Sebelum Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberikan gesaan agar PAS Kawasan Bukit Gelugor mencalonkan Ahmad Awang sebagai calon Presiden PAS melawan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, sebenarnya saya telah bersetuju Ustaz Ahmad Awang (sekarang ini telah diangkat menjadi Tuan Guru Ustaz Ahmad Awang oleh facebook2 yang telah bekerja keras untuk misi dan visi ini) menjadi calon Presiden PAS atas beberapa faktor yang sukar ada pada golongan ulama dalam PAS selama ini melainkan ada pada Ustaz Ahmad Awang.
Apa yang tak ada pada ulama lain dalam PAS tetapi ada pada Ustaz Ahmad Awang ialah menolak undang-undang Islam. Kalau dalam bahasa UMNO, kita tak buat lagi bukan tolak! Hujah macam UMNO tapi tak suka ulama mendekati UMNO kerana ini adalah UG. Pelikkan?
Saya dah tulis artikel berkenaan perkara ini tapi tidak khusus. Boleh baca di sini.
Mujahid Yusof Rawa menulis;
Ketegasan Ahmad Awang memulakan inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak pada 2008, walaupun pada masa itu Umno mengajak membentuk kerajaan perpaduan menjadi punca beliau dicalonkan sebagai presiden, kata PAS Bukit Gelugor
Penghayatan Ahmad kepada aspirasi PR lebih mendalam dan mampu menjalin hubungan yang baik dan berprinsip dengan PKR dan DAP.
Apa yang Mujahid tak menulis ialah bagaimana PAS Perak di bawah Ustaz Ahmad Awang pada masa itu telah membuat perjanjian untuk tidak melaksakan Undang-undang Islam. Penjajian ini dikenali sebagai PENJAJIAN PANGKOR II.
'Perjanjian Pangkor II' antara PAS Perak dan DAP terbocor pada tahun 2008 apabila abang kepada Mohamad Nizar iaitu Fadhil Jamaluddin telah mendedahkan perkara ini kepada umum dan menyebut adiknya tidak layak menjadi MB kerana menepikan Islam.
Katannya Mohammad Nizar telah terikat dengan perjanjian bersama DAP sebelum
bersetuju dilantik sebagai menteri besar dengan syarat-syarat yang telah ditekankan oleh DAP kerajaan Perak tidak boleh membuat keputusan terutama
perkara yang menyentuh soal Islam tidak boleh dilaksanakan walaupun
sekadar disebut.
Lebih melengkapkan dakwaan tersebut Fadhil
menganggap adiknya, Mohammad Nizar tidak layak menjadi Menteri Besar
kerana menandatangani 'Perjanjian Pangkor II' bersama DAP yang antara
isi kandungannya melarang Menteri Besar menyebut negeri Perak
diperintah oleh lslam. Dalam perjanjian itu juga didakwa, Mohammad
Nizar tidak dibenarkan menyebut terma yang berkaitan dengan Pas atau
bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan sebagainya.
Oleh kerana pengaruh Pakatan Rakyat agak besar perkara ini tidak terheboh secara meluas. Tapi rungutan rakyat pada masa itu menggangap bila PR memerintah exco telah banyak dikuasai oleh DAP dan sangat berbeza dengan UMNO @ BN hanya satu sahaja exco untuk bukan Islam dan pengaruh Melayu menjadi kurang. Malah pengaruh Islam juga kurang dengan penjanjian tersebut. Sehingga penguasaan tanah negeri Perak memnjadi lebih terbuka.

Perkara ini menyebabkan Sultan murka. Satu pertemuan sulit antara Sultan Perak dengan Presiden PAS telah dilakukan atas permintaan sultan. Presiden PAS minta untuk membawa seorang sebagai saksi dan mencadangkan DS Anwar sebagai teman bersama. Tapi sultan tak setuju. TGHH nak juga ada saksi maka Salahudin Ayub hadir dalam pertemuan tertutup. Banyak perkara yang sultan murka boleh tanya Salahudin Ayub. Ini juga antara faktor sultan tidak membantu kepada kejatuhan Pakatan Rakyat di Perak.
(Gambar: Nizar cuba mengelak dari wartawan berkaitan Pangkor II. Mengapa mengelak?)Setelah serangan daripada abangnya sendiri. Nizar mengelak diri menjawab pertanyaan Wartawan. Sekali lagi Nizar berdalih selepas membisu dalam isu Pangkor 2 yang dibangkitkan oleh abangnya sendiri. Para wartawan menunggu Mohammad Nizar memberikan reaksinya mengenai isu ‘Perjanjian Pangkor II’ selepas satu program di Pulau Banding, Gerik pada 9 Julai 2008, tetapi Nizar enggan ditemu ramah. Nizar juga khabarnya jarang pulang ke DUN Pasir Panjang selepas itu untuk berjumpa dengan rakyat. Dua kali pulang tetapi rakyat diminta pergi ke stadium untuk jumpa Nizar. Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak (Julai 2008), Mohammad Nizar secara jelas mengelak untuk menjawab soalan wakil rakyat BN mengenai prinsip negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.
(Gambar: Lebarnya senyuman Nga Kor Ming yang duduk semeja dengan Nizar bersama dengan wakil DAP yang lain. Mungkin bersetuju dengan perjanjian baru? Apakah Nizar dipermainkan oleh DAP?)
Nizar secara terang mengatakan bahawa perjuangan mewujudkan sebuah negara Islam memang tidak terdapat dalam perlembagaan PAS. Benarkah begitu? Bukankah selalu dalam ceramah di ceruk ceruk kampung PAS sebut hendak buat negara Islam?
