Monday 16 March 2015

17 AJK PAS Kawasan Batu Mufarakah: Tercabut Sudah Duri & Selumbar


Bila Ishak Surin, Dato' Suhaimi, Tarmizi (Saya tak sebut Dato, kalau setakat beli dekat Kemboja) dan 14 AJK lain mufaraqah daripada PAS Pusat, aku rasa macam nak tergelak. Tak ada apa yang hebat sangat, setahu aku PAS Kawasan Batu mana ada patuh kepada parti.

Boleh sesiapa beritahu saya berapa kali PAS Kawasan ni hadir untuk program Perhubungan Negeri? Dia rasa dia orang hebat semuanya.

Kalau dulu kita baca harakah, mungkin kita akan lihat banyak aktiviti PAS Kawasan Batu dan muka Ishak Surin tak lekang, pasal Tarmizi wartawan harakah yang dikatakan dipecat sedangkan dia tidak sambung kontrik atas sebab keceluparannya buat teguran dalam facebook berkenaan Presiden selalu 'tebuk' berita untuk masukkan berita PAS Kawasan Batu.

Tahniahlah atas keputusan ini.

Memudahkan Perhubungan Negeri menyusun semula kerja untuk kebaikan ahli-ahli PAS Kawasan Batu.


Saya mula berbulu setelah melihat kenyataannya melalui PAKSI kononnya pemecatan Ahmad Lutfi Othman disebabkan menzaliminya sedangkan yang cadang gugur jawatan itu ialah Salahudin Ayub, Mahfuz, Suhaizan Dr Rosli dan ALP Harakah yang hadir selepas Ustaz Idris pulang daripada Mekah.

Salahudin Ayub yang dipertanggungjawab memaklum kepada Lutfi tidak berbuat demikian dan Cikgu Pa ambil tanggungjawab dijadikan sasaran. Masa berucap dalam sidang tersbut 42 minit bercakap agama sedangkan maklumat semuanya bohong.

Saya rasa tindakan ini baik untuk PAS ibarat duri dalam daging sudah terkeluar, selumbar sudah tercabut.

No comments:

Post a Comment