Tuesday 17 March 2015

Khalid Samad Pun Diminta Ikut Perlembangaan


Saya suka baca blog Khalid, termasuk juga artikel berkenaan "Kedudukan Muktamar, AJK PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama". Banyak kali dalam tulisan dan juga kenyataan Khalid minta (di tujukan sebagai geng ulamak) untuk ikut perlembangaan. Sehingga banyak facebooker membuat tuduhan kononnya geng ulama tak ikut pelembagaan. Kacau bilau dan huru hara perlembagaan parti.

Saya dalam tulisan ringkas ini nak tanya, Khalid sendiri, ni ikut perlembangaan PAS atau tak? Dia ni banyak kali kenyataan dan sidang media? Adakah sidang media Parlimen Shah Alam ke? Tapi banyak sangat dalam sidang tu bercakap tentang parti seolah-olah dia sahaja yang tahu pasal parti.

Setahu saya yang boleh buat kenyataan mengikut perlembangan ialah Presiden, Setiausaha dan Ketua Penenerang.

Entahlah kadar kala kita selalu salahkan orang tak ikut peraturan tapi kita tak toleh diri kita sendiri.

No comments:

Post a Comment