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak ada apa-apa untuk diulas kerana di peringkat nasional tidak ada sebarang perjanjian. “Ini ialah perkara Perak, lebih baik tanyakan kepada Perak tetapi di peringkat kebangsaan tiada apa-apa,” kata Guan Eng. Tetapi mengapa Nizar melenting bila ditanya oleh wartawan tentang Penjajian Pangkor 2?
Selepas hadir di Selangor dalam isu Khalid Ibrahim, Kit Siang juga ada dalam majlis di Perak. Apakah kehadiran Kit Siang hanya untuk melihat 6 orang Exco DAP angkat sumpah di Perak? Guan Eng mengatakan bahawa tiada perjanjian di peringkat Pusat tetapi mengapa Kit Siang, bapanya yang juga Pengerusi DAP Pusat hadir di Perak? Apakah wujud perjanjian di peringkat negeri antara DAP dan PAS sebagaimana dalam Pangkor 2?
Lagipun isi kandungan Pangkor 2 seperti melantik 6 orang Exco DAP di Perak memang sudah pun dikotakan oleh PAS di Perak.
Pesuruhjaya PAS Perak pada masa isu perjanjian Pangkor II ialah Ustaz Ahmad Awang. Dialah yang menjadi rujukan kepada PAS Perak, pasal dia ni kan ULAMA YANG HEBAT!
Oleh kerana tiada bukti secara mutlak dan hitam putih isu ini hampir mati.
Allah s.w.t. mentakdirkan dengan bukti baru tentang perjanjian yang hampir sama dengan penjanjian Pangkor II yang menjadi titik tolak penyelewengan dakwah Islam dalam PAS. Allah s.w.t. akan pasti membantu Jamaah Islam dan mereka yang menyeleweng pasti akan gugur dalam misi dakwah sebagaimana tulisan Fathi Yakan. Tak hairan penulsi wahyu Rasulullah sendiri pun muktad. Sebab hidayah itu Allah yang punya. Jangan kita sombong dan takabur dengan Allah menepikan hakNya.

Nizar sekali lagi dengan persetujuan Ahmad Awang dan menepikan Pesuruhjaya PAS Perak yang baru untuk membuat penjajian tidak melaksakan hukum Hudud, Qisas dan syariat Islam. Dengan wujudnya perjanjian bertulis ini maka apa yang disebut oleh abang kandungnya adalah BENAR belaka!!
Sebagai hujah Mujahid Yusof Rawa, Tuan Guru Ustaz Ahmad Awanglah yang mencetuskan penolakkan hukum hudud di bumi Perak!
Ditakdirkan oleh Allah s.w.t. Perak jatuh. Siapa dan bagaimana kita menjawab di hadapan Allah bahawa kita tak nak buat hudud?? Mana kita nak letak muka kita yang sombong dengan Allah ini di akhir nanti. Adakah anda nak bersama mereka untuk menjawab di sisi Allah nanti?
Berbalik saya setuju 106%
Saya setuju Ustaz Ahmad Awang sebagai calon Presiden PAS kerana dialah akan menjadi Calon Presiden PAS yang pertama dalam sejarah PAS menolak hudud? (calon bukan Presiden dan ini tak ada pada mana-mana calon presiden pas sebelum ini.)
Itu hujah pertama saya. Saya sambung nanti.
Ahmad Awang memang level tuan guru tapi guna panggilan ustaz sajer ...itulah tanda ulama rendah diri..bukan yang suka diagungkankan dengan panggilan TUAN GURU..itu yang jadi taksub tu...dari segi ilmu ..pendidikan dan pengalaman..AHmad Awang lebih jauh tinggi dari Hadi Awang..Taksub membawa rebah...Haji Hadi telah diuji dengan pentaksub disekelilingya..
ReplyDeleteUstz Ahmad Awang selama beliau dalam PAS di bawah kepimpinan presiden TG Haji Hadi adakah beliau mematuhi perintah Rasulullah s.a.w. iaitu Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
ReplyDelete"Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemimpin itu dan ajaklah (nasihatilah) dia secara tersembunyi. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat itu) maka itulah yang diharapkan. Jika dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat itu) sudah melaksanakan tanggungjawabnya." (Hadis riwayat Ahmad).
Membuat kenyataan terbuka mengkritik pemimpin iaitu Presiden melalui media adalah becangah dengan Perintah Rasulullah s.a.w. tersebut di atas.
Selama beliau selaku ahli PAS adakah atau tidak beliau mematuhi akujanji yang telah ditandatanganinya dalam Borang Kehalian PAS ketika beliau memohon menjadi ahli PAS dahulu? Akujanji itu ialah:
"Saya mengaku akan kebenaran PAS seperti yang terkandung dalam fasal 3 perlembagaannya dan akan berusaha untuk melaksanakan segala tuntutannya. Saya menerima PERLEMBAGAAN PAS sebagai panduan dan mengaku bahawa saya akan taat dan patuh kepada kepimpinan parti serta akan patuh dalam melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti dari masa ke semasa.".
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada tiga sifat, siapa yang memiliki maka dia adalah munafik walaupun ia berpuasa, sholat, naik haji, mengerjakan umrah dan mengaku muslim. Ia itu orang yang berdusta bila berkata, mungkir bila berjanji dan mengkhianati bila diberi amanah”. [Hadis Riwayat Abu Ya’la.].
.