Saturday 5 September 2015

Saya Baca Nukilan Anak Dr Hatta Ramli Mencari Jalan keluar


Terbaca nukilan anak Dr Hatta Ramli bertajuk "The Incredible Family". Saya sangat bangga dengan dia. Gambar di atas adalah gambar Dr Hatta bersama 2 anaknya ditangkap pada zaman-zaman dulu.

Saya pernah memandu dan Dr Hatta sebelah saya dan kami berdua pernah bersembang zaman-zaman dulu.

Antara petikan nukilan anak Dr Hatta "Saya percaya ada jalan yang terbaik, kami menanti jalan penyelesaian berkenaan teknikaliti tentang perkara ini. Oleh itu, orang luar dan media,hentikan menspekulasikan perkara ini demi kepentingan anda. Pergilah mencari amal yang lebih memberi manfaat kepada akhirat anda. Biar yang berkait sahaja menyelesaikannya,jangan menjadi ahli hukum dunia sewenang-wenangnya, kerana itu bukan tugas kalian."

Saya akan ulas pendek sahaja. Memang dah ada jalan penyelesaiannya. Ayah awak bertanding atas tiket PAS. Sebelum bertanding dia berbai'ah tanpa paksaan bahawa jika dia keluar PAS dia kena kosong MP yang dimenanginya.

Payah apa, letak jawatan MP. Keluarga anda selamat, Ayah anda tidak dilaknat Allah. Sangat-sangat mudah.

Tapi malangnya Ayah awak lebih penting MP yang disadang sekarang daripada 'Incredible Family' yang dia bina 30 tahun lalu.

Kenapa nak salahkan PAS, kenapa nak salahkan orang lain? MP itu jawatan dunia. Tak ada-apa yang lebih baik daripada keluarga yang dibina 30 tahun melainkan ayah awak keras kepala dan sombong dengan cara yang mudah lagi menyenangkan semua pihak termasuk PAS yang pernah didokong dulu.

Terpulanglah sebab itu urusan keluarga anda dengan ALlah s.w.t.. Ayah awak ketua keluarga sepatutnya 'smart' membuat keputusan sama 'smart' semasa membuat keputusan untuk pertubuhan parti cap cangkul!


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

8 comments:

  1. Semakin jijik dgn permainan agama PAS. Merosakkan imej islam. Lepas mencaci, boikot, halau ahli sendiri sekarang tuntut janji setia? Semua atas nama agama. Imej islam kekal robek dan menjadi mangsa kepentingan politik PAS.

    ReplyDelete
  2. Semakin jijik dgn permainan agama PAS. Merosakkan imej islam. Lepas mencaci, boikot, halau ahli sendiri sekarang tuntut janji setia? Semua atas nama agama. Imej islam kekal robek dan menjadi mangsa kepentingan politik PAS.

    ReplyDelete
  3. Hahaha engkau ya Hasnal apasal engkau benci sangat dengan PAS ni aku rasa engkau ni ada penyakit iaitu penyakit hati ubatnya senang perbaiki iman engkau tapi susah juga jika nafsu engkau mengatasi imaan. itu aja jawapan aku

    ReplyDelete
  4. Sdr Nordin saya tabik kepada saudara kerana tulisan saudara telah banyak memberi penjelasan kepada perkara yang diselewang dan dikelirukan oleh musuh PAS. PAS perlu lebih banyak penulis seperti saudara. Sekarang semua belok PR sedang menyerang PAS. Sdr Nordin teruskan khidmat saudara kpd Perjuangan Islam. Syabas. Takbir

    ReplyDelete
  5. syabas tn nordin .teruskan usaha anda membela PAS yg di zalimi

    ReplyDelete
  6. syabas tn nordin .teruskan usaha anda membela PAS yg di zalimi

    ReplyDelete
  7. teruskan sampai maklumat yang benar dan terbaik . Tuan banyak bantu pertahankan Pas

    ReplyDelete
  8. akaun FB ada tak . boleh kami add

    ReplyDelete