Sunday 22 March 2015

PKR Terengganu Cuba Sabotaj Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah?


YB Azan Ismail merupakan Mantan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Pahang dan kini sebagai Ahli Dewan Undangan (ADUN) kawasan Bandar di Terengganu dikatakan terbabit dalam usaha mesabotaj program Presiden PAS, Abdul Hadi Awang iaitu Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali ke-3.

Menurut sumber rapat dengan PKR, Azan sengaja memilih tarikh 19 Mac 2015 untuk program Solidariti Untuk Anwar Ibrahim sedang rata-rata tahu bahawa tarikh tersebut adalah program pra ijtima'.




Malangnya rancangan itu bukan merosakkan kehadiran untuk ijtima' bertukar menjadi rancangan memalukan Dato' Seri Wan Azizah sendiri dimana pentas ceramah PKR tidak dihadiri oleh rakyat Terengganu.

Ini adalah ceramah yang paling memalukan, kata sumber rapat PKR.

Malah janji DAP Terengganu untuk menghantar sokongan juga tidak kelihatan. Takkan ahli DAP pergi ke program ijtima' kata sumber lagi.



Kenapa PKR Terengganu sangat anti dan berdendam dengan PAS Terengganu terutama Presiden PAS tidak dikenal pasti, tapi banyak sumber berkata adalah disebabkan kes saman yang tidak menghasil buah sebelum ini.





No comments:

Post a Comment