Tuesday 1 September 2015

Pegang Tangan Amoi, Macai GHB (AMANAH) Guna Hujah Gambar Morsi


Isu Haji Mohamad Sabu, Presiden Pertubuhan Pekerja-Perkerja Malaysia yang dalam proses penukaran nama kepada Parti Amanah Negara (AMANAH) berpimpinan tangan dengan amoi di perhimpunan Bersih 4 menjadi viral beberapa hari ini di media sosial.

Ada pro dan kontra. Saya tak menulis sebab saya dah menulis mengenai perkara ini, bukan Mohamad Sabu berperangai macam ini, Nizar Jamaluddin, Hanipa Maidin sama aje. Bagi mereka pegang perempuan tak apa. Itu Islam progresif yang nak di bawa dan mengganggap ulama PAS kolot dalam masalah aurat. (Boleh baca di sini dan di sini)

Hari ini seoranglagi macai GHB (Belang Terung) buat hujah penafian menggunakan gambar Morsi. Dia ini yang ditugas menyerang PAS dan ulama PAS. Dulu bekerja sebagai PGS Pas Pusat di bawah Dr Hatta tetapi tugasnya telah diselewengkan daripada menyerang UMNO kepada menyerang ulama PAS.

Kawan-kawan Belang Terung hantar ke whatsapp saya minta saya komen. Saya jawab mudah aje.

Saya nak tanya Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. suruh kita rujuk Morsi atau rujuk Al Quran dan Sunnah? Kenapa bodoh sangat nak pikir perkara begini? Kalau benci ulama sekali pun tak payahlah buat perkara mungkar. Jagalah Islam itu walaupun anda berada dimana dan parti mana sebab Islam itu akan jaga kita di akhirat nanti.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

4 comments:

  1. Hati sekutu mesti jaga ma. hukum Allah pejam-pejam mata ma. hahaha habislah kamu semua dinyoatnyot oleh DAP. semoga mendapat hidayah Allah sebelum terlambat

    ReplyDelete
    Replies
    1. cina tu pegang mat sabu sekali, tapi hang dan geng geng hang yang dok jaja kesilapan dan aib orang seluruh dunia apa cerita??? semoga hang juga mendapat hidayah Allah untuk berhenti menjaja aib orang.

      jangan lupa bro, satu jari yg ditunding kpd orang lain, empat lagi yg menghala kpd diri sendiri..

      Delete
  2. kita kalau tak pernah alami situasi ni, atau tak jd pemimpin mmg mudah komplen psl bersalaman bkn muhrim. pernah berlaku kt saya, time grad nk amik sijil kt pentas, rosmah pulak yg bg. nk amik kena salam dulu. bole saja nk tolak bila rosmah hulur tangan, tp tu bole aibkan dia dpn org ramai..sbb obvious sgt. antara salam dgn dia atau mengaibkan dia mana lebih mudharat?? jd saya salam~

    hukum brsalaman dgn bkn muhrim ni byk khilafnya..lg2 bg pemimpin. ia hanya amal peribadi, bkn melibatkan hak rakyat atau kerosakan awam. takde faedah besar2kn isu ni…dia pasti ada hujah sendiri nk jawab dpn Allah nanti? kita yg dok jaja kesalahan org ni apa kita nk jawab?

    ReplyDelete
  3. Walau apa pun alsan..lelaki bersentuhan dgn peremp bukan mahram adalah haram... Sila rujuk al-quean dan hadith .. Bikan org..

    ReplyDelete