Tuesday 17 March 2015

Wujud lagikah budaya dan penerapan Unsur Islam Dalam Pembelaan Kes Kezaliman UMNO @ BN?


Hari ini Malaysiakini melaporkan 500 orang penyokong Pakatan Rakyat menyertai nyalaan lilin di luar balai polis Jinjang malam ini sebagai tanda sokongan mereka kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang ditahan di lokap balai itu.

Mereka membawa plakad yang bertulis "Bebaskan Nurul Izzah", "Solidariti Bersama Nurul Izzah" dan "Kita Lawan".

Turut kedengaran ialah laungan kuat "bebas Nurul", "hidup Nurul" dan "Puteri Reformasi".

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang tiba pada jam 9.30 malam juga turut meluahkan perasaan sedihnya kepada para penyokong yang hadir

Apa yang saya lihat budaya kita menghayati sedikit sebanyak telah lari daripada apa yang cuba diterap oleh kepimpinan PAS dulu, Ustaz Fadhil Mohd Noor.


Ustaz Fadhil yang disebut sebagai tokoh politik PAS terbaik telah mendahului siri dakwahnya dalam memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim dengan membuat solat hajat serta doa selamat. Siri-siri ceramah dan penerangan dibuat diselit dengan unsur Islam.

Malah bukan Islam pada masa itu melihat kebaikan dan kaedah Islam tidak seperti sekarang sudah terbalik kita pula mengikut kaedah bukan Islam, malah ada kepimpinan PAS sendiri seolah-olah terikut dan terabai sama.


Solat hajat dan siri penerangan yang dibuat oleh PAS mendapat tempat dan bukan Islam sendiri boleh hadir dan bersama-sama selepas program solat hajat.

Tapi sekarang kita tak pernah lihat penerapan unsur dan budaya Islam diserap dalam kes pembelaan mangsa kezaliman UMNO.

Di mana silapnya?

No comments:

Post a Comment