Monday 16 March 2015

Hudud: Sultan Sokong Tapi Peliknya Pimpinan PAS Pula Tentang

Hari ini perlaksanaan pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian bagi membolehkan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah Kelantan menerima sokongan daripada sultan Kelantan.

Menurut laporan Sinar Harian, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menyuarakan sokongan baginda terhadap perlaksanaan hudud di Kelantan dalam titahnya sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan  ke 13, hari ini.


Laporan media itu memetik titah baginda: “Beta difahamkan bahawa kerajaan negeri Kelantan berhasrat untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian  ahli Parlimen bagi meminda Akta 355 di bawah Peruntukan 76A1 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah Kelantan.



Kita tahu dan sedar bagaimana Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah bersabar beberapa tahu kerana eknemen ini tidak diperkenankan oleh sultan.

PAS pada masa itu telah menyediakan peruntukkan 200K untuk menyediakan enakmen Hudud setelah dicabar Tun Dr Mahathir Mohamad yang dibuat di Pasir Gudang, Johor pada 17 April 1992. Tapi malangnya selepas siapa Tun Mahathir menghalang pula.

Tapi cukup malang apabila dah siap, dah nak bentang tiba-tiba suara daripada dalam terutama pimpinan PAS sendiri pula kata hudud tak penting yang penting kebajikan rakyat.

Suara pimpinan ini serentak dengan beberapa media termasuk The Malaysian Insider mengeluarkan atikel malah kononnya kajian yang hudud tak penting.

Semua ini permainan siapa??


Ramai lagi, tapi cukup 3 yang ini.
Kan pelik bin ajaib. Nampaknya suara mereka sama dengan suara DAP dan PKR
Kenapa ya?


No comments:

Post a Comment