Sunday 22 March 2015

Kecoh Pasal Syed Azman Boikot Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah!


Beberapa hari ini kecoh pasal Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dikatakan cuba memboikot acara Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah. Banyak gambar tersebar termasuk gambar ramai pimpinan PAS yang tak sehaluan dengan hudud dikatakan dijamu di rumah Syed Azman.

Kebetulan pula tarikh yang sama PKR Terengganu juga mengadakan ceramahnya di Kg. Tiong yang mana semuanya serentak dengan acara pra pembukaan Itjima'.



Sebenarnya kita tak boleh tuduh melainkan Syed Azman menjawab beberapa soalan yang telah dikemukan untuk mendapat penjelasan. Antaranya ialah:-

10 SOALAN BUAT YB SYED AZMAN
(MUDAH-MUDAHAN JAWAPAN DAPAT MERUNGKAIKAN ISU YANG DIBANGKITKAN. TIDAK ADA APA-APA TUDUHAN LAGI. ISU MASIH DALAM SIASATAN)

1. Kenapa delegasi tak diberi taklimat berkenaan tentatif Ijtima Alami?

2. Kenapa YB bawa orang-orang IKRAM uruskan AFPAD?

3. Kenapa kami AJK Ijtima (unit protokol dan keselamatan) tak dibenarkan masuk ke dewan AFPAD?

4. Kenapa tentatif AFPAD tidak diberikan kepada urusetia Ijtima dan Protokol?

5. Kenapa senarai dan bilangan tetamu gagal diberikan sepenuhnya sehingga mengganggu kerja protokol?

6. Kenapa tidak menasihati IKRAM supaya mengangguhan program mereka seperti yang diminta?

7. Kenapa tidak beritahu pihak Ijtima tentang kepulangan awal tetamu, terutamanya yang perlu berucap dalam seminar Ijtima?

8. Kenapa tentatif yang diberikan kepada tetamu hanya berakhir dengan perasmian pada hari jumaat?

9. Kenapa ada tentatif lain diberikan kepada tetamu tertentu atas nama IKRAM dalam program PAS?

10. Kenapa kami tidak diberitahu oleh YB tentang tetamu yang perlu ke program IKRAM di KL?


*note: jawapan tidak tahu adalah tidak diterima.

(Niedus Othman)
AJK Protokol
Ijtima Alami 2015
Saya rasa tak susah, untuk mengelakkan tuduhan menjadikan suatu kebenaran ialah dengan menjawab. Syed Azman mesti berani dalam hal ini agar kewibawaannya tidak tercalar!

No comments:

Post a Comment