan serta penjelasan Pas Pusat serta Kerajaan Kelantan mengenai hukum hudud di negeri itu.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Timbalan Setiausaha Agung DAP, Ngeh Khoo Ham; Naib Pengerusi, Teresa Kok Suh Sim dan Pengarah Strategi DAP, Ong Kian Ming dan wakil PKR, R Sivarasa.

Lain cakap Liew Chin Tong pada itu. Takkan Mohd Amar ada kepentingan politik?

Pada 16 November 2014, Tranungkite ada menyiarkan (sila rujuk di sini)

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Liew Chin Tong berkata, Malaysia tidak memerlukan undang-undang yang bersifat kejam seperti itu.

"Begitu obses dengan kaedah yang tidak berperikemanusiaan oleh Nik Amar amat mengecewakan," kata Liew, yang juga ahli Parlimen Kluang, merujuk kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

"Cadangan penggunan gilotin itu perlu dihapuskan segera," katanya.

Lim Chin Tong kata Undang Hudud tak sesuai kerana kejam.

Pada 6 Mei 2014 SAYS ada menyiarkan (sila rujuk di sini)

"Adakah ia satu strategi yang relevan, atau kita hanya memerangkap diri kita di belakang satu tema ini? Apa keutamaan kita? Hudud atau keadilan ekonomi," ujar Ahli Parlimen DAP Kluang itu.

Beliau menyifatkan PAS menggunakan Hudud sebagai alat untuk menarik sokongan bangsa melayu terhadap parti tersebut dan ia tidak menguntungkan parti-parti pembangkang yang lain kerana hudud tidak pernah ada dalam agenda mereka.

Pemimpin muda DAP itu berkata hudud yang dibawa oleh PAS hanya akan memerangkap Pakatan Rakyat serta melemahkan peluang Pakatan untuk memenangi PRU akan datang.

Lim Chin Tong kata Undang Hudud tidak ada dalam agenda Pakatan Rakyat dan juga melemahkan Pakatan Rakyat.

Maka timbul dalam kepala saya kenapa serang Mohd Amar Nik Abdullah dalam isu hudud? Kenapa DAP beriya-iya dalam hal ini.

Saya juga meneliti dan saya dapati pendapat dan luahan DAP ada persamaan dengan beberapa orang kepimpinan PAS. DAP kita tahu tidak ada asas agama sudah pasti akan meletakkan kepentingan kemenangan pilihan raya melebihi segala-galanya yang sangat berbeza dengan PAS yang mempunyai dasar Islam akan meletakkan ketaatan kepada Allah itu lebih auliya.






Kenapa pendapat mereka bertiga di atas sangat bersamaan dengan apa yang diutarakan oleh  Lim Chin Tong? (sila rujuk kenyataan baru di Malaysiakini di sini)

Saya juga tertanya-tanya kepada media massa seakan-akan serentak menyerang hudud dan kepimpinan ulama khususnya The Malaysian Insider dan Malaysiakini? Apakah serangan yang tersusun dan berpola ini termasuk di Facebook dan Whatsapp tiada 'bersumber'.

Saya setuju pandangan penganalisis bahawa ini bukan terjadinya dengan sendiri melainkan ada 'mastermind'. Itu sekadar pandangan terpulang kepada kita.

No comments:

Post a Comment