Tuesday 17 March 2015

Kata AlHusseyn Kerusi Presiden Dicabar Adalah Tanda Kepimpinan Hj Hadi telah Merosot



Walaupun alHusseyn tak menulis sendiri artikel, sekadar mengambil petikan tulisan lain tapi dia mengubah tajuk untuk mengambarkan seolah-olah Presiden PAS telah merosot kepimpinannya bila ada Kawasan PAS mencalonkan orang lain.


Al Huseeyn ini orang lama, takkan dia tak boleh bezakan antara percalonan dan pertandingan sebenar. Setakat percalonan orang tak heboh pun. Tapi mungkin sekarang sengaja nak gembur nak tunjuk ada orang tak setuju.


Saya nak tujukkan sejarah lama kepada al Husseyn serta spesis macam dia yang suka memburukkan Presiden PAS Tuan Guru Haji ABdul Hadi Awang.

Untuk makluman pembaca Ustaz Fadhil Noor yang diagungkan sekarang ini menjadi Naib Presiden pada tahun 1981, beliau dipilih sebagai Naib Presiden PAS (1981-1982) dan kemudian Timbalan Presiden pada 1983.Peristiwa Memali dan Peristiwa Lubuk Merbau terjadi pada 1985. Pada 30 Mac 1989 beliau dipilih sebagai Presiden PAS selepas pengunduran Tuan Guru Haji Yusof Rawa.

Semasa nak menggantikan Tuan Guru Haji Yusof Rawa ada banyak kawasan yang juga mencalonkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bertanding untuk menjawat jawatan Presiden kerana pada masa itu TGHH namanya sedang kemuncak.

Apa kata TGHH pada ketika itu bila ditanya wartawan?


Ustaz Fadhil Lebih layak. Jawapan ringkas dan sangat bermakna.

Apakah dengan percalonan TGHH pada masa itu merosotnya kepimpinan Ustaz Fadhil. Elok dan baiknya kepimpinan Ustaz Fadhil kerana orang bawahnya tidak mengkritik secara terbuka dan menjaga adab tidak macam sekarang menyerang menggunakan blogger dan facebooker sehingga apa yang diputuskan dalam menyuarat menjadi tidak rahsia.

Ini kerja siapa?

Malah pada masa dulu Majlis Syura Ulama menentukan bahawa 2 jawatan penting tidak dipertandingkan di syurakan walaupun dalam perlembangaan memang boleh bertanding.

Tradisi ini dipecahkan apabila Salahudin Ayub dan Mahfuz Omar membuat unsur wujud pertandingan. Kemudian wujud pertandingan Ustaz Nasa melawan Ustaz Hassan Shukri. Ini pun kerja mereka yang ada sekarang, akhirnya menjadi Ustaz Nasa sasaran kumpulan yang menaja melawan Ustaz Hassan Shukri.

No comments:

Post a Comment