Tuesday 24 March 2015

Demi Kedudukan Nizar Belakangi Pesuruhjaya PAS Perak?


Kenapa Nizar Jamaluddin membelakangi PAS Perak dalam membuat keputusan berkenaan hudud di Perak dan termasuk di Kelantan? Malah Nizar dengan beberapa kepimpinan PAS yang dikatakan tidak setuju dengan kepimpinan ulama dalam PAS telah membuat perjanjian dengan DAP atas nama Pakatan Rakyat Perak.

Ok kita terimalah Nizar tu Pengerusi PR Perak, tapi takkan di tandatangan itu mewakili PAS Perak sedangkan semua orang tahu Pesuruhjaya PAS Perak ialah Tuan Haji Razman Zakaria semenjak 2013 lagi.

Kenapa boleh jadi begini? Tanpa rujuk PAS Perak dan PAS Pusat buat keputusan sendiri?

Selama ini kita banyak banyak keburukkan Pesuruhjaya PAS Perak diada-adakan di interenet. Malah serangan secara berkala dan khusus menunjukkan ada perancangan yang teratur untuk menjatuhkan Pesuruhjaya PAS Perak yang sah? Marah bila orang jatuhkan kita sebagai MB secara tak sah. Tapi kenapa kita buat perangai macam UMNO juga dalam menepikan Pesruhjaya PAS Perak?

PAS Perak telah membuat kenyataan berkenaan isu ini:-


Saya ingin menegaskan bahawa pendirian PAS Perak mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan adalah selari dgn keputusan dan pendirian PAS Pusat.

PAS Perak juga akan meningkatkan usaha penerangan mengenai isu ini kepada rakyat melalui Pakatan Rakyat Perak.

Sekian, terima kasih

Hj Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS
Perak 23 Mac 2015

Kalau kita tak suka UMNO buat jahat (menjatuhkan kita secara tak sah) jangan kita buat kerja macam UMNO untuk jatuhkan sahabat kita dalam gerakan.

No comments:

Post a Comment