Wednesday 9 December 2015

Kesian Cybertropper AMANAH, Jadi Manusia “Muflis”


Makin hari makin rancak cybertropper parti serpihan PAS, AMANAH menyerang PAS. Jika kita lawati facebook mereka atau berada dalam kumpulan Telegram atau Whatsapp yang didokongi mereka ini, kita akan dapaati setiap masa posting yang terima adalah memburukkan PAS.

Kerja mereka lebih giat daripada kerja UMNO menyerang PAS. Malah UMNO boleh berdiaam diri buat seketika untuk berperang sesama sendiri kerana dah ada proxynya AMANAH untuk serang PAS.

Sebahagian besar serangan adalah berbentuk fitnah yang cipta semata-mata untuk memburukkan PAS atau pimpinan PAS. Mereka ini seolah-olah hilang padoman agama. Mereka telah lupa akan pesanan Rasulullah s.a.w tentang manusia yang muflis di akhirat nanti.

Apabila seorang penguna internet menyebarkan informasi dan ilmu yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama dengan penguna internet yang lain, disitu terbuka ruang kebaikan dan pahala disisi Allah SWT. Satu butang di klik sahaja boleh dikongsikan bersama ratusan ribu pengguna diseluruh dunia. Inilah kelebihan dunia alam siber yang dicipta oleh manusia. Di zaman tahun 80 an atau 70 an keadaan seperti ini tidak pernah dirasai oleh generasi masa itu, kerana penggunaan talipon bimbit, komputer, internet dan sistem satilet jarang digunakan. Perhubungan masa itu banyak menggunakan surat menyurat atau perjumpaan secara fizikal. Penyampaian maklumat hanya bergantung kepada surat akhbar, radio dan television. Manakala ilmu pula di perolehi melalui kuliah di masjid atau membaca buku-buku sahaja.

Begitu juga sebaliknya dengan kecangihan teknologi masa kini seseorang boleh menghimpun dosa  besar yang banyak apabila suka melayari gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, mendedahkan aib seseorang dan mengajak kepada perbuatan mungkar dan maksiat.

Seorang pengguna internet samaada melalui blog atau facebook hanya menulis dua atau tiga baris perkataan yang berbentuk fitnah atau berita palsu kemudian disebarkannya hanya dengan  di klik satu butang sahaja maka dalam masa beberapa saat sahaja berita tersebut boleh diterima oleh ratusan ribu manusia di seluruh dunia maka pada saat itu juga dosa-dosanya datang mencurah-curah dan dicatat oleh malaikat pencatat amal (Raqib dan Atid), sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud ;
"(Ingatlah) ketika dua malaikat mencatat (perbuatannya) yang satu duduk disebelah kanan dan yang satu duduk disebelah kiri." (Surah Qaf ayat 17).
Ingatlah pesan Nabi SAW kepada Saidina Ali k.w yang bermaksud : "Wahai Ali ! Sebaik-baik manusia di sisi Allah SWT. adalah yang memberi kemanfaatan bagi manusia. Adapun seburuk-buruknya di sisi Allah adalah orang yang berumur panjang tetapi buruk amal perbuatannya."

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :

“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab :

“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
“Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.” (Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)

Hari ini saya dihantar oleh oleh Awang Al Kenit dengan sebarangan memburukkan kerajaan PAS Kelantan sedangkan beberapa siri penjelasan telah dibuat. Mereka cuba memburukkan kerajaan PAS lebih buruk daripada UMNO.


Sepatutnya mereka faham kenapa mereka yang jadi mangsa banjir masih sanggup berada di Khemah walaupun rumah, rumah sewa telah disediakan. Mereka lebih suka berada di khemah kerana mereka mudah mendapat derma. Ada yang pernaah dapat RM60k tunai daripada penderma.

Saya rasa penjelasan daripada pihak kerajaan negeri Kelantan patut difahami. Jangan kita buat dosa 'kering' dan kita penyebaran maklumat fitnah pula. Takutlah amaran Nabi s.a.w.






Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment