Thursday 19 March 2015

Kenapa Tak Bawa Sekali Pakar Ni Dalam Enakmen Hudud?


Semalam parti Gerakan memohon deklarasi pembatalan Kanun Jenayah Syariah II, di Mahkamah Tinggi. Saman difailkan plantif yang diwakili tiga ahli Gerakan negeri, Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee serta Chun Mon Sie melalui Tetuan N. S. Leong dan S. T. Low di Pejabat Pendaftar mahkamah.
Datuk Ambiga Sreenevasan pula berkata PAS mengkhianati amanah rakyat yang mengundi mereka melalui platform Pakatan Rakyat.

Manakala Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan Majlis Peguam Firdaus Husni berkata, rangka kerja semasa Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak membenarkan pelaksanaan hudud, berdasarkan beberapa Perkara, termasuk Perkara 8, tentang kesamarataan bagi semua individu, dan Perkara 7, yang menetapkan perlindungan terhadap undang-undang jenayah retrospektif dan perbicaraan berulang. (Semasa nak buat Hudud dan Qisas di Terengganu perkara ini disebut tapi elok pun.. malah UMNO Terengganu dan mula laksanakan beberapa perkara daripada undang2 berkenaan)

Ada seorang yang dikatakan pendakwah bebas, pernah berada dalam unit kajian Dewan Ulama (DU) semasa Ustaz Harun Taib tetapi dipecat kerana dikatakan telah bocor kajian DU. Dia ini pertikai enakmen hudud yang MB Kelantan bentang semalam.

Ijtihad tanzili, engkau orang faham ke? Sama sebelum ini ada pakar sebut fiqh waqie, fiqh itu ini, sedangkan yang bercakap itu Quran tak hafal.

Hudud ini kalau bukan Islam seperti di atas, atau Islam tapi pendidikan skular kita rasa ada sebab mereka tentang. Malangnya orang yang disebut orang kita sama-sama cuba merosakkan penjalanan hudud yang telah dirancang bitu lama oleh kepimpinan utama kita, itu saya rasa macam ada sesuatu yang pelik.

Malas nak berhujah di Facebook dia dengan pengikut dia yang taksud, terfikir saya kenapa tak bawa dia ni sekali dalam Jawatankuasa Hudud, dia ni pakar boleh lah bersama dengan beberapa orang Dr. yang berada dalam jawatankuasa untuk menimba ilmunya.


No comments:

Post a Comment