Sunday 6 September 2015

Siapa Ulama Besar Rujukan Parti Cap Cangkul Dalam Isu Talaq?


Pagi tadi seorang kawan bertanya, nak tahu siapa ulama besar rujukan Dr Hatta dalam isu talaq 3? Saya jawab whatsapp ajelah tak payah tanya.

Lalu dihantarnya gambar di atas. Cis terkena juga saya.

Tulang Besi dan nama pada IC ialah Abdul Rahman menjadi blogger kontroversi beberapa tahun lalu dan kini dia sudah hampir hilang dalam dunia penulisan kerana tulisannya terlalu banyak perbohongan meyebab orang muak dengan dia ini.

Dia juga terbabit dalam isu kehilangan duit tabungan wang guaman yang bernilai RM10,000.00 dan isu ini dia tak menjawab sampai sekarang.

Antara "blogger celaka" yang pernah diucapkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz apabila isu fitnah kepada pimpinan PAS berluasa di media internet.

Dia dikatakan menjadi tempat kumpulan 'GHB' (sebelum itu JEBON) membocorkan maklumat parti untuk disasar kepada individu dan pimpinan PAS yang tidak disenangi. Apabila kumpulan yang dikatakan jebon telah tersingkir oleh akar umbi PAS dalam muktamar baru-baru ini, berita dan maklumat parti sekarang tidak lagi bocor di media sosial. Saya pernah menulis perkara ini dengan tajuk "Pertama Kali Semenjak 2004, Mesyuarat AJK PAS Pusat Tidak Bocor di Media Massa ".


Bulan Mei tahun lalu saya terjumpa dia di Pejabat Agung PAS Pusat, Jalan Raja Laut. Dia masuk ke pejabat dan 2 kawannya tinggal di luar berhampiran lif. Saya tanya pekerja pejabat "Celaka tu datang nak buat apa?"

Kasar bahasa, tegur pegawai di pejabat Agung. Saya gelak sesuai dengan tuan punya tubuh kata saya. Menurut pejabat Agung dia ini telah dipecat sebagai ahli PAS. Dia datang nak buat bantahan atas pemecatan tersebut. Menurut pejabat antara sebab pemecatan juga kerana dia menjadi ahli PKR.

Saya tak pasti samada isu tak bayar yuran pernah diwar-warkan oleh blogger batuapi@firestone menjadi asas kepada keahliannya disiasat.

Ini petikan tulisan tulang besi yang mengatakan bai'ah itu sebenarnya SAH tapi terbatal kerana Presiden PAS sendiri telah mengizinkan mereka keluar PAS.

Saya tak nak komen panjang dalam hal ini. Yang saya nampak hanya kebodohan yang sangat nyata. Agama pun menjadi mainan kepada mereka yang bermatlamat Putrajaya lebih daripada akidah perjuangan yang telah lama mereka garap sebelum ini.


Ustaz Ahmad Awang seorang tokoh agamawan sebelum ini pun menjadi mangsa kebodohan yang sama. Akibat "politik menghalalkan cara" yang dibawa oleh puak-puak ini. Lagi malang kawan rapatnya Ustaz Ghani Shamsuddin pun terheret sama.



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

3 comments:

  1. Satu artikal yang baik teruskan penulisan anda. syabas Sdr Nordin. dan untuk U Ahmad Awang da U. Ghani Shamsudin kita harapkan beliau cepat sedar dari mimpi dan kembali ke alam nyata

    ReplyDelete
  2. Tin Biskut Meloyawaves memang macam lahanat.

    Budak mereng nak jadi famous, kah kah kah.

    Makin hamun Tin Biskut adalah terhadap TGHA, TGHD dll.

    Apa apa pun minta Nordin Ali update blog ni pasal fitnah2 GHB Cangkuli al Roketi.

    Bagi saya PAS kena kerja lebih masa disebabkan onar gang Abuya Penang ni.

    Saya masih ahli Keadilan, tapi hati saya sudah bertaut dgn PAS.


    JEFF ULU BERNAM
    Keadilan Reform

    ReplyDelete
  3. MERIAH KARI KATA TAKPE KALAU MUNGKIR JANJI

    Hebat!!! Bila bab mentafsir perkara yang HARAM disisi hukum syarak menjadi perkara yang HALAL ni, memang kita tak boleh lawan la dengan Geng Haprak Baru ni. Diorang ni lagi hebat.

    Malah lebih hebat dari Si Harun Din selaku Mursyidul Am PAS atau mana - mana Ulama yang ada didalam dunia ni sekali pun. TAPI, itu pun demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri.

    Dek kerana terdesak nak menghalalkan tindakan mereka menjadi Pengkhianat kepada perjanjian yang telah dilakukan sebelum ini, maka macam - macam la alasan yang dikeluarkan.


    Malah sampai sanggup diorang membuat tafsiran bahawa setiap Muslim tu boleh memungkiri janji yang dibuat demi semata - mata untuk memenuhi kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri.

    Walhal, sudah termaktub dalam Hukum Syarak yang jelas menegaskan bahawa salah satu sifat - sifat orang yang MUNAFIK ialah mereka yang memungkiri janji yang mereka sendiri lakukan.

    Bagi la alasan macam mana sekali pun, namun ianya tetap ditolak oleh Hukum Syarak. Takkan itu pun puak - puak Geng Haprak Baru ni tak faham? Atau, mereka sengaja buat - buat tak faham?

    Malahan didalam Al-Qur'an juga telah diterangkan mengenai sumpah janji yang telah dibuat dan terutamanya ditujukan kepada mereka yang sengaja lakukannya untuk tujuan menipu.
    "Dan janganlah kamu jadikan sumpah - sumpahmu sebagai alat penipu di antaramu, yang menyebabkan tergelincir kaki sesudah kokoh tegaknya, dan kamu rasakan kemelaratan karena kamu menghalangi dari jalan Allah; dan bagimu azab yang besar." - Surah An Nahl, Ayat 94
    Nah! Mungkin Si Meriah Kari tu boleh rujuk maksud ayat tersebut dengan Si Khalid Samad memandangkan Si Khalid Samad tu sekarang ni dah pandai baca Al-Qur'an. Jangan dia setakat pandai baca ayat yang menguntungkan kepentingan Politik Peribadi dia sendiri je!!!

    ReplyDelete