Tuesday, 22 September 2015

Kenapa AMANAH suka sangat buat kerja TAK AMANAH?


Dr. Rozaimi Ramle, Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis telah menegur Parti Amanah Negara (AMANAH) yang menggunakan kenyataan beliau dalam penyebaran poster. Katanya dia tidak tahu langsung tentang poster berkenaan dan perkara ini dibuat tanpa pengetahuannya.

Walaupun kenyataan yang dipetik itu betul kata-katanya tetapi cara poster itu dibuat menunjukkan seolah-olah dia sebahagian daripada PARTI AMANAH.

Bayangkan seorang ustaz yang selalu mengajar di masjid dan surau bila telah dipergunakan sewenang-wenangnya oleh parti yang dikatakan AMANAH!




Kita juga telah mengetahui bahawa gambar Felixia juga digunakan sewenang-wenangnya oleh parti yang dikatakan AMANAH ini sehingga Felixia telah membuat teguran.


Walaupun dalam kes Feloxia ini pihak parti AMANAH telah meminta maaf tetapi saya tak jumpa parti yang dikatakan AMANAH ini meminta maaf dalam kes Dr Rozaimi dan beberapa yang lain lagi.



Sebelum ini anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Nik Omar juga difitnah oleh parti AMANAH (GHB) kononnya telah menyertai Harapan Baru.



Nik Omar Nik Abdul Aziz hanya sekadar hadir memenuhi jemputan ceramah, tapi malangnya parti yang dikatakan AMANAH (GHB) telah mengambil kesempatan (tak amanah) untuk manipulasi kehadiran Nik Omar untuk kempen mencari ahli terutama di Kelantan dengan menjual nama Tok Guru Nik Abdul Aziz yang kini kononnya dah 7,000 orang.

Bukan itu sahaja kerja buruk parti TAK AMANAH ini.



Tabiat buruk parti yang TAK AMANAH ini ialah tak boleh kita ada dengan dia orang lalu diambil kesempatan. Lihat kenyataan Ustaz Haslin Baharin atau dikenali Ustaz Bollywood di bawah;


Untuk pengetahuan umum gambar ini diambil ketika berada di lapangan terbang Kuala Trengganu pada 21 Ogos dan menuju ke Kerteh atas jemputan program Karnival Orang Minyak anjuran Petronas di Kelab Golf Rantau Petronas. Ada forum bersama Ust Fauzi Mustafa. Kebetulan dalam flight firefly ada bersama sama kepimpinan GHB. Atas dasar persaudaraan dan juga kenalan maka kami bergambar ramai2 sebelum ke destinasi masing2. Dalam hati dah agak dah org yang mengambil gambar tu akan memviralkan dalam fb atau apa sahaja demi kepentingan peribadi @ publisiti murahan. Untuk maklumat dan pengetahuan saya tiada apa2 kaitan dengan mana2 GHB samada pusat @ negeri, Sekian terimakasih. Kepada laman fb GHB Selangor original usahlah merekacipta benda yang tak pasti @ mengada-ngadakn berita yang tak pasti. Namun saya secara peribadi memaafkan anda... USTAZ HASLIN BAHARIN @ HASLIN BOLLYWOOD

Banyak lagi kalau kita cari kerja tak amanah oleh parti yang kononnnya memperjuangan konsep amanah. Jika asas suduh buruk maka semuanya akan buruk. Kepala ikan kalau busuk mengikut perpatah cina maka semuanya akan busuk dan dan akan berulat. seperti UMNO juga AMANAH ini busuk sampai ke usus!



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

3 comments:

  1. Masyaalah begitu sekalinya tidak amanahnya parti amanah. begitulah jadi jika keluar dari parti yang memperjuangkan islam PAS. kalau tidak kenyataan mat sabu tentang gambarnya bersama gadis cina tidak sebegitu caranya. Alhamdullilah saya masih lagi bersama pas yang terus dengan dengan perjuangan Islamnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Imayam Coffee Segitiga Oren dibiaya oleh Maulana Abuyaa Sifoo Bukit Penang

      Delete

    2. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

      Delete