Sunday, 22 March 2015
Hudud sandiwara Umno atau Rafizi Guna Hudud untuk Bersandiwara?
Sandiwara yang dimainkan Umno untuk memerangkap PAS mengenai isu hudud semakin menjadi-jadi walaupun Enakmen Kanun Jenayah Shariah Kelantan diluluskan pada 19 Mac 2015 yang lalu kata Rafizi.
Kenapa Zairil Khir Johari Tolak Hudud?
MP DAP, Zairil Khir Johari menegaskan bahawa beliau tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian dari PAS di Parlimen untuk melaksana hudud di Kelantan. "Atas pendirian peribadi saya sekalipun, saya tidak akan mengundi enakmen syariah (dilaksanakan) di Kelantan kerana ia tidak dibangkitkan dengan betul dan tidak sesuai dengan konteks Malaysia," katanya.
Kecoh Pasal Syed Azman Boikot Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah!
Beberapa hari ini kecoh pasal Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dikatakan cuba memboikot acara Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah. Banyak gambar tersebar termasuk gambar ramai pimpinan PAS yang tak sehaluan dengan hudud dikatakan dijamu di rumah Syed Azman.
PKR Terengganu Cuba Sabotaj Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah?
YB Azan Ismail merupakan Mantan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Pahang dan kini sebagai Ahli Dewan Undangan (ADUN) kawasan Bandar di Terengganu dikatakan terbabit dalam usaha mesabotaj program Presiden PAS, Abdul Hadi Awang iaitu Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali ke-3.
Thursday, 19 March 2015
Kenapa Tak Bawa Sekali Pakar Ni Dalam Enakmen Hudud?
Semalam parti Gerakan memohon deklarasi pembatalan Kanun Jenayah Syariah II, di Mahkamah Tinggi. Saman difailkan plantif yang diwakili tiga ahli Gerakan negeri, Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee serta Chun Mon Sie melalui Tetuan N. S. Leong dan S. T. Low di Pejabat Pendaftar mahkamah.
Tuesday, 17 March 2015
Liew Chin Tong Kata Mohd Amar Ada Kepentingan Peribadi
Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, sikap Mohd. Amar tergesa-gesa mahu membentangkan pindaan enakmen itu tanpa berbincang dengan pakatan rakyat menunjukkan Timbalan Menteri Besar Kelantan itu mempunyai motif tersembunyi.
“Saya percaya pimpinan PAS dan ahlinya secara prinsip menyokong pelaksanaan hudud. Saya bagaimanapun percaya tidak ramai bersetuju dengan cara isu itu dikendalikan. Saya percaya Mohd. Amar mempunyai motif tersendiri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Kata AlHusseyn Kerusi Presiden Dicabar Adalah Tanda Kepimpinan Hj Hadi telah Merosot
Walaupun alHusseyn tak menulis sendiri artikel, sekadar mengambil petikan tulisan lain tapi dia mengubah tajuk untuk mengambarkan seolah-olah Presiden PAS telah merosot kepimpinannya bila ada Kawasan PAS mencalonkan orang lain.
Khalid Samad Pun Diminta Ikut Perlembangaan
Saya suka baca blog Khalid, termasuk juga artikel berkenaan "Kedudukan Muktamar, AJK PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama". Banyak kali dalam tulisan dan juga kenyataan Khalid minta (di tujukan sebagai geng ulamak) untuk ikut perlembangaan. Sehingga banyak facebooker membuat tuduhan kononnya geng ulama tak ikut pelembagaan. Kacau bilau dan huru hara perlembagaan parti.
Wujud lagikah budaya dan penerapan Unsur Islam Dalam Pembelaan Kes Kezaliman UMNO @ BN?
Hari ini Malaysiakini melaporkan 500 orang penyokong Pakatan Rakyat menyertai nyalaan lilin di luar balai polis Jinjang malam ini sebagai tanda sokongan mereka kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang ditahan di lokap balai itu.
Mereka membawa plakad yang bertulis "Bebaskan Nurul Izzah", "Solidariti Bersama Nurul Izzah" dan "Kita Lawan".
Monday, 16 March 2015
Hudud: Sultan Sokong Tapi Peliknya Pimpinan PAS Pula Tentang
Hari ini perlaksanaan pembentangan Rang Undang-Undang
Persendirian bagi membolehkan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah
Syariah Kelantan menerima sokongan daripada sultan Kelantan.
Subscribe to:
Posts (Atom)








