Tuesday 1 September 2015

Isu Pijak Gambar Presiden PAS, Sikap Dewan Ulama Patut Di Contohi



Bila gambar amoi yang dikatakan DAP memijak gambar Presiden PAS sedang berpeluk dengan Najib Razak diedit secara tampalan menjadi viral dimedia massa dalam himpunan Bersih 4. Saya mulanya rasa curiga tetapi apabila video kejadian itu dimuat naik menunjukkan perkara ini benar dan ulasan daripada wartawan Free Malaysia Today yang mengatakan bahawa gambar edit Najib berpeluk dengan Hadi itu memang wujud saya merasa perbuatan ini sangat biadap.

Tapi sebagai orang yang berada dalam perjuangan Islam, kita mesti tenang dan bersikap positif. Saya sangat suka kenyataan awal Ustaz Nasarudin Tantawi.
“Secara umum begitu, suatu yang diviral di internet ini perlu kepada pengamatan. Saya bimbang mungkin, gambar tu diedit, ataupun tindakan itu hanya dicipta oleh cybertrooper ataupun mana-mana pihak tidak bertanggungjawab untuk melaga-lagakan.

“Jadi kena beri peluang kepada kami untuk dapatkan maklumat yang betullah. Kita belum dapat lagi maklumat yang betul tentang perkara itu. Ada gambar diviral telah sampai pun kepada saya, tapi saya tidak buat sebarang komenlah kepada gambar tersebut.

“Saya harap, harap sangat-sangat, mudah-mudahan benda tu tak betul, sebab kalau betul suatu yang sangat malang, suatu yang sangat malang,”
Kenyataan Dato' Dr. Mahfudz Mohamad mewakili Ketua Dewan Ulama sangat baik dan menunjukkan sikap jiwa besar yang ada dalam perjuangan PAS.
PAS merasa sedih atas apa yang berlaku kerana ia melibatkan pimpinan utama parti ini. Namun, PAS merasakan ia dilakukan mungkin kerana pelaku mendapat informasi yang salah tentang pendirian Presiden PAS khususnya dan Parti PAS umumnya dalam masalah politik negara. Walaupun begitu, tindakan memijak foto tidak sepatutnya berlaku kepada mana-mana individu di dalam negara ini terutamanya para pemimpin samada kerajaan atau pembangkang.
PAS tegaskan sekali lagi bahawa PAS tetap berpendirian tidak akan bersama dengan UMNO dalam masalah politik dan ekonomi yang melanda negara sekarang ini. Pintu PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak samada muslim dan bukan islam yang ingin mendapat gambaran sebenar pendirian PAS ini.
PAS berpendapat peristiwa memijak foto tersebut boleh menjadi punca ketegangan yang lebih parah di masa hadapan. Ia mungkin akan disabotaj oleh pihak-pihak tertentu dan berkemungkinan berlakunya acara pijak-memijak foto yang tidak berkesudahan dan ini sudah tentunya akan mencetuskan ketegangan yang tidak berpanjangan. Justeru PAS memaafkan pelaku tersebut dan mendoakan semoga beliau diberi hidayah dengan kebaikan Islam dan semoga negara ini tetap terpelihara dengan kerahmatan Allah swt. Semoga episod ini tidak berulang di bumi Malaysia tercinta ini.
Selepas itu ada banyak pun kenyataan-kenyataan susulan berkenaan perkara ini yang lebih kepada emosi dan tindakan yang tidak cermat serta tidak berjiwa besar.

Bagi saya loparon polis dan juga kenyataan kecaman tidak sesuai dalam suasana PAS sekarang yang sedang mengubah imej kepada kepimpinan ulama tulen dan mendekati semua pihak.

Kita baru sahaja sedang berusaha mendekati pendokong agama lain serta pengamal ajaran kerohonian dalam isu kita untuk mendekati golongan bukan Islam. Sikap keras tidak sepatutnya ditunjukkan dalam isu yang boleh dianggap terpencil.

Apatah lagi ada kenyataan-kenyataan  yang datang daripada negeri dan kawasan bukan kenyataan kepimpinan Pusat.

Sepatutnya kepimpinan PAS kena wujud satu mekanisma dalam menanggani isu semasa secara yang lebih baik dan jitu. Jangan semua orang nak buat kenyataan untuk menunjuk sikap prihatin. Kita sepatutnya serah kepada yang lebih arif dalam isu-isu melibatkan imej PAS.



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

1 comment:

  1. mana yg lebih teruk dan hina, pijak gambar "musuh" atau pijak gambar sahabat yg bersetia sprt yg berlaku di bangunan jln raja laut...

    sapa yg ajar ??????

    ReplyDelete