Tuesday 24 March 2015

DAP Cuba Guling Abdul Hadi. Siapa Dibelakang DAP?


DAP mengumumkan bahawa parti itu kini memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tidak lagi dapat dapat bekerjasama dengan presiden PAS yang disifatkan “tidak jujur”.
Setiauasaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat DAP pada malam tadi.


Katanya, parti itu sedar bahawa keputusan berkenaan akan meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan terumbang-ambing.

“DAP tidak dapat bekerjsama dengan seorang presiden PAS seperti Hadi Awang yang tersebut bertindak dengan tidak jujur dan tidak bermaruah seperti ini.

“DAP sudah hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai pemimpin Pakatan Rakyat dan akan memutuskan hubungan dan kerjasama dengannya,” kata Lim lagi.

Pelikkan bunyinya DAP tak nak berkerjasama dengan Presiden PAS, Abdul Hadi dan ini bermaksud DAP boleh berkerjasama dengan Pimpinan lain PAS.

Maknanya DAP nak PAS tukar Presiden.

DAP boleh berkerjasama dengan Nizar Jamaluddin tapi tak dengan Pesuruhjaya PAS Tuan Haji Razman Zakaria kerana Nizar sokong tolak hudud.

Siapa pimpinan PAS yang boleh bekerjasama dengan DAP??

Kalau ikut apa yang saya fikir, takkan mesyuarat lebih daripada 4 jam DAP boleh buat kenyataan bodoh! Mesti ada pimpinan PAS yang telah menjalinkan hubungan secara sulit dnegan DAP?

Siapa?

1 comment:

  1. Nasib baik ada yg nampak...
    "Siapa?" tu lah yg interesting. Jeng jengg......
    Tokong ni terlalu biadap mengata tuan guru tiada maruah.

    ReplyDelete